Followers

Extremely Diet. Tak Mampu Aku.

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera

Berbeza bila tinggal sendirian dan menetap bersama keluarga. Terutama bab makanan. Bila sendirian, aku lebih memilih untuk 'mencatu' makanan. Sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam aku satukan. Kiranya makan sekali sehari saja.

Tapi tinggal dirumah, apa nak semua ada. Bangun pagi, sarapan tersedia. Nasi lemak, roti canai aku memang takkan sentuh. Seingat aku, dah 2 tahun tak makan roti canai. Sebabnya? Hanya beberapa orang rakan aku tau apa sebabnya. Biarlah ia rahsia antara kami. Sensitif nanti. :) Tengahari pula, lauk kemain banyak. Almaklumlah, mak aku memang suka masak lauk bebanyak. Tapi sampai ke malam tak payah masak dah. Dan aku begitu terpengaruh untuk makan dan makan dan makan. HAHA

Lama-lama pipi nampak chubby dan perut makin ke depan. Alamak! Abislah dah tak hensem. Pernah ke aku hensem? Hadoi. ;) Aku cuba lancarkan kempen 30 hari tanpa nasi. Tanpa nasi bukan tanpa kanji. Atau tanpa karbohidrat. Bahaya pulak kesihatan nanti kalau tak amek karbohidrat. 



Maka itulah hasilnya. Pipi Nampak cengkung. Tapi aku rasa aku tak dapat sambung kempen tu la. HAHA. Macam tak tahan pulak dengan godaan nasi. Bayangkan 30 hari tanpa nasi. Rasa macam rakyat yang kebuluran pulak. Jadi aku dengan rasa tidak bersalahnya tukar dengan yang biasa aku buat. Breakfast + Lunch + Dinner = 4pm. Makan sekitar 4 – 5 petang. Malam tak payah makan. Meratah lauk je takpa. Hehe ;)

Majulah Diet untuk kurus. Sekian.


mak hebat masak, anak pon hebat juga.

Assalaamualaikum & salam sejahtera.

Sedang tengok-tengok Masterchef, terperasan kelibat seorang yang pernah ku kenali. Eh! Eh! Tu bukan abang adlyzan ke? Anak pakcik zainal? Rupa-rupanya memang betul lah.

Wow! tak sangka abang adly masuk Masterchef. Tahniah sebab berjaya menempatkan diri dalam 24 yang terbaik. Harap-harap lepas ke FINAL dan menjadi JUARA Masterchef yang ke-2. 

saje nak numpang glamer encik adly. HAHA ;)


Dari Dapur Mak Jemah (Episode 08): Kek Strawberry

Assalaamualaikum + Salam Sejahtera.

Dah lama tak tulis segmen MJ a.k.a Mak Jemah ni. Dapur MJ dah lama tak berasap. Tak mampu nak beli barang memasak. MJ sekarang dah jatuh miskin + papa kedana. Tapi mama tetap kaya. Kau ada? HAHA =.=' Choi sangat bahasa aku ni.

Resepi 08: Kek Strawberry.


Bahan Utama:
1. Telur Ayam |4 biji|
2. Gula |1 cawan|
3. Sodium Bikarbonat |1/2 sudu kecil|
4. Baking Powder |1/2 sudu kecil|
5. Esen Vanilla |1 sudu kecil|
6. Minyak Masak |2/3 cawan|
7 Strawberry |1 paket besar|

Minum petang yo!!! Strawberry Cameron Highland tu >.<

Cara Penyediaan:

1. Pukul telur bersama gula. Pukul sehingga kembang.
2. Ayak tepung gandum + sodium bikarbonat + baking powder.
3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan telur + gula tadi.
4. Masukkan esen vanilla. 
5. Campurkan minyak masak. Gaul bersama buah strawberry.
6. Kukus selama 30-45minit.

SIAP UNTUK DIHIDANG!

selesai ambil transkrip

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Tugas 1: Ambil tesis di GSO dan transkrip
Tugas 2: Hantar tesis ke Supervisor & Committee member
Tugas 3: Ajar student PhD run data untuk GMM using STATA.

Tugasan pertama selesai. Mintak tolong rakan hantarkan. Selalu aku ajak beliau. Thanks Daaniyall. Ko memang antara kawan aku yang paling baik. Serious, aku maksudkannya. Tutor yang popular kat FEP tu. Tapi dah kawen ek. HAHA. Tesis dan transkrip pon dah hambik. So, tak payah nak pergi GSO dah lepas ni. 

