Followers

:: Peluang kerjaya. Sila ambil::

Assalamualaikum.


+++++++++++++++

Lepas habis belajar, aku rasa macam nak daftar GSTT la. Mulanya, aku rancang lepas habis master ni, aku nak mohon jadi pensyarah. Aku minat jadi pendidik. Supervisor pernah pelawa, kalau nak jadi tutor atau pensyarah, boleh bagi resume pada beliau sebab beliau boleh suggestkan nama aku pada kawannya di MMU. Peluang tu.

+++++++++++++++

Kemudian aku rasa macam masih kurang layak. Budak-budak sekarang semua cerdik-cerdik kan. Atleast aku ada PhD baru aku rasa layak untuk jadi pensyarah. Then, ada member pelawa kerja research assistant di INPUMA. Beliau juga seorang R.A di sana. Aku minat jugak jadi researcher ni. Tapi memang muntah la nak membaca banyak journal. Sebab azab buat thesis ni pun masih terasa. HaHa.

++++++++++++++

Ni rasa macam nak jadi cikgu pulak. Aku belum pernah mohon DPLI or KPLI. Hanya pernah mohon MARA je tapi tak dapat. Ouh sedih. Pernah pergi temuduga untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 tahun lepas. Tapi hanya berjaya sebagai calon simpanan sahaja. Masa tu pon aku masih tahun ke-2 pengajian. Ramai kata kerja GURU stress. Tu aku tau. Apa-apa kerja pun ada stressnya. Jadi suri rumah pun kadang-kadang stress. 

++++++++++++++

 Entahlah. Aku memang tiada perancangan lagi. Nampak macam loserkan? Adeh! bukan loser. Aku suka habiskan satu-satu kerja sebelum involve dalam kerja lain. Tak mahu tergopoh-gopoh. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 


-Adios-


:: kena tag suda ::

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu. Hari ni hari bertuah saya. Sebab apa? Sebab kena tag dari Fatin Fadhillah. Hallamek! Tau-tau je lah kan. Soalan tag ni biasanya panjang berjela. Tapi yang ni nasib baik tak berapa nak panjang. Meh buat Fuhhh sekali. 1..2..3 Fuhhh!!! *macam Awal Ashaari tak? Haha. Pengsan semua orang.

++++++++++++++

Terma dan syaratnya. 
1. you must post this rules
2. each person must post eleven things about themselves in their journal 
3. answer the questions the tagger set for you in the post and create eleven new questions for the people who you tagged to answer. 
4. you have to choose eleven people to tag and link them on the post 
5. no TAG back okeh!

+++++++++++++++

Tentang saya:
1. saya seorang blogger lelaki. 
2. seorang yang pemalu bila pertama kali bersua.
3. 9955305 adalah no. kad kadet saya suatu ketika dahulu.
4. pelajar UPM fakulti ekonomi dan pengurusan.
5. tinggi 174cm dengan berat badan 63kg. 
6. suka menonton drama cina terutama genre wu xia.
7. Anak jati PAHANG DARUL MAKMUR.
8. Peminat komik pendekar laut, dewata raya. 
9. berdarah keturunan jawa.
10. jadinya, saya suka makan tempe
11. dan juga ikan keli goreng pilihan utama saya.

+++++++++++++++

Nak tahu nama penuh anda boleh?
-Mohd Faizal B. Abdullah-

Nama gelaran yang paling tak best yang pernah anda dapat dari keluarga/kawan? Kenapa anda digelar begitu?
-si comel. tak tau kenapa orang panggil saya begitu. Hadoi =.='-

Apa kualiti terbaik yang ada pada diri anda?
-seorang penyabar. sangat susah menjadi penyabar seperti saya. Adeh!-

Apa kualiti paling buruk yang ada pada diri anda?
-tak pandai berenang. Alamak! malunya. =.='-

