Assalamualaikum.
+++++++++++++++
Lepas habis belajar, aku rasa macam nak daftar GSTT la. Mulanya, aku rancang lepas habis master ni, aku nak mohon jadi pensyarah. Aku minat jadi pendidik. Supervisor pernah pelawa, kalau nak jadi tutor atau pensyarah, boleh bagi resume pada beliau sebab beliau boleh suggestkan nama aku pada kawannya di MMU. Peluang tu.
+++++++++++++++
Kemudian aku rasa macam masih kurang layak. Budak-budak sekarang semua cerdik-cerdik kan. Atleast aku ada PhD baru aku rasa layak untuk jadi pensyarah. Then, ada member pelawa kerja research assistant di INPUMA. Beliau juga seorang R.A di sana. Aku minat jugak jadi researcher ni. Tapi memang muntah la nak membaca banyak journal. Sebab azab buat thesis ni pun masih terasa. HaHa.
++++++++++++++
Ni rasa macam nak jadi cikgu pulak. Aku belum pernah mohon DPLI or KPLI. Hanya pernah mohon MARA je tapi tak dapat. Ouh sedih. Pernah pergi temuduga untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 tahun lepas. Tapi hanya berjaya sebagai calon simpanan sahaja. Masa tu pon aku masih tahun ke-2 pengajian. Ramai kata kerja GURU stress. Tu aku tau. Apa-apa kerja pun ada stressnya. Jadi suri rumah pun kadang-kadang stress.
++++++++++++++
Entahlah. Aku memang tiada perancangan lagi. Nampak macam loserkan? Adeh! bukan loser. Aku suka habiskan satu-satu kerja sebelum involve dalam kerja lain. Tak mahu tergopoh-gopoh. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
-Adios-