Followers

kerana rasa janggal pulang ke rumah sewa

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni hari ke-3 di bumi Serdang. Pulang ke rumah sewa atau lebih tepat, bekas rumah sewa. Lebih sebulan sudah aku berpindah keluar dari rumah sewa. Sebab apa? Tak mampu nak bayar sewa rumah RM 200 sebulan. Eh? Haha

Tapi kerana beberapa perkara berkaitan tesis, aku terpaksa pulang. Tesis perlu di 'hard bound' kan. Aku memilih untuk menumpang di rumah itu. Mungkin seminggu. Mungkin dua minggu. Bergantung kepada cepat atau lambat tesis siap dan dihantar ke GSO.

Janggal duduk dalam rumah itu. Kerana apa? Kerana dulu bilik yang aku diami dahulu kini bukan lagi bilikku. Dulu aku suka lepak dalam bilik. Sebab tenang, senyap dan sejuk. Lepak di ruang tamu bunyi bas dan lori lalu-lalang. Bising.

Tapi sekarang aku tak boleh lepak dalam bilik tu sebab tu bukan lagi jadi bilik aku. Haha. Kadang-kadang, aku rasa aku merindui katil aku. Berbaring di katil sambil meng'online'kan diri. Buat tesis atas katil. Buat taik mata pon atas katil. Hehe. Tu perkara wajib la kan. 

Harap-harap, urusan tesis aku dapat di settle kan dengan secepatnya. Sebab aku rasa aku juga rindukan katil yang dekat kampung tu. Haha. Tidur je aku ni. 

6 comments:

Encik Suami said...

Assalamualaikum..

TQ follow.kompius kejap baca entry nie.asalnye student ek?so..kene dtg semula sbb ada urusan yg x selelsai?
skrg nie dh keje ker menganggur?

faizal mohd said...

encik suami:

kompius ke? haha ;)
after pembentangan tesis dah pindah balik kg. tapi tesis still belum hantar ke graduate school. dtg menyiapkan kerja yang berbaki.
belum kerja lagi. sedang mencari kerja. hee ;)

Encik Suami said...

Ooo..itu macam.jurusan apa ?degree ek?

faizal mohd said...

Encik Suami:

economics. master. :)

vendoline said...

ayat puitis..kalau karang balik aku rasa leh buat puisi.... siyesly..all the best thesis

faizal mohd said...

Edy Fee:

Ayat puitis? haha. kena letak ayat dramatik sket la nanti. ;)

thanks. inshaAllah semoga segalanya terbaik.

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...