Followers

:: empat (4) degree ini ::

Assalamualaikum.

Entri ni mungkin agak berguna kepada lepasan SPM dan STPM yang mahu menyambung pelajaran mereka ke peringkat Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah.

Berikut adalah 4 degree yang dijangka mempunyai pasaran kerjaya yang banyak dan meluas pada tahun-tahun akan datang. Antaranya ialah:

1. Health Care Degree
- Medical Assistant
-Nursing
-Medical technician 

2. Business Degree
-Accounting/Finance
-Business Administration
-MBA

3. Education Degree
-Curriculum and Instruction Education Leadership
-Special Education
-Teaching certification

4. Technology Degree
-Information technology and Systems
-Network Administration
-Programming and Applications
-Technology Support

++++++++++++++++++++++++

Apa-apa pun terpulang kepada minat anda. Jika pilihan anda itu sememangnya minat anda yang paling mendalam, teruskan. Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.


-Adios-


:: akhirnya mereka pergi ::

Assalamualaikum.

Akhirnya mereka pergi? Mereka? Siapa? Mereka yang dimaksudkan ialah tentera-tentera US menamatkan misi dan keluar dari Negara Iraq.

Misi ketenteraan US di Iraq menelan belanja US$800 billion. Sangat banyak! Berbaloi ke mereka berbelanja sebanyak tu? Dapat ke benda yang mereka mahukan? Setelah mereka menghancurkan Iraq dengan sewenang-wenangnya. Membunuh ramai penduduk Iraq. Ramai wanita menjadi balu. Ramai kanak-kanak menjadi yatim piatu. Luka sana. Cedera sini. Hancur itu dan ini. Agaknya kering sudah air mata dari membasahi pipi. 


Siapa nak bangunkan semula Iraq? Siapa nak membaiki runtuhan-runtuhan bangunan yang mereka hancurkan?


+++++++++++++++++++++++++

Semoga ada sinar baru buat rakyat Iraq. Bangkit semula membangunkan negaranya. Dan semoga ALLAH senantiasa melindungi hamba-hambaNYA di sana. 

sumber berita: SINI


-Adios-

:: kerana makhluk ini ::

Assalamualaikum.

Selamat hari ahad. Semoga hepi selalu. Entri hari ni adalah untuk mengimbau kenangan dirumah sewa yang lama. Apa-apa pun kena upload gambar dulu. ^.^


Apa tu? Itu adalah cendawan sisir. Kutip banyak-banyak, pastu buat gulai. Goreng pon sodap! HAHA. Tengok! dalam rumah pon boleh bercucuk-tanam. Tak payah guna pasu atau plastic bag pon boleh hidup. =.='

++++++++++++++++++++++++

Itulah. Kalau rumah sewa didiami lelaki, banyak la perkara macam ni berlaku. Actually, atas karpet ni ada sinki bocor dan air menitik ke karpet ni. Seluruh penduduk alam tak sedar pon kewujudan makhluk ni sebab masing-masing sibuk. Ah! alasan je tu.

++++++++++++++++++++++

Tapi ni dirumah sewa lama. Rumah baru kami tak guna karpet. Karpet tu tuan rumah yang punya. Guna tikar getah je. Kaler hijau jugak. Nampak sikit nanti kalau ada entiti-entiti baru yang wujud. Senang nak menyapu. -.-' Kalau tumbuh juga makhluk ni atas tikar getah, entahlah. HAHA


-Adios-

:: Tom Cruise dan David Beckham ::

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini ialah kisah tentang Encik Tom dan abang Beckham. Cik Reena sangat meminati abang becks. Jadi, entri ini adalah untuk beliau. HAHA.

++++++++++++++++++++++

Ceritanya ialah encik tom nak jadikan abang becks movie star pulak. Wah! kalau abang becks berlakon, ramailah yang berpusu-pusu ke panggung wayang. Di luar negara la. Di Malaysia entahlah. Tapi yang pasti cik Reena mungkin ada beratur beli tiket. HEHE

+++++++++++++++++++++++

Lagi berita lanjut di SINI


+++++++++++++++++++++++++

Tetiba post entri berkaitan hiburan. Nak lawan blog abang Nara ke? Ouh! tidak. HAHA.