Anda lebih suka yang lelaki/perempuan tinggi lampai atau yang kecil2 cili api untuk dijadikan bf/gf/suami/isteri? Kenapa?
-perempuan rendah dari 173cm. sebab tak ramai perempuan tinggi kan? Nanti sampai ke tua la takde perempuan yang saya boleh buat isteri kalau lebih tinggi dari tu.-

Berapakah target umur anda untuk mendirikan rumahtangga?
-tak pernah target. kalau ada jodoh yang baik dari ALLAH, saya terus kahwin. Sebab ALLAH telah sediakan dan buka pintu rezeki seluas-luasnya pada mereka yang berkahwin.-

Berapa adik beradik anda dalam keluarga? Anda anak ke berapa?
-7 orang adik beradik. Anak ke-5.-

Mengikut kata orang ramai, rupa anda lebih kepada mak atau ayah?
-Kata orang, saya hensem macam ayah saya zaman muda. Eh. Apakah?!-

Blog saya ni ringan atau tak? Senang tak nak loading??
-Blog Fatin Fadhillah ringan kot. Ok je. Tak lama pon loading.-

Kenapa anda suka mengujungi blog saya? Perlukan apa2 perubahan tak?
-sebab saya memang akan kunjung semua blog yang ada dalam bloglist saya. Perubahan? Rasanya tak perlu.-

Last sekali… Saya comel tak? Hehehe.
-Err.. Next question. HaHa.-
 
+++++++++++++++

yang lain skip la sebab tak pandai create soalan. Mintak ampun ya. 


-Adios-

:: selamat hari lahir Aliff Irishh::

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas dah wish birthday dah. Ni wish lagi. Siapa punya birthday pulak hari ni. Sebelum tu, sesiapa yang birthday hari ni, 30hb Oktober. Selamat hari lahir. Yang ke berapa tu entah lah. Malas nak tanya. Soalan sensitif tu. OH! ya. Tahniah kepada bro PHAT sebab dapat baby girl 28hb Oktober  haritu. Boleh la kawan dengan Aliff nanti.  

++++++++++++

Hari ni birthday anak saudara yang ke-8. Mukanya macam cina tapi bukan anak cina. Bapaknya melayu, maknya juga melayu. Gelarannya apex tapi bukan macam apex golkeeper tu. Rambutnya pacak. Cucuk rambut kat buaya pon boleh tembus. *Wah! hebat sungguh metafora aku. 

+++++++++++

:: selamat hari lahir. Semoga panjang umur murah rezeki ::

-Adios-

:: resepi mak Neng: sambal kentang ::

Assalamualaikum. 

Dah makan ke belum? Kakak-kakak di rumah tu dah masak ke lauk tengahari? Nanti anak-anak dan suami balik nak makan tengahari nanti. *Eh tak payah nak masuk campur hal rumah tangga orang. Nanti melayang kuali ke kepala nanti. Tapi kalau dalam kuali tu ada nasi goreng paprik ok je. 

+++++++++++

Semalam mak Neng call suruh datang rumah dia. Eh! aku ada skandal dengan mak Neng ke? *Syhhh! jangan bagitau orang lain. HaHa. Mak Neng nak ajar aku masak sambal kentang. Alahai mak Neng, susah-susah aja nak ajarkan. 

mula-mula sekali:


mak Neng suruh goreng kentang dulu. Goreng sampai kentang lembik. "Jangan kau yang lembik nak goreng kentang tu" kata mak Neng. 


Kemudian, boleh la tumbuk bawang putih, bawang besar merah dan sedikit halia. Ok! aku tak pandai nak bezakan halia dan lengkuas dari segi penampilan mereka. Kalau bau baru dapat beza. Terukkan? HeHe.


Tumis bahan tadi sampai kuning. Bukan rentung ye. Lepas tu, masukkan cili boh atau sewaktu dengannya. Garam dan sedikit ajinamoto. Gula nak letak pon ok je. Mak Neng kata masak sampai pecah minyak. Bukan pecah kuali. Kalau pecah kuali alamatnya pecah la kepala kau. Adeh!