Tugasan kedua separa selesai. Dah hantar tesis kat Committee member tapi supervisor takde hari ni. Seminar di UiTM Segamat. My committee pon nak pergi sabatical. Di Korea tu. Teruja aku mendengarnya. Supervisor pulak sabatical di US. Hebat lecturer aku. Semoga berjaya Dr.Law & Dr.Normaz. Gembira dapat bekerjasama dengan Dr.

Tugasan ketiga. Tak dapat dilaksanakan sebab student PhD tu tak datang fakulti. Memang silap aku sebab tak bagi tau yang aku nak datang ke FEP. Kesian kak Suraya. Tapi aku dah siapkan nota sebagai rujukan untuk beliau. Mudah-mudahan ada la sedikit yang dapat membantu akak. 

Tugasan seterusnya...
Aku nak tidur sekejap la. Rasa mengantuk sangat. Macam orang tak tidur seminggu. Mata pon bengkak sebab penggunaan secara maximum. 

kerana tesis ini

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Tiada apa yang ingin dikongsikan. Hanya sebuah coretan. Mungkin tidak penting kepada orang lain. Tapi bagi aku, ianya sangat bermakna. 

4 tahun berada di UPM bukanlah suatu masa yang singkat. lebih tepat lagi, 7 tahun di UPM - Universiti Putra Malaysia. Menjadi pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Lama kan? ''Mesti dah hafal selok-belok UPM kan?'' Jawapan aku, "Tak Hafal". Percayalah, banyak tempat yang belum aku terokai. HAHA. Ada tempat yang aku teringin nak pergi dan ambil gambar. Salah satunya, pokok yang menjadi ikon UPM. Tempat Lisa dan Farid Kamil berlakon dalam lagenda budak setan. 

Aku mula buat tesis dalam tahun ke-2. Biasalah tahun pertama orang kata tahun bulan madu. Asyik nak enjoy saje. Masuk tahun ke-2 mulalah gelabah tak tentu hala. Mujur aku dapat supervisor  dan committee member yang sangat sangat sangat membantu. Juga buat examiners masa viva voce yang memberi kritikan yang dapat menambahbaikkan lagi tesis aku. Syukur ku punya mereka.

Keluarga dan rakan-rakan juga tak kurang membantu. Sokongan moral dan bantuan kewangan banyak diberikan kepada aku. Seriously, buat tesis pon banyak gak tekanan nya. Kena run data semula adalah suatu perkara yang sangat memenatkan. Penat mata. 

Tapi itulah pengalaman. Juga ilmu buat aku. Pengalaman ini juga boleh dijadikan panduan masa nak buat tesis untuk PhD nanti. 

Sambung PhD? Memang ada dalam plan aku. Tapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Aku teringin nak cari pengalaman kerja. Belajar mencari duit sendiri. Berdikari dan berusaha sendiri. Dah bersedia nanti, baru aku sambung belajar semula. HEHE


kerana rasa janggal pulang ke rumah sewa

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni hari ke-3 di bumi Serdang. Pulang ke rumah sewa atau lebih tepat, bekas rumah sewa. Lebih sebulan sudah aku berpindah keluar dari rumah sewa. Sebab apa? Tak mampu nak bayar sewa rumah RM 200 sebulan. Eh? Haha

Tapi kerana beberapa perkara berkaitan tesis, aku terpaksa pulang. Tesis perlu di 'hard bound' kan. Aku memilih untuk menumpang di rumah itu. Mungkin seminggu. Mungkin dua minggu. Bergantung kepada cepat atau lambat tesis siap dan dihantar ke GSO.

Janggal duduk dalam rumah itu. Kerana apa? Kerana dulu bilik yang aku diami dahulu kini bukan lagi bilikku. Dulu aku suka lepak dalam bilik. Sebab tenang, senyap dan sejuk. Lepak di ruang tamu bunyi bas dan lori lalu-lalang. Bising.

Tapi sekarang aku tak boleh lepak dalam bilik tu sebab tu bukan lagi jadi bilik aku. Haha. Kadang-kadang, aku rasa aku merindui katil aku. Berbaring di katil sambil meng'online'kan diri. Buat tesis atas katil. Buat taik mata pon atas katil. Hehe. Tu perkara wajib la kan. 

Harap-harap, urusan tesis aku dapat di settle kan dengan secepatnya. Sebab aku rasa aku juga rindukan katil yang dekat kampung tu. Haha. Tidur je aku ni. 

kerana baju saiz M itu...


Assalaamualaikum & Salam Ramadhan

Dah lama tak jenguk blog ni. Apatah lagi blog korang-korang yang datang menyinggah. Dan terima kasih sebab sudi follow blog aku ni. Ada beberapa orang aku tak follow back. Nanti aku follow okeh? 