-Adios-

:: anugerah untuk blogger ::

Assalamualaikum.

Semalam, 16hb December 2011. Berlangsungnya The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 di Marriot, Putrajaya. Sesiapa yang pergi majlis anugerah tu, kongsi-kongsi la gambar dengan kami. HEHE


++++++++++++++++++++++++++

Berikut adalah senarai penerima anugerah untuk setiap kategori. Mungkin ada yang nak terjah blog-blog ini untuk dibuat sebagai rujukan. Manalah tau kot-kot blog anda dapat award untuk tahun depan pulak kan? =.='


Region's best blog 

Most Influential Blog 

Best Micro Blog
www.kennysia.com

Most original blog design 
EatShowandTell.com


Best intertainment blog

Best food blog
Ladyironchef.com

Best travel blog
justwandering.org

Best fashion blog
Cheeserland.com

Best photography blog
Photoblog.hk

Best geek blog
geekout.ph

Best parenting blog
childhood101.com

Best lifestyle blog
jenniepperson.com

Hidden Gem
googlygooeys.com

sumber: twitter NAPBAS

++++++++++++++++++++++++++

Ok. saya rasa nak rebut award best parenting blog untuk tahun depan. HAHA. Korang mesti nak rebut Best intertainment blog dari abang nara kan? =.='

CONGRATULATIONS to the winners!!!

-Adios-

:: apa kata mereka #1 ::

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Semoga diberkati ALLAH. Hari ni nak kongsi kata-kata dari seorang imam muda iaitu imam muda Nazrul. Ayat tersebut di ambil daripada facebook beliau untuk dikongsi bersama. 

++++++++++++++++++++++++

:: Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak.

Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak.

Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum.

Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya. Insya-Allah. ::

+++++++++++++++++++++++

-Adios-

:: kartun kegemaran ::

Assalamualaikum.

Semoga ceria di malam ini. Entri ni mendapat ilham setelah melawat dan mem-follow blog abang Jonni. Blog beliau best. Sebab apa? Pergilah melawat sendiri. Jadi, hari ni nak kongsi kartun kegemaran saya. Dulu-dulu rajin baca majalah macam ujang, gelagat, gila-gila. Buku sekolah malas nak baca. HAHA. Zaman-zaman 90-an. Kakak selalu beli majalah tu. Dan saya selalu melepak dan menempel kat bilik beliau. 

++++++++++++++++++++

Dalam majalah ujang, antara bahagian terakhir ada cerita Blues untuk Aku. Saya suka kartun tu. Smart. Tapi storyline cerita tu dah tak berapa nak ingat dah. Lama sangat dah. Bahagian 'Selangkah ke alam misteri' juga best selain Cupin dan Dicky. 

sumber gambar: blog INI


Alamak! sorry lukisan larut malam. Jadi, sedikit malas dan agak comot. Juga kurang kekemasan. Rambut pun dah macam hantu kak limah dah. Adeh!!! HUHU.

-Adios-

:: minggu bebudak U exam ::

Assalamualaikum.

Mungkin ada bebudak U dah start exam. Dan mungkin ada yang masih belum bermula lagi. Kepada rakan-rakan blogger yang sedang exam tu, wish u goodluck. Study tu study jugak, blog kena update. Eh. boleh ke nasihat macam tu? HAHA.

+++++++++++++++++++++++

Saya. Dah lama tak bertarung dengan exam. Exam terakhir pada 3 sem yang lalu. Lama tu. Kadang-kadang rasa teringin nak rasa feel exam. HAHA. Buang tabiat sungguh. 
Best jawab exam dalam dewan. Biasanya subjek wajib universiti. Penuh 1 dewan. Sebelum start exam, boleh usha-usha orang. Ramailah yang duduk di tangga sambil membaca. Biasanya pelajar perempuan. Lelaki steady jek. HAHA.

++++++++++++++++++++++

Then, yang paling best bila dapat hantar kertas jawapan awal. Sebelum tu dah plan dengan member, 30 minit terakhir kita keluar. Kalau exam macam hubungan etnik atau kertas objektif boleh la keluar awal. 