Hasilnya:


Campak itu, campak ini. Dah siap. Komen mak Neng, kentang banyak la. Cilinya kurang. Jadinya macam terkurang 'kuah'. Alamak, kena komen dengan mak Neng da. Kena perbaiki lagi.

++++++++++++

Mak Neng pesan, " lelaki kena belajar memasak. Nanti kalau isteri kau sarat mengandung atau bersalin atau ada hal kecemasan, senang nak bantu isteri uruskan makan minum sendiri dan anak-anak yang lain. Takkan asyik nak makan kat luar je kan. Kalau anak kau berderet macam mana. Bankrupt kau". Amboi mak Neng, sampai tempias 'air hujan' kena kat saya.  :P

++++++++++++

Ok tunggu mak Neng telefon lagi untuk resepi yang seterusnya. 


-Adios-


:: senarai pemenang bertuah AL-AWFAR ke-17 ::

Assalamualaikum. 

Malas nak mukadimah panjang-panjang. Kecewa lagi sebab nama MOHD FAIZAL tiada dalam senarai. Adeh! Kepada yang bertuah, anda memang sangat bertuah. Kepada yang belum bertuah macam saya, sentiasa berdoa semoga dimurahkan rezeki. 

++++++++++++

RM100,000
1 SEGAMAT ENCIK YAHYA BIN DAUD

RM10,000
2 SEGAMAT ENCIK SEENIVASAN A/L VEERASAMY

RM 1000
3 KELANA JAYA ISMAIL BIN OTHMAN
4 RANTAU PANJANG PUAN ROHANI BINTI MOHD SALLEH
5 BAGAN SERAI ENCIK SULAIMAN BIN MOHAMED
6 MERSING ENCIK ZAINUDDIN BIN HOMSAN
7 BDR BARU BANGI ENCIK JAAFAR BIN KHALID
8 UNIVERSITI MALAYA ENCIK ISMAIL BIN OTHMAN
9 KLANG SELAMAT BIN JALAL
10 BANTING PUAN FATIMAH BINTI SAIDI
11 CHUKAI ENCIK JASMARI BIN AHMAD
12 JERTEH PUAN MARSILA BINTI ADUN
13 BDR MELAKA KHAMARUDIN BIN AWANG
14 TEMERLOH PUAN NORMAH BINTI MD DARUS
15 BAYAN BARU PUAN AZIMAH BINTI ISMAIL
16 KOTA DAMANSARA ENCIK DZULKIFLI BIN HAMZAH
17 SELAYANG ENCIK MOHD NOORZAN BIN A.SAMAD
18 GUA MUSANG ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZAINAL ABIDIN
19 JERTEH ENCIK SUHAIMI BIN HASSAN
20 SUNGAI PETANI ENCIK IZZAT BIN ERWAN ISKANDAR
21 TANJUNG MALIM TETUAN JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS MADRASAH EHSANIAH
22 JASIN ENCIK ALI BIN JALIL

++++++++++++

-Adios-

:: 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com ::

Assalamualaikum.

Shif blogwalking terakhir untuk hari ni |Khamis, 27hb Oktober 2011|. Sehari ada 3 sesi je blogwalking. Al-maklumlah sibuk sebagai seorang pelajar. Eh mengarut suda seperti biasa. Blog faizal mohd kena tag dan datangnya daripada blog bro phat. Akceli, wah aku akceli terus ni. Aku tak pernah join giveaway ni. Tapi takpe. Percubaan pertama mungkin membuahkan hasil. 

+++++++++++++

Syarat-syarat contest:


:: blogger bertuah kena tag dengan aku ::


tempoh contest: 21hb Oktober 2011 - 10hb November 2011.
Sesiapa yang lain nak join, klik kat banner atau di SINI pon boleh.


