Followers

:: kahwin sana, kahwin sini ::

Assalamualaikum.

Buat apa tu? Tengah bersiap-siap nak masak ke? Tak payah masak la. Pergi bersiap-siap. Pakai baju cantik-cantik. Pergi kenduri kahwin. Aku pasti, setiap minggu pasti akan ada majlis perkahwinan berlangsung. Pulak tu, hari yang sama mesti ada 2 atau 3 majlis. Kenyang kan? Tak payah nak masak-masak. Jimat tenaga boleh berblog. HEHE.

+++++++++++++++++

Minggu ni ada 2 majlis. 1 jiran dan 1 lagi majlis kahwin anak saudara. Beberapa minggu lepas, seorang lagi anak saudara perempuan kahwin. Minggu ni anak saudara lelaki pulak kahwin. Nampak tak isu yang cuba aku ketengahkan disini. Siapa yang belum nampak, sila ke peti ais dan berfikir ditepinya. Isunya ialah: kenapa bapak saudara dia masih single dan automatiknya masih bujang. Ouh! sadisnya. HUHU

Gambar sekitar majlis kahwin anak saudara perempuan minggu lepas. Gambar pengantin takde sebab malas nak bersaing ambik gambar dengan photographer yang rata-rata menggunakan DSLR. Aku guna kamera hp Sony Ericsson P1i je. Sangat cikai kan?


+++++++++++++++++

Sebelum pulang ke Serdang tempoh hari, seorang nenek yang pagi-pagi selalu datang ke rumah berborak dengan mak aku, menegur aku. Dialog nenek tersebut: ''mana anaknya. tak balik sekali ke?'' Padahal nenek tu bukannya tak kenal aku. Macam mana nenek tu boleh tak cam aku. Alamak! Tapi aku perasan, kadang-kadang muka aku berubah macam hot papa anak 5. Cuba korang search perkataan 'hot papa' di google. Mesti keluar imej Brad Pitt atau David Beckham. Paling tidak pon, Aaron Aziz. Tapi selalunya, muka aku macam remaja baru habis SPM. HAHA.

-Adios-





16 comments:

Syafiq Ahadin said...

err....muka saya pula macam dua puluhan dah...errr....padahal baru 18. :(

faizal mohd said...

Syafiq Ahadin:

HEHE. tu maksudnya tua sebelum waktu. HAHA. Jgn marah haa.. :D

norlia ghani said...

muka saya macam norlia ghani!

Joe_Hans said...

jadilah camera sony...hahahaha...

faizal mohd said...

norlia ghani:

wah! anda harus berbangga dengannya. :p

faizal mohd said...

joe_hans:

tapi gambar tak berapa cantik. HUHU

Cikrosecute said...

nenek tue tak perasan lah tue kot...hehehe...

ch000tz said...

belum tiba waktu lagi hehehe

nah buat gulai :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/bug-weta-worlds-biggest-insect-found.html

Lutfi Azmi said...

tudung coklat ~ wink* wink*

faizal mohd said...

cik rose cute:

tak perasan apanya kak. tiap-tiap hari datang rumah. hehe :p

faizal mohd said...

c'axoera:

sabar menunggu. HAHA

camne nak sembelih menantang tu. bahan-bahan dah disediakan dah ni. HEHE

faizal mohd said...

pejuang cinta:

Eh. Eh. Lutfy, yg mana? yang mana? HUHU

Anonymous said...

mas ilex je..sambil guna kamera kecik,sambil gak gna hp samsung.lantak p la mereka de kemera hebat.hihihi

faizal mohd said...

maya mustwany:

segan la tengok sume orang ada kamera-sangkut-dileher... saya punya kamera sorok dalam kocek je. HAHA

Cik Rai @SeriGala said...

cepat la kahwin nye pun bapak sedara hihihi =)

faizal mohd said...

Serigala Maroon:

Kena carik calon dulu la gamoknye. HEHE

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...