Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.
Tiada apa yang ingin dikongsikan. Hanya sebuah coretan. Mungkin tidak penting kepada orang lain. Tapi bagi aku, ianya sangat bermakna.
4 tahun berada di UPM bukanlah suatu masa yang singkat. lebih tepat lagi, 7 tahun di UPM - Universiti Putra Malaysia. Menjadi pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Lama kan? ''Mesti dah hafal selok-belok UPM kan?'' Jawapan aku, "Tak Hafal". Percayalah, banyak tempat yang belum aku terokai. HAHA. Ada tempat yang aku teringin nak pergi dan ambil gambar. Salah satunya, pokok yang menjadi ikon UPM. Tempat Lisa dan Farid Kamil berlakon dalam lagenda budak setan.
Aku mula buat tesis dalam tahun ke-2. Biasalah tahun pertama orang kata tahun bulan madu. Asyik nak enjoy saje. Masuk tahun ke-2 mulalah gelabah tak tentu hala. Mujur aku dapat supervisor dan committee member yang sangat sangat sangat membantu. Juga buat examiners masa viva voce yang memberi kritikan yang dapat menambahbaikkan lagi tesis aku. Syukur ku punya mereka.
Keluarga dan rakan-rakan juga tak kurang membantu. Sokongan moral dan bantuan kewangan banyak diberikan kepada aku. Seriously, buat tesis pon banyak gak tekanan nya. Kena run data semula adalah suatu perkara yang sangat memenatkan. Penat mata.
Tapi itulah pengalaman. Juga ilmu buat aku. Pengalaman ini juga boleh dijadikan panduan masa nak buat tesis untuk PhD nanti.
Sambung PhD? Memang ada dalam plan aku. Tapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Aku teringin nak cari pengalaman kerja. Belajar mencari duit sendiri. Berdikari dan berusaha sendiri. Dah bersedia nanti, baru aku sambung belajar semula. HEHE
2 comments:
Wow! aku baru nak siapkan tesis bac aku.doakan eh!
dee:
semoga cepat siap. inshaAllah, aku doakan. ;)
Post a Comment