Followers

:: Antara Hui Jia De You Huo, Nada Cinta dan Soffiya ::

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Eh. Lama sangat ke? Baru beberapa hari saja. Jiran sebelah tu sejak pindah ke england, dah setahun tak update blog. Relex je dia. *Ok! tiada kaitan.

+++++++++++

Tajuk di atas semuanya adalah drama di tv. Hui Jia de You Huo adalah drama cina *taiwan atau hongkong aku tak tau. Nada Cinta pulak sinetron dari seberang dan Soffiya pulak drama melayu. Jadi apa masalah berbangkitnya? Begini ceritanya. "pada suatu hari... ". Eh tak payah nak tambah drama sangat la.

++++++++++++


Hui Jia de You Huo ditayangkan di tv2 |6pm-7pm| untuk slot golden phoenix. Dulu layan cerita the tale of the royal seamstress. Sebelum tu pernah layan the beauty's rival in the palace. Jarang orang layan drama cina. Kalau drama korea atau jepun mesti berlambak. Sampai bondaku gelarkan diriku *hantu cerita cina*. Kalau ada jiran datang rumah mesti dorang cakap "Lah! awak layan cerita cina?" Mungkin masa mak aku mengandungkan aku, bonda teringin nak pergi china kot. Eh. ada kaitan ke? Entah.

++++++++++++++


Drama Nada Cinta, sinetron dari Indonesia. Aku kurang pasti ganti cerita apa. Nada Cinta ditayangkan di astro ria |630pm-730pm| untuk slot sinetron la. Aku dah lama tak layan sinetron. Dulu minat la nengok bawang putih bawang merah dan watak rika sumanto jadi pilihan hati. Ops. Cerita ni adik perempuan aku 2 orang + abah aku suka layan. Adeh!

++++++++++++++


Drama ketiga, Soffiya. Yang ni pon adik aku suka nengok. Drama soffiya ditayangkan di tv3 |7pm-8pm| untuk slot Akasia. Aku memang tak layan sangat drama-drama waktu begini termasuk nora elena. Kasih alia je aku nengok. Tu pon selepas 730pm. Kalau tukar waktu siaran mungkin aku tonton jugak drama Akasia ni. Tapi aku suka tiz zaqyah. Eh tetiba pulak. 

++++++++++++++

Ok! masalahnya ialah, kalau kat rumah mesti berebut remote tv sebab masing-masing nak nengok cerita kegemaran masing-masing. Aku nak nengok cerita cina, dorang nak nengok cerita dorang. Alkisahnya aku dapat tengok separuh je cerita cina tu. Jangan nak suggest beli tv lain sebab aku tak mampu. Tapi kalau kat rumah sewa, dapatla aku layan cerita cina sampai habis sebab waktu tu memang jarang sangat housemates tengok tv kecuali aku. 

+++++++++++++

Eh. macam panjang pulak aku membebel. Ok lah nanti bosan pulak orang nak baca. *Ada ke orang baca? InshaALLAH ada. *Ayat nak sedapkan hati sendiri. 


-Adios-

7 comments:

IMANSHAH said...

xreti tgk drama korea

IMANSHAH said...

xreti tgk drama korea

faizal mohd said...

bro IMANSHAH:

drama korea sangat panjang. kadang2 jenuh nak tunggu sampai habis. :)

Cikrosecute said...

Paling Akak suka Sinetron Nada Cinta..Yang Kedua cerita cina tue...Yang Last Soffiya...hihihi

Anonymous said...

citer cina tu adaptasi dr citer korea temptation of wife yg femes tu. lagu ost dia best sgt.

faizal mohd said...

MakNgah:

makngah pon layan jugak? hehe :) saya kureng sket citer korea ni.huhu. haah ost dia best. walaupon tak paham. :P

faizal mohd said...

cik rose cute:

akak pon suka cerita cina tu? saya tak minat sinetron sangat. hehe :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...