1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
-done-

2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
-done-

3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
-done-

4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
-done-

5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!
-done-

+++++++++++++++

Dah patuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh tuan tanah. Bertuah atau tidak, sama-sama kita tunggu dan lihat. 

-Adios-

:: selamat hari lahir ::

Assalamualaikum.

seperti biasa, soalan cepumas. kompem ramai yang tak boleh jawab. soalannya: "anda sihat ke?". Eh. tu je soalannya. Biasalah, intro setiap entri mesti takde kena mengena dengan tajuk. 

++++++++++++

Berbalik kepada cerita asal. Selamat hari lahir pada mereka yang menyambut hari lahir hari ni? yang ke berapa? Oh! biarlah rahsia antara mereka dan keluarga mereka. Hari ni 26hb Oktober. Hari lahir anak sedara yang ke-3. Umur 7 tahun. 

++++++++++++

:: selamat hari lahir yang ke-7. Semoga panjang umur dan murah rezeki. ::

++++++++++++


Kebetulan sama pulak dengan hari deepavali. Jadi, 1Malaysia la cuti sambut birthday dia. Tema birthday party kena buat ala-ala deeparaya la. Menu muruku dengan capati. 


-Adios-

:: pertemuan terakhir antara aku dan dia ::

Assalamualaikum.

Entri sedih untuk hari ni. Semalam ternampak gambar dia yang sudah mati. Siapa dia tu? Dia adalah kucing aku. Kami bagi nama piyu dekat kucing tu. Kadang-kadang panggil me'aw. Kami jaga piyu sejak dia remaja dan masih anak dara. Eh. tau-tau je masih anak dara. Kucing sapa tak tau tapi selalu datang rumah. Masa muda remaja, piyu sangat comel. dan juga lincah. *Aku rasa dah macam karangan BM dah. 


+++++++++++++

Piyu pernah dibuntingkan. Angkara kucing jantan yang mana? Aku tak pasti. Sebab aku tau bila balik kg sebelum raya aritu, dah ada anak 2 ekor. Hitam dan Puteh. 2 ekor lagi mati tapi mak kata, anak piyu yang mati tu warna coklat dan paling comel. Piyu suka pindah-pindahkan anak dia. Pernah dia sorok anak dia dalam stor sampai puas kami cari satu rumah. Nasib tak penyek anak dia kena hempap dengan bantal-bantal. Tapi anak dia 2 ekor tu pon tak lama hidup. Sempat hidup beberapa bulan je. Kesian piyu jadi ibu tunggal yang kematian anak-anaknya.

++++++++++++


Masa lepas beranak, piyu kena resdung. Selalu bersin dan lama-kelamaan hidungnya berlubang. Kesian tengok piyu. Dia tidak aktif seperti dulu. Lepas kematian anak, piyu selalu tidur. Merata-rata sampaikan aku pernah terpijak piyu. Ops! sorry piyu. Beberapa minggu lepas, piyu dikurung dalam sangkar. Doktor tak bagi lepaskan merata-rata. Aku lah tukang bersihkan tahi kucing ni. Biasanya mak yang buang. Aku memang tak boleh 'berurusan' dengannya sebab mesti nak termuntah. Tapi tulah, mungkin terakhir kalinya aku menguruskan piyu. Gambar terkini piyu kena jangkitan kat kaki pulak. Habis kaki piyu berlubang dan ada ulat. Sempat pergi klinik. Beberapa jam selepas tu, piyu mati. Sedih.

++++++++++++

Serious aku sedih. Piyu kalau nampak aku, mesti dia berbunyi mintak makanan. Kembalinya piyu kepada MAHA PENCIPTA. 


-Adios-

:: Antara Hui Jia De You Huo, Nada Cinta dan Soffiya ::

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Eh. Lama sangat ke? Baru beberapa hari saja. Jiran sebelah tu sejak pindah ke england, dah setahun tak update blog. Relex je dia. *Ok! tiada kaitan.