Amacam persiapan raya korang? Berapa pasang baju raya tahun ni? Perempuan mesti banyak buat baju raya. Kalau boleh sehari sepasang baju raya. Hehe. Jangan marah ek wanita seluruh dunia. Aku, seperti biasa lah. Baju melayu hak tahun lepas punya. Setahun sekali je pakai baju melayu. Malas la nak beli baru. 

Tapi dah beli baju kemeja. Almaklumla, sejak umur meningkat ni, cenderung untuk beli baju kemeja. Baru nampak matured. HAHA. Takde maknanya. 



Ehem-ehem. Slim Fit okeh. Slim tu macam tak berapa nak ada sangat. Tapi fit tu mungkin la. HUHU. Tolong jangan muntah dengan sengaja. Nanti batal puasa pulak. Kalau tak sengaja takpe. Sambung puasa semula.

Sangat berisiko beli baju saiz M. Time puasa ni, memang la badan mengecil sket. Tapi time raya tu yang risaunya. Pakai sehari dah tak muat. Tak pun tang perut yang mendatang dulu. HAHA. Tapi, akan ku cuba mengawal makan sedaya upaya. Yelah, nak dapat slim tu susah dah. Kena maintain fit jelah. ;)

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.

Hari ini, aku mahu membuat pengumuman. Bukan pengumuman raya. Mahupun pengumuman mahu berkahwin. #Eh, kesitu pulak.

Pengumaman ini kalau baca tajuk entri pun dah tau dah. HAHA =.=' Pengumuman bahawa abang Eq atau dikenali sebagai abang Eqbal Zack telah melancarkan satu perang peraduan atau dalam bahasa inggeris; contest. 

Contest tersebut, seperti yang tertera pada tajuk diataslah. nak tulis semula, penat jari-jemari ini. ;)

Hadiah untuk contest tersebut: 



Ada hamper dan duit raya. HUHU. bila dah besar panjang ni, sape nak bagi duit raya kan? Manalah tau, rezeki korang masing-masing. 

Segala peraturan contest boleh la terjah kat laman blog abang Eq di sini: TEKAN SINI
Dalam syarat tu, kena tag at least seorang blogger. Makanya sebab zaxx sangat rajin join contest, aku tag zaxx in the house. Jom zaxx join. ;)

selamat mencuba. ganbatte! ;)

Ruang Seni: Koleksi 05 (Potret)

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.


Koleksi seni untuk hari ini bertajuk:


Daie Sejuta Umat

Harga Lukisan: RM50 Juta. ;)

Dari Dapur Mak Jemah (Episode 07): Siakap 3 Rasa

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.


Resepi untuk hari ini agak mewah sikit la. Dah lama tak bermewah-mewahan. HAHA =.='' Tapi takde la mewah sangat. ;)




Resepi 07: Ikan Siakap III Rasa

Bahan Utama:
1. Ikan Siakap | Saiz Sederhana |
2. Telur | 2 biji |
3. Tepung Jagung | 1 Senduk |

Bahan Sampingan:
1. Halia 
2. Bawang Putih | 4 Ulas |
3. Bawang Merah | 3 Ulas |
4. Cili Giling | 3 Sudu |
5. Sos Cili, Sos Tomato & Sos Tiram | 4 Sudu |
6. Tomato | 2 Biji - dipotong dadu |
7. Nenas | 1 Biji - dipotong dadu |
8. Kacang Peas | 1 tin |
9. Garam & Gula

Bahan Hiasan:
1. Daun Salad
2. Daun Sup

Siakap Rasa Bersalah Mak Jemah. =.=''

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ikan siakap, gaul bersama tepung jagung dan celupkan ke dalam bancuhan telur. Goreng dan ketepikan.
2. Kisar halia, bawang merah, bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling, sos cili sos tomato dan sos tiram. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan tomato, nenas yang telah dipotong dadu. Masukkan juga kacang peas.
5. Bubuh perasa: garam dan sedikit gula secukupnya. 
6. Kuah ikan telah siap dimasak.

Hiasan makanan adalah mengikut citarasa masing-masing. Selamat Mencuba! ;)

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.


Hari ni kita bersegmen pulak deh. HAHA. =.=' Dah lama sebenarnya tak join segmen cenggini. Disebabkan zaxx tag koi, maka koi buatlah segmen ni. 


blog izzah


Follower blog ini setakat ini: 176

Nak tag sape ek? Tag mengetag ni yang risau sikit ni. Yang kena tag jgn marah ek. =.='


Koi sebenarnya tak kisah pun berapa ramai orang yang follow blog koi. Sebab memang koi suka mencarut mencoretkan sesuatu kat dalam blog koi ni. Bosan-bosan, koi menaip la kat sini. Kalau ada yang sudi baca tu, koi ucap terima kasih. Dan sesiapa yang follow tu, lagi koi ucap terima kasih. Heee~ 

tetiba ter-koi pulak. gara-gara zaxx la ni. HAHA. ^.^

Ruang Seni: Koleksi 04

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.


