Followers

Berendam Air Mata. Sampai Bila?

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam aku ada menonton Wanita Hari Ini. Rancangan bual bicara memang aku agak minat jugak sebenarnya. Bergantung juga kepada topik-topiknya. Topik WHI semalam pasal hak isteri menuntut pembubaran perkahwinan atau tebus talak a.k.a KHULUK. Isteri juga boleh menuntut fasakh jika suami tidak menjalankan tanggungjawab mereka. 

Ada beberapa orang telefon bertanyakan masalah rumah tangga mereka atau orang terdekat dengan mereka kepada panel. Sang isteri lebih banyak berendam air mata berbanding menuntut hak mereka. Aku faham isteri sedaya upaya untuk pertahankan rumah tangga mereka.

Sang suami bertahun tak laksanakan tanggung jawab. Isteri 'di gantung tak bertali'. Si isteri masih setia dan mungkin berharap suami mereka berubah. Itu belum lagi suami kaki pukul. Ada yang minta pendapat panel apa nak buat. Aku jawab 'tuntutlah fasakh'. Panel pon bagi jawapan yang sama. 

Bercerai itu suatu yang tidak disukai dalam Islam tapi bukan juga suatu yang HARAM. Hidup bukan seperti dalam drama-ii melayu di tv yang selalunya happy ending. Dalam drama, ending dia suami yang mulanya 'durjana' mesti insaf. Tapi realiti tidak selalunya begitu. Atau nak tunggu insaf? Dan sanggup berendam air mata bertahun lamanya? 

Sang suami bersikaplah sewajarnya. Kalau tak mampu nak pikul tanggung jawab, jangan kahwin.  Isteri pula bertindaklah sewajarnya. Tak perlu nak merenung nasib selamanya. 

*Maaf andai tulisan ini mengguris mana-ii pihak. 

Gong Xi Fa Cai


Assalaamua'laikum & selamat sejahtera

Dah lama tak tulis kat blog ni. Dah bersawang sangat-ii dah rasanya. HAHA. Nasib password masih ingat lagi. Tak tau nak tulis apa dah dekat sini. Macam tak ada apa nak update dah. Hidup biasa-ii saja sejak setahun dua ni. HAHA. 

Sempena GONG XI FA CAI ni nak menaip la sekejap. Tapi cuma nak ucap Happy Chinese New Year kepada mereka yang menyambutnya. Buat Ah Peng, Ah Cai, Mei Ling & Siew Mei, jangan lupa jemput saya buat rumah terbuka nanti. Angpau lai lai~. 

-Sekian-


:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...