+++++++++++

Tajuk di atas semuanya adalah drama di tv. Hui Jia de You Huo adalah drama cina *taiwan atau hongkong aku tak tau. Nada Cinta pulak sinetron dari seberang dan Soffiya pulak drama melayu. Jadi apa masalah berbangkitnya? Begini ceritanya. "pada suatu hari... ". Eh tak payah nak tambah drama sangat la.

++++++++++++


Hui Jia de You Huo ditayangkan di tv2 |6pm-7pm| untuk slot golden phoenix. Dulu layan cerita the tale of the royal seamstress. Sebelum tu pernah layan the beauty's rival in the palace. Jarang orang layan drama cina. Kalau drama korea atau jepun mesti berlambak. Sampai bondaku gelarkan diriku *hantu cerita cina*. Kalau ada jiran datang rumah mesti dorang cakap "Lah! awak layan cerita cina?" Mungkin masa mak aku mengandungkan aku, bonda teringin nak pergi china kot. Eh. ada kaitan ke? Entah.

++++++++++++++


Drama Nada Cinta, sinetron dari Indonesia. Aku kurang pasti ganti cerita apa. Nada Cinta ditayangkan di astro ria |630pm-730pm| untuk slot sinetron la. Aku dah lama tak layan sinetron. Dulu minat la nengok bawang putih bawang merah dan watak rika sumanto jadi pilihan hati. Ops. Cerita ni adik perempuan aku 2 orang + abah aku suka layan. Adeh!

++++++++++++++


Drama ketiga, Soffiya. Yang ni pon adik aku suka nengok. Drama soffiya ditayangkan di tv3 |7pm-8pm| untuk slot Akasia. Aku memang tak layan sangat drama-drama waktu begini termasuk nora elena. Kasih alia je aku nengok. Tu pon selepas 730pm. Kalau tukar waktu siaran mungkin aku tonton jugak drama Akasia ni. Tapi aku suka tiz zaqyah. Eh tetiba pulak. 

++++++++++++++

Ok! masalahnya ialah, kalau kat rumah mesti berebut remote tv sebab masing-masing nak nengok cerita kegemaran masing-masing. Aku nak nengok cerita cina, dorang nak nengok cerita dorang. Alkisahnya aku dapat tengok separuh je cerita cina tu. Jangan nak suggest beli tv lain sebab aku tak mampu. Tapi kalau kat rumah sewa, dapatla aku layan cerita cina sampai habis sebab waktu tu memang jarang sangat housemates tengok tv kecuali aku. 

+++++++++++++

Eh. macam panjang pulak aku membebel. Ok lah nanti bosan pulak orang nak baca. *Ada ke orang baca? InshaALLAH ada. *Ayat nak sedapkan hati sendiri. 


-Adios-

:: off sementara. jangan nakal ya! ::

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu. semoga ceria-ceria selalu. Semasa entri ni di-publish, aku sudah berada di kampung sejak hari khamis. Entri khamis dan jumaat pon aku dah sediakan. Hebat tak? *Bajet macam ada ramai readers je yang nak baca entri kau kan faizal?. Pedulikan!!! HaHa.

+++++++++++++

|| first time buat doodle, masih buruk! *matilah kena gelak. :P ||

+++++++++++++

Bondaku ada operation mata buang katarak 14hb Oktober. Jadi, kepulangan ini untuk menemani bonda sambil mengambil alih kerja-kerja rumah. memasak, basuh pakaian, kemas rumah. Wah! bajet rajin ni. Dah macam si bawang puteh pulak aku. Oh! sebelum tu, sesiapa yang drop komen di entri dan tinggalkan mesej di shoutbox, nanti pulang aku balas ya. Dan jika ada yang follow tu  (ada ke?) tQ ya. Later, i'll follow u back. :)

++++++++++++

Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan semoga mata bonda kembali pulih seperti sedia kala. Ameen


-Adios-

:: salam jumaat ::

Assalamualaikum.

