Followers

kerana baju saiz M itu...


Assalaamualaikum & Salam Ramadhan

Dah lama tak jenguk blog ni. Apatah lagi blog korang-korang yang datang menyinggah. Dan terima kasih sebab sudi follow blog aku ni. Ada beberapa orang aku tak follow back. Nanti aku follow okeh? 

Amacam persiapan raya korang? Berapa pasang baju raya tahun ni? Perempuan mesti banyak buat baju raya. Kalau boleh sehari sepasang baju raya. Hehe. Jangan marah ek wanita seluruh dunia. Aku, seperti biasa lah. Baju melayu hak tahun lepas punya. Setahun sekali je pakai baju melayu. Malas la nak beli baru. 

Tapi dah beli baju kemeja. Almaklumla, sejak umur meningkat ni, cenderung untuk beli baju kemeja. Baru nampak matured. HAHA. Takde maknanya. 



Ehem-ehem. Slim Fit okeh. Slim tu macam tak berapa nak ada sangat. Tapi fit tu mungkin la. HUHU. Tolong jangan muntah dengan sengaja. Nanti batal puasa pulak. Kalau tak sengaja takpe. Sambung puasa semula.

Sangat berisiko beli baju saiz M. Time puasa ni, memang la badan mengecil sket. Tapi time raya tu yang risaunya. Pakai sehari dah tak muat. Tak pun tang perut yang mendatang dulu. HAHA. Tapi, akan ku cuba mengawal makan sedaya upaya. Yelah, nak dapat slim tu susah dah. Kena maintain fit jelah. ;)

8 comments:

Reena Kamarudin said...

selamat hari raya, pejai!

Edy Fee said...

baju edy semua slim fit.hehehe

Edy Fee said...

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Awie Omar said...

Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la sertai :)

Joe_Hans said...

sama cam ediie... mine pun semua slim fit...huhuhuh

faizal mohd said...

Reena Kamarudin:

Selamat Hari Raya. Hehehe ;)

faizal mohd said...

Edy Fee:

Tula. Sebab ko memang slim dan fit. hehe.

selamat hari raya edy. ;)

faizal mohd said...

joe_hans:

sebab ko jenis slim dan fit jugak. hahaha

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...