Followers

Hanya segenggam nasi je? Cukup ke?

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Siapa yang makan nasi hanya segenggam saje? Cukup ke? Kalau tangan besar, mungkin dapat banyak. Tapi, kalau tangan kecik molek je, berapa sangat la dapat. Celah gigi pon tak lepas. =.='


Tapi tu lah tips diet yang diberikan oleh Kevin Zahri. Aku yakin semua kenal dengan Kevin Zahri. Kalau tak kenal, sila google sendiri la ye. 


Kata beliau, kita perlu ambil hanya segenggam nasi saja. Tambah ayam seketul dan sayur. Air masak saje. Kalau nak minum air manis, kena kurangkan nasi dari segenggam tadi. Ok aku rela minum air masak. 


Tapi bukan bermaksud SEGENGGAM NASI SEHARI ye? Beliau sarankan makan 4 kali sehari. So, 4 kali = 4 genggam sehari. Cukup la kan? Kalau anda rasa tak kenyang, sila jumpa pakar perubatan islam. Kot2 ada 'benda' tumpang badan anda. HaHa =.='


Kalau nak tau info lebih lanjut tentang ini, nah! aku sediakan video dari beliau.  



Amacam? Dah faham? Nak kurus pon kena tetap makan nasi. Atau gantikan dengan makanan ber-karbohidrat yang lain. Barulah bertenaga. Eceh. Dah macam aku pulak pakar pemakanan. Padahal aku pon tengah berusaha untuk maintainkan badan. Huuuu~~

Jom Sihat! Jadilah rakyat Malaysia yang lebih sihat! 

4 comments:

Reena Kamarudin said...

Secubit nasi lagi ok kot. Hahaha

faizal mohd said...

Reena Kamarudin:

secubit nasi tu macam meratah nasik pulak. haha

Fakhrul Haiyin said...

haha. aku makan ntah brapa genggam skali. tp berat statik jak. xnaik pun. adeh.

faizal mohd said...

fakhrul haiyin:

wah! untungla. kalau aku, cepat kembang la badan. huhu.

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...