Followers

Dari Dapur Mak Jemah (Episode 12): Cupcake Vanilla


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera
Resepi 12: Cupcake Vanilla



Bahan-Bahan:
1.       Mentega | 3/4 Cawan
2.       Gula | 1 ½ Cawan
3.       Telur | 4 Biji
4.       Tepung Gandum | 2 Cawan
5.       Serbuk Penaik | 1 Sudu Kecil
6.       Sodium Bikarbonat | 1 Sudu Kecil
7.       Garam | 1/4 Sudu Kecil
8.       Esen Vanilla | 1 Sudu Besar
9.       Susu | 1 Cawan

Cara Penyediaan:
1.       Pukul Mentega & Gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.
2.       Ayak Tepung Gandum dalam bekas yang berasingan. Campurkan bersama sodium bikarbonat dan serbuk penaik.
3.       Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan yang pertama tadi sedikit demi sedikit dan kaupkan sehingga sebati.
4.       Masukkan esen vanilla, susu dan garam. Gaul adunan sehingga sebati.
5.       Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit.
SIAP! Selamat Mencuba!

Dari Dapur Mak Jemah (Episode 11): Sotong Bersumbat Berkuah


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Resepi 11: Sotong Bersumbat Berkuah



Bahan Utama:
1.       Sotong |15 Ekor
2.       Kentang |5 Biji
3.       Lobak Merah |1 Biji


Bahan Kuah:
1.       Bawang Merah |10 Biji
2.       Bawang Putih |5 Biji
3.       Halia |Sebesar ibu jari
4.       Serai |2 Batang
5.       Rempah Kari Daging |1 Sudu Besar
6.       Rempah Kari Ikan |1 Sudu Besar
7.       Jintan Manis, Jintan Putih, Ketumbar
8.       Santan |1/2 Biji Kelapa
9.       Garam
10.   Serbuk Perasa

Cara Penyediaan:
1.       Basuh Sotong dan toskan.
2.       Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan. Lobak merah dipotong dadu. Gaul rata kentang lenyek bersama lobak merah dan sedikit garam.
3.       Sumbatkan kentang lenyek ke dalam sotong. Ketepikan.
4.       Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
5.       Tumis bahan kisar sehingga garing bersama rempah kari daging, rempah kari ikan dan sebuk jintan manis + jintan putih + ketumbar.
6.       Masukkan santan ke dalam bahan tumis tadi. Biarkan mendidih seketika atau masak sehingga kuah pekat. Masukkan sotong dan biarkan sehingga sotong masak.
7.       Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.

SIAP! Selamat Mencuba!

Dari Dapur Mak Jemah (Episode 10): Cencaru Bakar Bersumbat Kelapa


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera

Resepi 10: Cencaru Bakar Bersumbat Kelapa


Bahan Utama:

1.       Ikan Cencaru |3 Ekor
2.       Kelapa Parut |1 Biji

Bahan Sampingan:

1.       Garam | 1 Sudu: mengikut citarasa
2.       Cili Padi | 10 biji: mengikut citarasa
3.       Serai |1 Batang
4.       Bawang Putih | 2 Ulas
5.       Serbuk Kunyit | 1 Sudu
Cara Penyediaan:
1.       Siang ikan cencaru. Belah di tengah. Basuh ikan dengan bersih. Ketepikan
2.       Kisar serai + bawang putih + cili padi. Gaulkan bersama kelapa parut. Campur sedikit serbuk kunyit.
3.       Sumbat kelapa parut yang telah digaul sebati tadi ke dalam ikan yang telah dibelah tengah.
4.       Dengan api yang sederhana, bakar sehingga ikan masak.

SIAP! Selamat Mencuba!

Fashion Star Anak Didik Nicole Richie Ke?