Salam jumaat. semoga berada dalam limpah kurnia-NYA. perkongsian untuk hari jumaat yang penuh dengan keberkahan. Copy dan Paste sahaja. :P

+++++++++++++

‎6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

i. Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

ii. Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

iii. Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

iv. Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

v. Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

vi. Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.


-Adios-

:: siapa wanita seksi ini ::

Assalamualaikum.

Amboi tajuk tak menahan. Saje la tu nak tarik perhatian suruh orang baca kan. Eh! mana ada. Aku tak bermaksud begitu. Ok! jangan cakap sorang ye. 

++++++++++

Berbalik kepada cerita asal, siapa wanita seksi ini. Siapa? Siapa? Cuba tepek gambar sikit. Amboi, bab seksi meksi laju je nak tepek gambar kan. Nak nengok? Nah!!! 


Seksi tak? Ops! blog aku bukan blog 18sx ye. Jangan nak mengharap lebih-lebih pulak. HaHa. Actually aku nak lukis muka Marimar a.k.a Marian Rivera tapi tak berapa nak menjadi la pulak. Jadi, kak bedah, kak senah atau kak tipah mahupun kak maria kalau nak claim ini rupa anda silakanlah. abang selly sila duduk diam-diam ditepi peti. ini bukan anda! :P


-Adios-

:: wordless wednesday #5 ::

Assalamualaikum.


Setiap hari rabu, para blogger akan upload satu gambar dan membiarkan gambar tersebut tanpa caption. 

-Adios-

:: header untuk miss pink ::

Assalamualaikum.

Entri lewat malam. atau awal pagi. bukan wordless wednesday. tapi gift untuk reena kamarudin. aku hanya ada adobe photoshop 7 sahaja. OH! sangat tidak update. orang lain dah guna adobe cs5 dah. Maklumlah baru selesai bertapa di gunung siguntang. 

++++++++++++++


++++++++++++++

dalam proses menambah baik skill. akan diusahakan membuat header lebih cantik dan menarik pada masa akan datang. 
-ayat skema larut malam-



-Adios-

:: selamat bergraduasi ::

Assalamualaikum.

Selamat bergraduasi kepada mereka yang akan ber-konvokesyen. selamat menempuhi alam pekerjaan. Mana-mana yang nak sambung master atau phd, selamat kembali ke-alam pelajar semula.

++++++++++++

Aku. Seperti biasa, terkenang konvo semasa undergraduate dulu. Oh! excited jugak plus nervous nak naik pentas. Pemberi skrol untuk sesi aku: tan sri datuk rozali ismail. pengerusi syabas. Memang syabas diucapkanlah. 

+++++++++++++

moh layan gambar menggamit memori.
:: "tahniah, anda sangat bagus". Ok! sila jangan percaya :: 

:: sesi 07: ijazah sarjana muda ekonomi (pembangunan) : 
coat + neck tie + kemeja + jubah = baju sauna. ::

:: sebelum pulang jubah. kami bukan pelajar sains komputer. ::

:: sesi 08: ijazah sarjana muda ekonomi (perdagangan antarabangsa) ::

+++++++++++++

Itu cerita 2008. Hampir 3 tahun telah berlalu. kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tapi, tahun depan aku konvo lagi. pakai jubah  'dua line' pulak. jubah 2 line untuk student master, dan 3 line pula untuk student phd. bukan 'Pidza Hut Delivery' ye. HeHe.

-Adios-

:: Contest DANIEL ADIE: SISPA ::

Assalamualaikum.


OH! tetiba rasa nak menjoin geng blogger punya contest. Jadinya, puas oh nak godek-godek folder gambar. Bayangkan aku ada 70,ooo folder gambar. Ceh! perasan ala-ala supermodel antarabangsa pulak dah. dan cari gambar senyuman palsu yang susah tu sebab semua gambar aku dihiasi dengan senyuman menawan seikhlas hati. Bluwekk!!!