Tajuk: 
Mr. Smith, Guru Bahasa Inggeris Sekolah Viva Kananda. ;)



Info: Darjat Puasa

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.


Hari ni nak kongsi info tentang puasa. Puasa itu ada III tingkat darjatnya. 


1. Puasa Umum
- berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemaluannya daripada mengecap kesyahwatan.


2. Puasa Khusus
- Puasa yang disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan perkara-perkara yang haram atau dosa.


3. Puasa Khususul Khusus
- berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasanya hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan, dan memesongkan perhatian dari selain Allah s.w.t sama sekali.


Puasa kita tergolong dalam tingkat yang mana ek? Masih berbaki 20 hari lagi dan belum terlambat untuk meningkatkan ibadah pada tahap semaksimum mungkin. Mungkin ramadhan tahun ini sebagai ramadhan terakhir kita. Siapa tahu kan? Apa-apa pun, selamat berpuasa.



Dari Dapur Mak Jemah (Episode 06): Sambal Merah Bontot Ayam

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.

Hari ni dah masuk ramadhan ke berapa ek? Kalau terkurang nanti orang cakap aku tertinggal puasa. Kalau terlebih kang, orang fikir aku tingtong. Ades =.=''

Ok abaikan. Hari ni dapur mak jemah nak kongsi satu rahsia. Eh! dah macam iklan oreo pulak. Bukan rahsia tapi resepi. Tapi resepi ni agak exotic sket. Apa yang exoticnya ialah aku menggunakan bontot ayam sebagai bahan utama. Sape tak makan bontot ayam boleh duduk tepi sikit. Gila kau, chef wan pon suka makan bontot ayam tau. =.=''


Resepi 06: Sambal Merah Bontot Ayam

Bahan Utama:

1. Bontot Ayam |20 ulas| <--bontot kira ulas ke? ^_^
2. Bawang Putih |4 ulas|
3. Bawang Merah |3 ulas|
4. Cili Padi |5 ulas|
5. Cili Giling |2 sudu besar|
6. Halia |sebesar ibu jari|
7. Serbuk Kunyit |3 sudu besar|


Bahan Sampingan:

1. Garam |secukup rasa|
2. Ajinamoto |secukup rasa|
3. Bawang Besar

Sambal Merah Bontot Ayam

Cara Penyediaan.

1. Gaul serata (secara rata) bontot ayam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih serta halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga 'pecah minyak'.
4. Hiris bawang besar dan masukkan bersama bahan tumis tadi. Masukkan bontot ayam yang telah digoreng.
5. Bubuh garam dan ajinamoto secukup dan sesedap rasa anda. 

SIAP!

Iklan yang buat aku pedih ulu hati


Assalaamualaikum & Salam Ramadhan


Aku rasa sangat tidak berkenan dengan satu iklan ramadhan ni. Mungkin bukan aku seorang saje kot yang rasa begitu. Mungkin ramai lagi yang senada dengan aku. Iklan yang dimaksudkan ialah iklan ramadhan gaviscon <-- betul ke tak aku eja ni tak tau la.


Iklan gaviscon yang dok bergendang dan berjoget tak tentu pasal dekat meja makan sementara menunggu waktu berbuka. Ada pulak bergendang-gendang macam tu. Kalau lah aku buat macam tu kat rumah, memang sangat pasti la kena pelempang sulung ayah aku. HUHU =.=''


Kalau nak buat iklan pedih ulu hati pon biarlah elok-elok sikit. Ni dah macam nak menunjukkan orang islam ni sangat la tak beradap di meja makan. Dah aku pulak yang rasa pedih ulu hati tengok iklan macam tu. Ades!

JOM JOIN GIVE AWAY EDY

Assalaamu'alaikum & Salam Ramadhan.

Dah lama tak join GA. Bukannya apa, memang tak pernah bertuah pon. HUHU. Tapi untuk support member blogger aku ni, makanya aku try untuk join. Manalah tau, rezeki ramadhan. HAHA =.=

http://www.edyfee.blogspot.com


Cerita Tentang Blog Edy:
Aku suka baca blog beliau sebab beliau boleh dikatakan kreatif. Beliau menyampaikan sesuatu idea atau topik menggunakan cara beliau sendiri. <-- ini bukan bodek. HAHA =.='

2 cerita beliau yang aku suka:

1 cadangan untuk blog Edy Fee:
Alamak! part ni yang susah sikit. HAHA. Nak suruh Edy lukis cerita raya yang paling lucu dan sangat tidak boleh dilupakan. Ok tak? ^.^

*Agak-agak boleh menang tak? HAHA =.=''

Dari Dapur Mak Jemah (Episode 05): Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Assalaamu'alaikum & Salam Sejahtera.


