Followers

:: macam soalan exam akhir tahun ::

Assalamualaikum.

Hari ni, dua kali kena tag. Kali ni, saya di tag oleh blog Ila la. Banyak ni soalan nak kena jawap ni. Macam kena soal siasat dengan wartawan hiburan pulak. Ok! amek mood jadi seperti SHAHIR jawab soalan gosip cinta. Eh. HAHA

++++++++++++++++++++

Soalan daripada cik Ila. 

1. Isu apa yang korang nak taw sangat?
Isu ekonomi dan isu politik semasa. <-- Dah macam orang tua-tua je. HEHE

2. Apa korang buat bila mak korang merajuk?
Saya akan diam. Sebab takut kena marah. HUHU

3. Kenapa korang jadi blogger?
Sebab saya suka menaip. <-- terima tak jawapan ni? 

4. Apa korang buat bila lecturer/ somebody else tanya tapi kita tak tahu jawapannya?
Cakap kat mereka. ''Maaf. saya tiada jawapan untuk soalan anda. Saya akan carinya kemudian''. <-- dah macam soalan interview kerja dah. 

5. Apa reaksi korang kalau aku cakap ''i love u''? Hee
Eh. cuba cakap. cuba cakap. Macam tak berapa nak tau la reaksinya macam mana. HAHA

6. Dalam hidup korang, barang apa yang paling penting?
HATI. <-- di kira barang jugak kan?

7. Kalau mak korang sebut pasal kawen, apa reaksi korang?
Macam gedik-gedik sikit. Sambil merayu-rayu memegang lutut mak dan berkata, ''mak! kawenkanlah saya!!  <-- drama rtm sesangat ni. HAHA

8. Kalau korang diberi pilihan antara kawan atau lover, mana korang pilih?
Err. Err. Jangan bagi pilihan tu pada saya. Saya tak mau terimanya. Next please. 

9. macam mana kita nak tau tanda-tanda orang sayang kat kita?
bila mereka mengambil berat tentang kita. dan selalu memberi nasihat dan mengingatkan kita. 

10. Apa pendapat korang tentang politik?
politik tu politik jugak. wakil rakyat, sila jalankan tugas anda! kawasan anda, tanggungjawap anda. 

11. pemimpin mana yang korang rasa boleh bawa kita ke jalan yang benar?
Saya memilih Nabi Muhammad. <-- jawapan selamat. 

++++++++++++++++++++++

SIAP!!! 
Nak kena tag ke? Saya tau, ramai yang malas nak jawap. Lagi pon soalan saya semua pedas-pedas lagi berapi. Karang tak mampu nak jawap. Suruh siti nurhaliza jawap pon, dia cabut lari nanti. HAHA.

-Adios-

12 comments:

Syafiq Ahadin said...

yes tak kena tag!!!!

faizal mohd said...

syafiq ahadin:

suka hang noo. sebab malas nak create soalan, then takdelah tag. HEHE.

Anda terselamat hari ni. Tapi esok lusa mungkin tidak. HAHAHA

tirahzairi said...

sy pon kne tag ngn ila jugak...hehhee

Joe_Hans said...

hahaha..mak kawenkan lah saya.. sumpah gedik.. haha

faizal mohd said...

tirapengemis:

jgn lupa jawab. HEHE

faizal mohd said...

joe_hans:

haha. gedik sgt ke? HAHA.

Cikrosecute said...

tak suka jugak kena tag ni....huhuhu

Anonymous said...

hehehe..
lepak la!
owg muda pun kena tau politik n hal semasa

zareliqa afiqa said...

selamat menjawab soalan.ehehe,dah mcm calon spm dah ni. :D

faizal mohd said...

cik rose cute:

tapi yg contest2 ada hadiah akak suka kan? HAHA.

faizal mohd said...

lelaki ini:

HEHE. setuju2. nanti nak gi exam utk jawatan kerajaan senang. HAHA

faizal mohd said...

zareliqa afiqa:

HAHA. Agak2 leh dapat A+ tak? :P

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...