+++++++++++

PERTANDINGAN
BIARKAN GAMBAR MENGUNGKAPKANNYA.
(Senyum Ikhlas Senyum Palsu) 

Sebelum aku memuntahkan orang ramai, straight to the point lebih baik. Contest Daniel Adie: SISPA aku join. 

gambar:

+++++++++++

slogan:

"Terkadang, senyuman palsu terukir apabila terlupa menggunakan pelekat polident pada gigi palsu. Makanya, terukirlah senyuman palsu".

+++++++++++++

Ok! sebelum tu nak minta maaf dulu sebab 'ter-tag'. Jadi, aku tag:




-Adios-

:: follow me ::

Assalamualaikum.

Amboi tajuk macam nak mintak follower je kan? Eh! mana ada la. Aku tau belog aku memang tak ramai follower. Siapalah nak baca kisah yang aku kongsi ni kan. Ouh! ayat sentap habaq hang. HaHa.

+++++++++++++++

Takde lah. Aku gurau je. Ai kan suka bergurau. Lebih-lebih lagi dengan cik bedah sama kak jah. Wah! sekarang kak jah dah glamer masuk iklan rabena, lama tak nampak beliau. Oh! apa aku mengarut ni! Aku sebenarnya teringat iklan lama bedak follow me tu. Kalau korang se-zaman dengan aku, mesti tau iklan tu. Sedikit dialog yang aku ingat.


+++++++++++++++
"ting tong! riz, liza nak jumpa".
satu2nya dialog mak hero bila heroin datang tekan loceng. si hero sedang memegang bingkai gambar dan seperti mengelamun di atas katil. Kemudian heroin naik tangga pusing menuju ke bilik hero. Dengan sepantas kilat, hero yang tak mandi tu tukar baju dan bubuh bedak follow me banyak-banyak kasi wangi. Si hero bukak pintu sambil memegang bedak tersebut. Dengan tidak semena-mena, bedak terjatuh dan sedikit tertumpah. Kemudian mereka pon ketawa sopan seperti mintak pelempang agaknya. 


++++++++++++++


aku search kat youtube tak jumpa. Google pon takde. Ouh! sangat susah carik iklan tu. Terjumpa iklan ni je. Adeh! kalau camni gaya iklan, agak-agaknya naik mendadak jualan bedak tu. *tangan didada, mata juling-juling*.



++++++++++++++++

sesiapa terjumpa link iklan tersebut, silalah kongsi-kongsi ya. TQ


-Adios-

:: siti nurhaliza dari tiga (3) generasi ::

Assalamualaikum. 

Mukadimah seperti biasa. Siapa minat siti nurhaliza, sila duduk di tepi peti ais masing-masing. Ok sudah? Sekarang, sila nyanyi lagu siti yang anda tau.

+++++++++++++

Ok! sekarang baru boleh cerita hal yang sebenarnya. Actually, aku dan adik beradik ku yang lain telah diberikan bakat melukis oleh ALLAH taala. Syukur Alhamdulillah. Jadinya, aku dan abang juga kakak ku secara kebetulan ada koleksi lukisan potret siti nurhaliza. dan kami bukanlah dari 3 generasi yang berbeza. 

+++++++++++++++

Bakat melukis aku tidak seberapa berbanding dengan yang lain. Sekadar saje. Cerita banyak pon tak guna. Jom kita layan gambar ni. 

+++++++++++++++

:: hasil nukilan kakak ku ::

:: hasil nukilan abang ku ::

:: hasil nukilan aku ::

++++++++++++++++

Err.. korang mesti tengah gelakkan aku kan. Takpe, aku bagi chance kat korang gelakkan aku puas-puas. HaHa. Agak-agak kalau datok K tengok potret isteri dia yang aku lukis tu, dia pengsan tak? Adeh!!!


-Adios-

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...