Untuk resepi hari ini, aku nak kongsikan 1 resepi turun-temurun. HAHA. Tak payah nak temurun sangat la. =.=' Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa nanti. Simple saje.

Resepi 05: Gulai Lemak Cili Api Telur Itik

Bahan Utama:
1. Santan Kelapa |1 biji
2. Telur Itik |5 biji
3. Serai |2 batang
4. Cili Api | 10 ulas
5. Bawang Putih |3 biji
6. Bawang Merah kecil |4 biji

Bahan Lain:
1. Garam
2. Ajinamoto
3. Serbuk Kunyit

Lomak Cili Api Telur Itik
Cara Penyediaan:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
2. Gaulkan bahan kisar bersama santan dan serai yang telah dititik. Masak dengan api sederhana. Campurkan 1 sudu serbuk kunyit |mengikut citarasa pilihan anda|
3. Setelah santan mendidih, pecahkan telur itik satu persatu. Biarkan telur itik menjadi pejal di dalam periuk dan santan menggelegak.
4. Bubuh garam dan sedikit ajinamoto. 

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.

Ruang Seni: Koleksi 03 (Watak Kartun)

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.


Satu lagi koleksi lukisan. Watak dalam Blues Untuk Aku sememangnya kesukaan aku. Tidak syak lagi. HAHA. =.='


Untuk tajuk lukisan ini, aku berikan tajuk sebagai : kerana dia rusuk kiri ku.
Pheww! tajuk nak gempak kan. Nasib lah. 

kerana dia rusuk kiri ku.


menjadi penganggur bukan bermaksud goyang kaki sahaja

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.


Tajuk kat atas tu memang tak menahan. Macam tajuk sebuah puisi syahdu. =.=' Tapi betullah. Jadi PENGANGGUR bukanlah bermaksud kita boleh releks dan bersenang-lenang je kat rumah kan. Goyang kaki tunggu makanan je. Silap-silap mak bapak bagi makan kaki pulak. HAHA. Baru padan muka kau.

Jadi, untuk tidak diberi makan kaki, aku carik la kerja rumah yang boleh aku buat. Aku pilih untuk kemas bilik aku. HAHA. Kerja jugak kan. Kebetulan pulak, bilik baru lepas di cat oleh my big bro. Warna ape? Warna HIJAU yo. Bau cat memang aku sangat tak suka. Odourless? Mahal la. Tahan je lah untuk beberapa hari.


Sesi mengemas bermula. Aku keluarkan semula barang-barang masa undergraduate dulu. Gambar-gambar hasil lukisan my bro aku gantung. Speaker yang aku dah simpan, aku keluarkan semula. Maka, terhasil sebuah bilik yang aman dan damai. =.='


Bahan Bacaan Dunia & Akhirat
Perhiasan Dinding. Alam Semula Jadi
Ruang Kerja dan Hiburan. Berdentum habis. 
Merehatkan badan selepas seharian bekerja.
Siapa kata HIJAU tak cantik. kerana HIJAU itu sangat MENDAMAIKAN. 

TAHNIAH buat Qari dan Qariah Malaysia

Assalaamu'alaikum & Salam Sejahtera.


Qari dari Malaysia telah mengugguli JUARA dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-54. Setinggi ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada beliau.


Juga buat Qariah Malaysia, walaupun hanya mendapat tempat ke-3, tetapi mempunyai jumlah markah yang sama dengan Naib Juara dan Juara. Hanya dibezakan dengan markah tajwid sahaja. 


Keputusan Penuh Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa Kali ke-54.



Qari:
1. Malaysia (95.33%)
2. Iran (91.67%)
3. Indonesia (90.16%)
4. Maghribi (89.8%)
5. Algeria (88.68%)

Qariah:
1. Maghribi (94%. Tajwid: 38.67%)
2. Indonesia (94%. Tajwid: 38.20%)
3. Malaysia (94%. Tajwid: 38.17%)
4. Brunei (85.33%)
5. Thailand (84%)

Boleh dikatakan hampir semua membacanya dengan baik. Tapi malangnya, giliran Qari Malaysia hari terakhir tu boleh pulak awal. Terlepas aku mendengarnya. Sedih!

aku tweet kau mesti kena reply

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.


