Followers

:: resepi mak Neng: sambal kentang ::

Assalamualaikum. 

Dah makan ke belum? Kakak-kakak di rumah tu dah masak ke lauk tengahari? Nanti anak-anak dan suami balik nak makan tengahari nanti. *Eh tak payah nak masuk campur hal rumah tangga orang. Nanti melayang kuali ke kepala nanti. Tapi kalau dalam kuali tu ada nasi goreng paprik ok je. 

+++++++++++

Semalam mak Neng call suruh datang rumah dia. Eh! aku ada skandal dengan mak Neng ke? *Syhhh! jangan bagitau orang lain. HaHa. Mak Neng nak ajar aku masak sambal kentang. Alahai mak Neng, susah-susah aja nak ajarkan. 

mula-mula sekali:


mak Neng suruh goreng kentang dulu. Goreng sampai kentang lembik. "Jangan kau yang lembik nak goreng kentang tu" kata mak Neng. 


Kemudian, boleh la tumbuk bawang putih, bawang besar merah dan sedikit halia. Ok! aku tak pandai nak bezakan halia dan lengkuas dari segi penampilan mereka. Kalau bau baru dapat beza. Terukkan? HeHe.


Tumis bahan tadi sampai kuning. Bukan rentung ye. Lepas tu, masukkan cili boh atau sewaktu dengannya. Garam dan sedikit ajinamoto. Gula nak letak pon ok je. Mak Neng kata masak sampai pecah minyak. Bukan pecah kuali. Kalau pecah kuali alamatnya pecah la kepala kau. Adeh!

Hasilnya:


Campak itu, campak ini. Dah siap. Komen mak Neng, kentang banyak la. Cilinya kurang. Jadinya macam terkurang 'kuah'. Alamak, kena komen dengan mak Neng da. Kena perbaiki lagi.

++++++++++++

Mak Neng pesan, " lelaki kena belajar memasak. Nanti kalau isteri kau sarat mengandung atau bersalin atau ada hal kecemasan, senang nak bantu isteri uruskan makan minum sendiri dan anak-anak yang lain. Takkan asyik nak makan kat luar je kan. Kalau anak kau berderet macam mana. Bankrupt kau". Amboi mak Neng, sampai tempias 'air hujan' kena kat saya.  :P

++++++++++++

Ok tunggu mak Neng telefon lagi untuk resepi yang seterusnya. 


-Adios-


20 comments:

hyz said...

wah sedap ni.... peberet

faizal mohd said...

hyz:

nampak je sedap. rasa belum tentu sedap lagi. haha :P

::FAIZ FARISH:: said...

sedap nmpk

faizal mohd said...

faiz farish:

resepi mak Neng memang sedap. hahaha

fadh leyanie said...

hamboi..kemain lagi belajar memasak dgn mak neng..kah3

diana said...

kentang banyak la best...
cepat sikit kenyang nye..:p

El-Janna said...

amboi macam sedap ngattt ni^^

Cik Lia Lomi said...

wah sedap, lagi-lagi kalau kentang tu ranggup macam keropok!.:D

Cik Rose Cute said...

betul kata mak neng tue...faizal..orang lelaki kena belajar masak jugak...manalah tahu..bini sakit nak bersalin ke?...susah pulak nak makan....Takkan mintak tolong mak pulak masakkan.....hihihi kesian mak..

faizal mohd said...

Fadh Leyanie:

mak Neng baik hati nak ajarkan. haha :) Nak join skali ke? :P

faizal mohd said...

kak Diana:

Tu lah. Orang makan kentang tu jek. Kuahnya tak makan sangat pon. :)

faizal mohd said...

El-Janna:

Macam sedap je. belum tentu sedap. Ce buat. hehe

faizal mohd said...

Cik Lia Lomi:

Ouh yang tu pon best jugak. Ada je jual lauk yg macam tu. tapi kena nipis-nipis la kentangnya. :)

faizal mohd said...

cik rose cute:

Haha. betul tu kak. tapi mak Neng ada. boleh tolong masakkan. hehe :P

pudenz said...

ape kate nnti cari resepi penyu masak lemak cili api..?? sempene kemenangan n.9 n kekalahan ganu...hoho... sorry ganu fans~~ ;p

merahitujambu said...

sedapnyaa...lapar plak tetiba

faizal mohd said...

pudenz:

haha. kalau penyu boleh dimakan, memang aku dah carik dah. haha. :)

faizal mohd said...

merahitujambu:

lapar ek? kedai mamak banyak bukak lagi ni. hehhe :)

sabry oppa said...

nice entry...

faizal mohd said...

sabry oppa:

Thanks. :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...