Assalamualaikum.
Entri sedih untuk hari ni. Semalam ternampak gambar dia yang sudah mati. Siapa dia tu? Dia adalah kucing aku. Kami bagi nama piyu dekat kucing tu. Kadang-kadang panggil me'aw. Kami jaga piyu sejak dia remaja dan masih anak dara. Eh. tau-tau je masih anak dara. Kucing sapa tak tau tapi selalu datang rumah. Masa muda remaja, piyu sangat comel. dan juga lincah. *Aku rasa dah macam karangan BM dah.
+++++++++++++
Piyu pernah dibuntingkan. Angkara kucing jantan yang mana? Aku tak pasti. Sebab aku tau bila balik kg sebelum raya aritu, dah ada anak 2 ekor. Hitam dan Puteh. 2 ekor lagi mati tapi mak kata, anak piyu yang mati tu warna coklat dan paling comel. Piyu suka pindah-pindahkan anak dia. Pernah dia sorok anak dia dalam stor sampai puas kami cari satu rumah. Nasib tak penyek anak dia kena hempap dengan bantal-bantal. Tapi anak dia 2 ekor tu pon tak lama hidup. Sempat hidup beberapa bulan je. Kesian piyu jadi ibu tunggal yang kematian anak-anaknya.
++++++++++++
Masa lepas beranak, piyu kena resdung. Selalu bersin dan lama-kelamaan hidungnya berlubang. Kesian tengok piyu. Dia tidak aktif seperti dulu. Lepas kematian anak, piyu selalu tidur. Merata-rata sampaikan aku pernah terpijak piyu. Ops! sorry piyu. Beberapa minggu lepas, piyu dikurung dalam sangkar. Doktor tak bagi lepaskan merata-rata. Aku lah tukang bersihkan tahi kucing ni. Biasanya mak yang buang. Aku memang tak boleh 'berurusan' dengannya sebab mesti nak termuntah. Tapi tulah, mungkin terakhir kalinya aku menguruskan piyu. Gambar terkini piyu kena jangkitan kat kaki pulak. Habis kaki piyu berlubang dan ada ulat. Sempat pergi klinik. Beberapa jam selepas tu, piyu mati. Sedih.
++++++++++++
Serious aku sedih. Piyu kalau nampak aku, mesti dia berbunyi mintak makanan. Kembalinya piyu kepada MAHA PENCIPTA.
-Adios-
8 comments:
Kesian. ngilu aku tgk hidung dia...
tu lah. kdg2 tak sampai hati tengok dia.
hmm.tak panjang umur.takpe lah.
ada kenangan kan.
syafiqakarim:
haah. kenangan manis dia dan aku, takkan terhapus. Eh. terkeluar lirik lagu pulak.
sedihkan...binatang peliharaan mati...Akak waktu kecik dulu pernah menanggis sebab kucing kesayangan akak mati....huhuhu Masa tu akak darjah 5 kot...
serius! kucing saya pun macam tu. dah dua kali. yang first tu mati sebab mata die kena patuk biawak. then bernanah, berulat, merebak ke otak then mati.
yang second tu pasal bergaduh, then luka, bernanah, dan seterusnya! Sedih giler, saya ja sorang yang rajin jaga. tu pasal bnyak kucing dalam entri.
btw, kalau ada tiket free nanti, saya bagitau. :D
syafiq ahadin:
lagi kesian kucing ko.
Eh xpe2, aku gurau je pasal tiket free tu. hehe :)
cik rose cute:
kesian akak. memang sedih sbb dah lama duduk dengan kita. tu yg sedih tu.
Post a Comment