Topik hari ni memang berlaku dan sangat kerap berlaku. Sebab aku selalu lepak-lepak kat twitter dan baca tweet orang. Baca reply orang. Baca retweet orang. Memang aku takde kerja. =.='


Sepanjang minggu ni, dapatlah aku tengok orang bergaduh kat twitter. Biasanya artis dengan peminat la. Peminat ke apa entahlah. Don't know la. Bila peminat tu tweet artis, then artis tu tak reply, mulalah peminat tu panas hati. HAHA =.='


Dari ayat punya susun baik kipas-kipas artis tu, nah kau ribut taufan punya ayat. Caci maki usah cakap la. Bertag-team pulak dengan kawan-kawan. Serangan bertubi-tubi la kau dapat wahai artis.


Aku baca pon rasa kesian je. Rasa macam nak tolong je artis-artis tu. Ceh! Dengan aku sekali kena tibai nanti. HAHA. Baik aku duduk diam-diam observe gelagat mereka ni.


Aku pon ada gak tweet artis-artis. #Erk! Sekadar menegur sapa orang kata. Bukan kepochi macam wartawan tanya soklan gosip-mosip-mak-jemah. =.=' Tapi tak kisah pon kalau taknak reply. Aku tak mati pon kalau dorang tak reply. HAHA. 

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia [KADS1M]

Assalaamualaikum & Selamat Sejahtera.


KADS1M
Entri terdahulu [DI SINI], aku pernah tulis tentang kenaikan harga barang di Malaysia ni. Aku juga pernah tulis, kenaikan harga barang setiap tahun sangat membebankan terutama kepada mahasiswa. Yelah, mana nak bayar yuran pengajian yang mahal, buku rujukan pun sangat mahal. Barang keperluan lagi. Poket kempis perut pon kempis la. =.='


KADS1M ni diberikan secara percuma kepada pelajar. Dan hanya untuk barang dan perkhidmatan terpilih sahaja. Untunglah pelajar sekarang. 


Nak maklumat lebih lanjut, godek-godek la laman web ni [DI SINI].

Ruang Seni: Potret (Koleksi 02)

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera



Dari Dapur Mak Jemah (episode 04): Masak Kicap Putik Jagung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Resepi ni aku belasah je masak. Masa tu aku disuruh oleh mak aku masak apa yang ada sebab beliau kena pergi Hospital di Temerloh. Aku nampak baby corn a.k.a putik jagung ni. Nak masak ape ek? Pling! Pling! Tetiba keluar resepi ni. =.='


Resepi 04: Masak Kicap Putik Jagung 

Bahan Utama:
1. Putik Jagung |2 paket
2. Bawang Putih |3 ulas
3. Bawang Merah |3 ulas
4. Kicap Kipas Udang Lemak Manis
5. Sos Tiram
6. Tepung Jagung
7. Garam
8. Ajinamoto

Baby Corn with Ketchup

Cara penyediaan:
1. Potong putik jagung mengikut saiz&bentuk mengikut citarasa anda. Basuh dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah dan bawang putih. Tumiskan.
3. Masukkan putik jagung tadi. Tambahkan kicap mengikut citarasa anda.  Tambahkan sos tiram 1 sudu. 
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Kemudian, campurkan ke dalam putik jagung tersebut. 
5. Tambahkan garam dan ajinamoto.

SIAP!

babi hutan pun nak popular jugak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni popular jugak kisah babi hutan ni. Babi hutan dilaporkan mengamuk di bandar Kuantan. Haish! dari mana la datangnya babi hutan tu. Pastu siap masuk ke agensi pelancongan pulak. Nak pergi melancong agaknya babi hutan tu. Maklumlah, Kuantan kan berlangsungnya SUKMA. Nak menghindari hiruk pikuk dan kesibukan jalan raya la tu. =.='


Babi yang mengganas gila babi
Tak pun babi hutan tu nak pegi shopping kot. Beli keperluan anak-anaknya. HUHU. =.='

TONTON: My Kitchen Rules S3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Agak lama tak update blog. Seperti biasalah, balik kampung dan jarang dapat online. Kalau online pon guna broadband adik atau kakak punya. =.='


My Kitchen Rules season 3. Rancangan keluaran Australia. Ditayangkan di Diva Universal channel 702 pukul 6.05pm-7.05pm. Setiap isnin hingga rabu. Apa yang best? Entah. Tapi, sekarang memang musim siri realiti memasak pulak yang popular kot. 


sumber:  web MKR

Juri MKR: Pete&Manu.