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rasa nasib baik kot sebab tak jadi fashion designer. Sebab apa? Sebab kebanyakan dress yang aku design sangatlah daring dan seksi. Bagi aku seksi la. Kalau bagi orang yang suka pakai pakaian yang jenis tak cukup kain tu mungkin tak seksi. HAHA

Aku sesaja je lukis-lukis ni. Sebagai aktiviti membuang masa. HAHA. Aku kan banyak masa untuk dibuang |tangan di bahu mata ke atas|. Ni semua gambar lama. Lepas aku habis exam SPM tahun 2002 kot aku lukis semua benda alah ni. Kan aku dah cakap. Aku ada banyak masa ‘terluang yang dibuang’. Eh!



Sebab aku lukis mende ni dah lama, so dia punya fesyen pon jenis 10 tahun yang lalu mungkin la agak fofular. Yeke? Ke out of date? HAHA

Ada lagi tapi segan la nak tunjuk dah. Eh! Mengada-ngada pulak. Tapi betullah, semuanya dah jenis Out-of-Date. HAHA. Then, I wish nak mintak Rizman Ruzaini tolong jahitkan. HADOI! Kena reject la jawabnya.

Jika anda jadi seperti apa yang anda rancangkan, itu rezeki anda. Tak gitu? Eh!

E.N.D



Kucing Dah Mati, Jaga Tumbuh-tumbuhan Pulak


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Sejak anak-anak kucing dah mati dan mak kucing melarikan diri, aku jadi penjaga kepada tumbuh-tumbuhan pulak. Lepas kucing-kucing tu mati, aku rasa bosan pepagi tak buat apa. Biasa selepas kemas rumah, aku mesti basuh najis kucing, mandikan dan bagi makan. Lepas kucing mati, aku mandikan pokok-pokok ni pulak. J
Rutin harian aku berulang-ulang la sampai aku mampus. Eh! Sampai aku dapat kerja la. Sorang pakcik ni pernah cakap, kalau aku kerja nanti sapela nak jaga pokok-pokok tu semua. Aku memang rajin pedulikan pokok-pokok tu. Sangat!! Kata orang tu, terapi minda. HAHA


Pokok rose yang bunga gedabak tu ABAH punya. Yang kecik-kecik tu mak punya. Taste ABAH mengingatkan aku pada sorang kawan ni. Dia memang suka bunga rose yang merah menyala dan besaq gedabak ni. Kami beli dekat Cameron Highlands. Harap-harap hidup la. Mudah-mudahan

’Dia Cucuk Tang Sini, Dia Cucuk Tang Sini’’


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Orang sekarang macam gila nak cucuk-menyucuk (betul ke bahasa aku ni?) kat muka. Nak awet muda la konon. Yelah nanti kalau kedut rasa stress kan? Macam nak seterika je rasanya. Tu makcik dalam iklan kat TV tu la yang cakap. Bukan aku yang cakap. HAHA.


Tak payah nak cucuk botoks ke, bontot? Ke, vitamin C ke. Blender je isi oren, pastu air dia campur dengan gula & letak ais sikit. Pergh! Lega tekak dapat minum fresh oren. Hampas dia jangan di buang. Tepek je dekat muka. Buat macam masker. Biaq 10 – 15 minit pastu gosok pulak macam skrub. Bilas dengan air. TADAAA!!! Bersih la sehari dua. Jimat pencuci muka. HAHA. Kedut pon tak ada. Comel macam Kak Ton tak? HAHA.

*Ambik idea dari segmen dalam Wanita Hari Ini. Guna bahan semula jadi, tak ada kesan sampingan. 

Dari Dapur Mak Jemah [Episode 09]: Puyuh Percik


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.


Bahan Utama:
1.       Burung Puyuh |5 Ekor|
2.       Santan Kelapa |1 Biji|
3.       Bawang Putih |2 Ulas|
4.       Bawang Merah | 3 Ulas|
5.       Cili Giling |5 Sudu|
6.        Serai |2 batang|

  
Bahan Sampingan:
1.       Garam
2.       Serbuk Lada Hitam
3.       Minyak Masak

Cara Penyediaan:

1.       Basuh bersih burung puyuh. Gaulkan bersama garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak masak.
2.       Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 230 darjah selama 30-40 minit.
3.       Kisar bawang putih dan bawang merah dan titikkan serai.
4.       Masukkan bahan kisar bersama santan kelapa dan cili giling ke dalam periuk. Garam secukup rasa. Masak di atas api yang sederhana. Masak sehingga kuah pekat.
5.       Curahkan kuah percik tadi ke atas burung puyuh yang telah siap dibakar.
SIAP! Selamat Mencuba~



Chinese Paladin 3. Ada sambungan Chinese Paladin 4 tak?