+++++++++++++++++++++++

Bila subjek macam statistik, java, matematik, econometric takde pulak nak keluar awal. Padan muka. HAHA. Bila tengok orang jalan ke depan dewan dan hantar kertas jawapan mereka sambil keluar dari dewan dengan muka berlagaknya, tension je rasa. HAHA. Padan muka sekali lagi. 

+++++++++++++++++++++++

Tapi tu dah lama berlalu. Mungkin akan berlaku lagi kalau saya sambung PhD pulak. Tapi mungkin lambat lagi la. 

-Adios-

:: contest nuffnang ::

Assalamualaikum.

Hari ni godek-godek miss nuffy, terbaca la kempen 'TAK NAK'! ni (bukan Nang Nak ye!). Rupa-rupanya, ada contest di dalam artikel tu. Kalau nak tau, jom terjah contest miss nuffy ni.

+++++++++++++++++++++

Contest adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tema: TAK NAK!
Apa yang perlu dilakukan ialah:

1. Take a photo with the theme of the ‘Tak Nak’ campaign without using cigarettes or cigarette boxes as props

2. Post it on your blog as an update

3. Include key words such as #taknak, photo contest / duit free and smoking kills

4. Link the gayahidupsihat.my

5. Once you have published the post, submit your permalink in the form.

+++++++++++++++++++++++

Hadiah? Memang berbaloi wa cakap lu. HEHE

Grand Price cash-RM 1,000.00
2nd Price cash-RM 700.00
3rd Price cash-RM 500.00
4th Price cash-RM 300
5th Price cash-RM 150
Consolation Price – Voucher Worth RM50.00

++++++++++++++++++++

Contest berakhir 26 December 2011.

Nak godek-godek gambar la. Tu pon kalau ada. Tak pun nak gi tangkap gambar keranda atau kubur. HUHU. 

-Adios-

:: wordless wednesday #9 ::

Assalamualaikum.


wordless wednesday untuk minggu ini. 

-Adios-

:: mari jerit ::

Assalamualaikum.

Rasa-rasanya, semua dah tau kan shoutmix akan di kenakan bayaran bermula 1 JAN. 2012. Makanya, ramai yang berpusu-pusu menukar kotak jerit mereka. Termasuk saya dan memilih cbox sebagai pilihan hati. Dulu-dulu memang dah guna cbox. Tapi sebab shoutmix popular kan. Kena la guna benda yang popular. HAHA

+++++++++++++++++++++

Bila bakal dikenakan bayaran $0.99 sebulan, saya dengan tanpa segan-silunya kembali rujuk dengan cbox. Padahal bukan mahal pon. ''Tapi benda free ada, tak perlu guna yang berbayar plus cik nuffnang bukannya banyak sangat kan?'' aku bermonolog sendiri. Eh. baru kau tau ya! Orang kata, cbox pon popular kan? HAHA. Dan-dan jelah engkau popular ye cbox. 


Cbox yang baru dipasang. Hijau sehijau blog ini. Di tambah dengan smilies yang ala-ala menggedik-gedik sikit. Silalah jangan segan-segan tinggalkan jeritan anda yang paling kuat disitu ye. 


++++++++++++++++++++++

Entri macam ni pon ada ke? Nampak sangat saya kekeringan idea. Adeh!!!

-Adios-

:: 3 SUARA tapi berbeza ::

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang monday blues kan hari ni. Meh baca entri saya untuk hari ni. OK! Saya rasa ramai yang dah pernah dengar lagu-lagu daripada album 3 suara kan? Dan ramai jugak yang dah hafal-baik-punya lirik lagu beribu sesalan dari penyanyi yang bernama Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura kan. 

+++++++++++++++++++++

Tapi ada satu (1) lagi album yang hampir sama dengan album 3 suara. Tetapi, pelontar suara adalah berbeza daripada yang asal. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini juga tidak sama dengan original tetapi juga dikategorikan sebagai mengasyikkan. Digubah oleh komposer muda terkenal. Album ni baru dilancarkan di pasaran. Sila check di kedai-kedai atau pasaraya berhampiran anda. 
Kalau tak jumpa tu, maknanya SOLD OUT la tu. 

+++++++++++++++++++++

Nak tau album apa? Ni dia ...