Makanan melayu pun pernah dimasak oleh peserta mereka, Carly and Emily pernah masak malay cake yang dikukus. Juri kata sedap. Biasalah, masakan melayu memang sedap-sedap. Sebab tu ramai orang melayu yang obes. Termasuk aku. Huhu~

Tapi rancangan ni dah selesai ditayangkan di sana. Dan Juara pun dah diumumkan. Cuma aku punya peserta kegemaran tak menang la pulak. Ma favourite contestants: Nic&Rocco and Carly&Emily. =.='

Gambar ni dah pernah publish ke?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Gambar ni dah pernah pernah publish ke? Gambar yang mane pulak? Ala, gambar yang ni la. |Ulang 10x|. 


Gambar ni aku lukis sebelum exam STPM. Pastu tepi tu aku tulis kata-kata semangat sket. Takde orang nak bagi kata semangat, so bagi sendiri je lah kan. Tapi kata-kata semangat tu aku dah padam dah. +.+'


Yelah, dah tak berapa nak semangat dah. HAHA =.='


Cerita panjang, gambarnya mane? Sabaq sat na. Ceq nak godam sat. Almaklumlah, nak upload makan masa berhari-hari. Internet lembap tahap siput spongebob. Tunggu sat na!


aku SANGAT suka kartun ni
Dah pernah publish tak dalam ni? Rasa-rasa belum. Tapi kalau dah publish pon ape salahnya. 

Tapi nak pesan sket la. Kepada para pelajar, silalah ulangkaji pelajaran. Jangan tunggu saat akhir |macam selalu aku buat|. Nanti takut tak sempat nak tidur. 

Dari Dapur Mak Jemah (episode 03): Kek Coklat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Resepi ni diajar oleh rakan sekuliah. Mulanya, dia buat untuk berniaga. Tapi beliau sebuk sebagai bekerja sebagai tutor di UPM, bisnes tergendala seketika. Tapi sempat mintak dia tolong ajarkan. 

Resepi 03: Kek Coklat

Bahan Utama:
1. Telur | 2 Biji
2. Gula | 1/2 Cawan
3. Tepung Gandum | 2 Cawan
4. Serbuk Koko | 1/2 Cawan
5. Sodium Bikarbonat | 1/2 Sudu
6. Baking Powder | 1/2 Sudu
7. Susu Pekat | 1/2 Cawan
8. Esen Vanilla | 1/2 Sudu
9. Minyak Masak | 1/2 Cawan
10. Marjerin | 1/2 Cawan
11. Air Panas | 3/4 Cawan

Bahan Topping:
1. Serbuk Koko
2. Air Panas
3. Susu Pekat

Bahan Lain:
1. Rice Cake

Kek Coklat MJ

Cara Penyediaan Kek:
1. Ayak Tepung Gandum & Serbuk Koko. Gaul rata bersama sodium bikarbonat dan baking powder. Ketepikan. 
2. Masukkan telur dan gula ke dalam mesin pemutar dan putar sehingga kembang.
3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam mesin pemutar.
4. Masukkan satu demi satu, susu pekat, esen vanilla, minyak masak dan marjerin.
5. Akhir sekali, masukkan air panas ke dalam adunan.
6. Panaskan air menggunakan periuk kukusan sehingga air mendidih. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukuskan selama 20-30 minit.

Cara Penyediaan Topping:
1. Gaul sehingga sebati serbuk koko, air panas dan susu pekat dalam bekas yang berasingan.
2. Sejukkan kek yang telah siap dan tuang ke atas kek tersebut.
3. Taburkan rice cake mengikut citarasa anda. 

SIAP UNTUK DIHIDANGKAN. 


Ruang Seni: POTRET (koleksi 01)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Sebab dah lama tak melukis, dah takde artwork yang nak di upload dalam blog ni. Yang ni pon art lama. Tahun lepas punya kot. HAHA. Kurang masa la nak melukis. 


Makanya, artwork pada hari ini ialah:



Kalau korang boleh teka, kira menjadi la art aku. Kalau tak, alamak!!! kena belajar lagi la. Walaupon aku bukan student art&design. =.='

Jadi editor tapi hajat tak kesampaian

Assalamualaikum.


Kononnya nak jadi editor majalah. Tapi hajat tak kesampaian. Berangan je lebih. =.='
Kerana kerajinan aku, makanya terhasillah beberapa 'majalah' yang sememangnya TIDAK AKAN diterbitkan di pasaran mana-mana negara sekalipun. Termasuklah pasaran gelap. 


Hanya sekadar hiburan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang sedang pengsan atau yang telah pergi buat selama-lamanya. 