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Aku pernah tulis pasal drama The Legend of Condor Lover. Dan ramai yang bagi respon dekat entri tu. Ada yang mintak link kat mana nak donload citer tu. Alhamdulillah, ada yang sudi kongsi. Cuma aku tak sure ada atau tidak subtitlenya. Kalau takde, pakat2 gi ambik kursus bahasa cina la. Mandarin atau Kantonis, aku tak tau lah. Jangan tanya aku. HAHA.
Satu lagi cerita yang aku rasa menarik jugak, drama Chinese Paladin 3. Aku tak pernah tengok yang season 1 dan season 2. Tetiba keluar season 3 punya. Kalau tak silap, tahun 2009 kot di 8TV.


Cerita ni pasal dewa-dewa jugak la. Ada kungfu letup-letup, terbang-terbang. Tu yang aku minat tu. Heroin dia pon agak comel jugak. Kiutnya! Kiutnya! Kata Lisa Surihani.
Nak link? Aku pernah tengok online citer ni. Gara-gara tak sabar tunggu episode seterusnya punya pasal. Tapi tak paham la sebab takde orang yang sudi untuk translate. Tapi aku lupa la link dia. HAHA. Korang check je dekat google. InshaAllah ada. Selamat menggoogle ek.
Produser atau director, tolong buat sambungan untuk cerita ni boleh? <-- Kompem dorang tak akan sambung sebab dorang tak faham bahasa melayu. HAHA

Layan cerita cina barulah 1Malaysia. Tak gitu?

E.N.D

Bela Kucing Kena Bertanggungjawab


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ni tak tau nak cerita pasal apa. Fikir punya fikir, kita cerita pasal kucing lah. Pasal kucing dan tuan kucing. Haha.

Nak bela kucing memang perlu ada sifat ke-bertanggungjawab-an. Bertanggungjawab untuk bagi makan, mandikan, basuh najis kucing dan benda-benda lain lagi la. Aku tak tau la kalau ada orang bela kucing tapi taknak bagi makan, taknak basuh taik dia. Tapi bagi orang lain yang buat. Banyak cantik muka dia.

Aku suka kucing tapi kalau diberi seekor kucing untuk dibela, memang aku tak akan bela. Sebab aku takut kalau-kalau aku terlupa untuk jaga dia. Aku takut aku tak bagi makan kat dia. Aku takut kalau aku tak mandikan dia. Nak-nak kalau kucing tu dilepaskan. Kalau dia berak merata-rata camne? Bila kucing tu berak kat rumah orang, kita sepatutnya yang kena basuh. Tapi ada tuan-tuan kucing ni buat tak tau je. Yang teruk tu sampai gaduh jiran sebelah-menyebelah sebab taik kucing punya pasal.

Dekat rumah aku pon ada bela kucing. Ada 3 ekor. Adik aku yang ambik bawak balik. Tapi aku yang selalu jaga. Haih! Banyak cantik muka dia! Tambah lagi 4 ekor anak kucing sesat. Entah datang dari mana entah. Ni lagi satu tuan yang tak bertanggungjawab. Ikut suka hati dia je buang kucing merata-rata. Kalau taknak gi la jual kat pet shop ke apa ke. Aku pon tak berapa suka sangat kucing yang 4 ni. Comel tu comel tapi suka berak merata. Nasib aku bukan jenis baran, kalau tak memang dah kena flying kick da dorang tu. HAHA. Kalau kucing aku yang 3 ekor tu berak dalam sangkar je. Bila dilepaskan, dorang tak berak pon. Magik kan? HEHE

