Followers

:: jom! cari siput ::


Assalamua'laikum

Jom! cari siput? siput apa? bukan siput babi ek. Kalau siput babi tak payah susah-susah, belakang rumah berlambak. HaHa. Siput yang dimaksudkan adalah siput sedut atau nama saintifiknya:____ (isi tempat kosong). 

***********


Ok! siput sedut biasanya orang buat gulai lemak. Selama ni memang tak pernah lagi nampak orang buat sup ke, kari siput ke. Kalau ada, ntah la. Cuma memang belum pernah tengok resepi siput selain dimasak gulai lemak. Orang nogori cakap masak lomak cili api. Resepi bonda.

**************

Memasak memang nampak mudah, nak mencarinya. Perghh!!! kena tenggelam pastu timbul, tenggelam balik pastu timbul semula. Pastu kena raba-raba sikit. Oit!!! jangan fikir lain ye. Pastikan anda masih dilandasan yang betul. Maksudnya seperti ini:




Amacam? ada faham? sebab siput tu duduk didasar, jadi kena la raba-raba sikit. Atau lebih tepat lagi, merayapkan tangan anda di dasar. OH!skema sungguh ayat. HeHe.

*************

Langkah seterusnya, bukan terus boleh masak. Kena basuh dulu, cuci sampai bersih. Nak mencuci pon ada skill jugak. Biasanya guna pelepah daun pisang. Godak-godak lama sikit sampai badan siput tu bersih. 


Lepas basuh, ada lagi step. Kena potong ekor dia pulak. Pergh! nak potong ekor siput tu satu persatu memang jenuh. Sakit pinggang dibuatnya. Bayangkan se-besen tu nak dipotong ekornya. 


kemudian, baru lah boleh dimasak. Lagi satu, nak makan siput pon kena ada skill jugak. Ada lagi???! Haih! punya banyak skill da. HaHa. Yelah! nak menyedut tu ada orang tak pandai sedut. Tapi aku ok jek. HoHo. Kalau sedut-sedut tapi tak keluar, sedut semula ikut ekor dia, kemudian sedut balik kat kepala dia. Kalau taknak keluar jugak, buang jela ambik yang lain. Yang paling tak bestnya makan siput ni kalau ada anak-anak dia yang kecik-kecik tu. Eyerkkk!!! 

*****************

Ouh! selamat mencuba la ek. Dah lama tak carik siput. Mesti dah banyak stok siput kat tempat tu. 


-Adios-

2 comments:

diana said...

kalau kat belah utara ni pun orang kata masak lemak..kalau masak gulai tu maknanya masak kari la..
***
akak orang utara..
bukan orang jawa..:p

faizal mohd said...

kak diana: kalau nama panjang masak gulai lemak, sebab orang kata kalau yg berkuah tu maksudnya gulai macam gulai tempoyak. ntahla saya kurang arif sket. hehe.

***
oh ngatkan orang jawa. hehe. sorry. :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...