Semuanya hanya merupakan ilusi semata-mata. Dan ianya di-inspirasikan daripada beberapa majalah terkenal di Malaysia. Cuma majalah Mangga tak leh nak buat la. Sebab kena guna gambar dekat kolam renang. =.='

Takkan ada orang buat hantaran macam ni!

Assalamualaikum.


Sebenarnya gambar ni gambar lama. Cerita ni pon cerita lama. Cuma aku suka nak 'ungkitkan' semula cerita ni. Maklumlah, sekarang kan musim kenduri orang kahwin. Setakat ni aku belum jumpa lagi hantaran yang pelik-pelik ni. 


Hantaran ni aku buat, aku reka dan aku cipta sendiri. Horror? Memang nampak horror. Sesiapa yang dapat hantaran macam ni memang amat mengerikan. Tidur malam pon tak lena. Asyik terbayang dengan hantaran ni.


Aku buat hantaran ni untuk pertunangan abang aku. Tahun 2010 kot. Lupa lah. Memang dah lama sangat pon. Tapi setelah diupload dalam facebook, abang aku tak setuju. Aku jamin, sesiapa pun akan rasa tak setuju punya. =.='. 


Jadinya, kena ubah semula la. Penat tau aku buat, tapi kena ubah balik. Kuciwa rasa hati. HAHA. +.+'


Nak tengok tak hantaran yang macam mana? Sabaq sat, ceq upload dulu na. 


Siapa nak tempah hantaran macam ni, sila hantar kat aku. =.='
Berminat? Kalau berminat, jangan segan-segan request kat aku ye. Heee.

Hanya segenggam nasi je? Cukup ke?

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Siapa yang makan nasi hanya segenggam saje? Cukup ke? Kalau tangan besar, mungkin dapat banyak. Tapi, kalau tangan kecik molek je, berapa sangat la dapat. Celah gigi pon tak lepas. =.='


Tapi tu lah tips diet yang diberikan oleh Kevin Zahri. Aku yakin semua kenal dengan Kevin Zahri. Kalau tak kenal, sila google sendiri la ye. 


Kata beliau, kita perlu ambil hanya segenggam nasi saja. Tambah ayam seketul dan sayur. Air masak saje. Kalau nak minum air manis, kena kurangkan nasi dari segenggam tadi. Ok aku rela minum air masak. 


Tapi bukan bermaksud SEGENGGAM NASI SEHARI ye? Beliau sarankan makan 4 kali sehari. So, 4 kali = 4 genggam sehari. Cukup la kan? Kalau anda rasa tak kenyang, sila jumpa pakar perubatan islam. Kot2 ada 'benda' tumpang badan anda. HaHa =.='


Kalau nak tau info lebih lanjut tentang ini, nah! aku sediakan video dari beliau.  



Amacam? Dah faham? Nak kurus pon kena tetap makan nasi. Atau gantikan dengan makanan ber-karbohidrat yang lain. Barulah bertenaga. Eceh. Dah macam aku pulak pakar pemakanan. Padahal aku pon tengah berusaha untuk maintainkan badan. Huuuu~~

Jom Sihat! Jadilah rakyat Malaysia yang lebih sihat! 

Dari Dapur Mak Jemah (episode 02): Ayam Bakar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Resepi yang dikongsi pada hari ini adalah daripada kakak ipar. Sesuai la untuk musim cuti persekolahan kan. Mane tau nak bawak famili pergi bersantai-mantai di tepi sungai sambil bakar-membakar. 

Resepi 02: Ayam Bakar

Bahan Utama:
1. Ayam |2 ekor|

Bahan Kisar:
1. Bawang Besar |10 biji|
2. Bawang Merah |5 ulas|
3. Bawang Putih |1 labu|
4. Halia |sebesar ibu jari|
5. Cili Padi |beberapa tangkai|

Bahan Lain:
1. Serbuk Kunyit |1 senduk|
2. Serbuk Cili |5 sudu|
3. Lada Sulah |1 sudu kecil|
4. Limau Nipis |2 biji|
5. Garam |secukup rasa|
6. Ajinamoto |secukup rasa|

Ayam Bakar Yang Sudah Diperap

Cara Penyediaan:
1. Ayam di potong kepada beberapa bahagian. Bersihkan.
2. Kisarkan semua bahan kisar. Gaul rata bersama ayam yang telah dibersihkan tadi.
3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada, sedikit lada sulah, garam dan sedikit ajinamoto.
4. Perahkan beberapa biji limau nipis.
5. Ayam yang telah diperap disimpan ke dalam peti sejuk selama semalaman.
SEDIA UNTUK DIBAKAR!


nota tambahan: segala sukatan adalah berdasarkan citarasa sendiri.

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...