Makanya, sesiapa yang bela kucing tu kena bertanggungjawab sikit ok? Kalau rasa nak bela kucing sebab cute je, tak payah bela. Gi kat pet shop, pegang-pegang, buat ‘auchak’ pastu blah. Boleh? HAHA

Kucing kita. Tanggungjawab kita.
E.N.D

Perasaan. Hanya Pada Perkataan Semata


Assalaamualaikum & Selamat Sejahtera

Kadang-kadang, kita hanya meluahkan perasaan hanya melalui kata-kata. Tapi kadang-kadang kita terlupa untuk sertakan sekali dengan perbuatan atau tindakan. Contohnya, seperti kesian tengok bebudak mengemis tapi terlupa nak hulur seposen dua. Tu contoh saje. Ada yang terasa ke? Harap maaf.

Tak payah tengok contoh yang jauh. Contoh dekat-dekat sekeliling kita pun ada. Tak perasan? Cuba korang tengok mak korang buat kerja rumah sorang-sorang. Memasak, mengemas, membasuh pakaian sorang-sorang. Korang kesian tak? Apa tindakan korang? Hanya melihat? Buat tak tahu? Buat tak Nampak?

Jangan sekadar tulis kat status facebook “kesian tengok mak aku arini. Penat buat kerja rumah seharian tak henti-henti”. Tapi tak tolong pon. Kalau boleh, 24 jam duduk mengadap facebook. Itu contoh saja. Ada yang terasa lagi ke? I’m sorry.
Cuba boypren atau gelpren korang cakap sayang kat korang pastu tak nampak tindakan atau perbuatan yang menggambarkan dia sayang kat korang. Mesti korang rasa nak seligi diaorang kan? Boleh ke guna contoh ni? Ke ada yang sentap? HAHA
Ada orang tak pandai nak luahkan perasaan tapi nampak melalui tindakan dia. Tapi lebih baik daripada orang yang pandai sesangat meluahkan perasaan tapi hanya cakap tak serupa bikin.

Maaf ler. Sesungguhnya coretan aku memang tidak ada kena-mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalau ada pon hanyalah sekadar kebetulan saje. Kalau ada yang sentap, aku apa peduli.

Sentap menyentap amalan mulia.

E.N.D

Tolak Tiga Tawaran Temuduga


Assalaamualaikum & Salam Sejahtera

Gila ke apa aku ni? Asyik tolak tawaran temuduga je. Padahal sebelum ni, memang aku jugak yang apply jawatan tu. Apa yang aku nak? Memilih kerja? Semestinya bukan! Percayalah.

Kalau rasa malas nak kerja boleh tak? Kalau lah hidup ni tak perlukan duit dan semuanya percuma. Nak percuma gi tinggal kat gua. Semua percuma. Ah! Banyak cantik muka kau!
Masuk kali ni dah tiga kali aku tolak a.k.a tak pergi temuduga kerja. Pertama aku tolak jawatan pegawai tadbir di Lembaga Getah Malaysia. Kedua, aku tolak pelawaan kawan aku untuk jadi pensyarah sambilan di Uitm Jengka. Tapi yang ni bersebab. Dan ketiga, aku tak pergi temuduga untuk jawatan pegawai penyelidik di UPM. Orang lain punya susah payah carik kerja, aku senang-senang je tolak rezeki. Kalau mak ayah aku tau ni, mampus aku kene berleter. Especially dengan ayah aku. Ye, ayah aku suka berleter. Kalah mak aku. Makanya, kalau ada adik beradik mahupun jiran tetangga aku yang baca blog ni, harap dirahsiakan ye. Nanti aku belanja eskrim kacang. HAHA.

Ok, tinggal dua lagi jawatan yang aku mohon tapi belum dapat jawapan. Pegawai pendidik mohon melalui SPP dan Pensyarah di UUM. InshaAllah yang dua ni, kalau ada temuduga aku akan pergi. Sebab aku rasa aku nak menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Walaupun aku tak punya kemahiran untuk mengajar atau mengawal pelajar, InshaAllah aku  akan cuba.

Kerana itulah perjalanan hidup aku. There’s a light at the end of the tunnel.
E.N.D

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...