Antara lagu hits: berjuta penyesalan dan patah seribu sambung kembali. 
Eh. jangan marah ye. Entri gurau-gurau je. Merawat monday blues korang. HAHA.
Ke bertambah ke-blues-an korang? Sebelum kena hempuk dengan terompah makcik Leha, baik saya lari!!!

-Adios-

:: photographer untuk majlis perkahwinan ::

Assalamualaikum.

Dah terlambat sikit nak update blog hari ni. Almaklumlah, pergi kenduri kahwin rakan di Rantau Panjang, Klang. Biasa la kan kalau perut dah kenyang, hati pun riang dan tetiba pulak mata ni mintak di pejam seminit dua. HAHA

++++++++++++++++++++

Entri hari ni nak promote sesuatu. Cik Rai mintak tolong mempromosikan perniagaan bakal suami beliau. Opss! Apa benda nak di promote tu? Macam tak biasa pulak kan? Kena tepek gambar la dulu. 


Detik Indah Wedding photography menawarkan promosi untuk sesiapa yang nak ambil gambar kahwin. Sesiapa nak kawen tahun depan, dah boleh start rancang apa yang korang perlukan untuk majlis perkahwinan tu nanti. Mana yang belum ada photographer, bolehlah tempah pakej ni.  Antara contoh gambar yang di ambil oleh mereka:

+++++++++++++++++++++++++++

sumber: FB Detik Indah Wedding Photography
++++++++++++++++++++++

Banyak lagi gambar-gambar menarik dan cantik yang diambil oleh mereka. Nak nengok lagi, klik FB Detik Indah Wedding Photography atau nak tanya lebih lanjut, juga boleh lawati website detik indah.  

++++++++++++++++++++++++

Apa tunggu lagi. Kalau berminat, cepat-cepatlah tempah!! kerana 2011 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi ni. Lagi beberapa minggu je. Cepat!!! sebelum terlambat!!! 

-Adios-


:: macam soalan exam akhir tahun ::

Assalamualaikum.

Hari ni, dua kali kena tag. Kali ni, saya di tag oleh blog Ila la. Banyak ni soalan nak kena jawap ni. Macam kena soal siasat dengan wartawan hiburan pulak. Ok! amek mood jadi seperti SHAHIR jawab soalan gosip cinta. Eh. HAHA

++++++++++++++++++++

Soalan daripada cik Ila. 

1. Isu apa yang korang nak taw sangat?
Isu ekonomi dan isu politik semasa. <-- Dah macam orang tua-tua je. HEHE

2. Apa korang buat bila mak korang merajuk?
Saya akan diam. Sebab takut kena marah. HUHU

3. Kenapa korang jadi blogger?
Sebab saya suka menaip. <-- terima tak jawapan ni? 

4. Apa korang buat bila lecturer/ somebody else tanya tapi kita tak tahu jawapannya?
Cakap kat mereka. ''Maaf. saya tiada jawapan untuk soalan anda. Saya akan carinya kemudian''. <-- dah macam soalan interview kerja dah. 

5. Apa reaksi korang kalau aku cakap ''i love u''? Hee
Eh. cuba cakap. cuba cakap. Macam tak berapa nak tau la reaksinya macam mana. HAHA

6. Dalam hidup korang, barang apa yang paling penting?
HATI. <-- di kira barang jugak kan?

7. Kalau mak korang sebut pasal kawen, apa reaksi korang?
Macam gedik-gedik sikit. Sambil merayu-rayu memegang lutut mak dan berkata, ''mak! kawenkanlah saya!!  <-- drama rtm sesangat ni. HAHA

8. Kalau korang diberi pilihan antara kawan atau lover, mana korang pilih?
Err. Err. Jangan bagi pilihan tu pada saya. Saya tak mau terimanya. Next please. 

9. macam mana kita nak tau tanda-tanda orang sayang kat kita?
bila mereka mengambil berat tentang kita. dan selalu memberi nasihat dan mengingatkan kita. 

10. Apa pendapat korang tentang politik?
politik tu politik jugak. wakil rakyat, sila jalankan tugas anda! kawasan anda, tanggungjawap anda. 

11. pemimpin mana yang korang rasa boleh bawa kita ke jalan yang benar?
Saya memilih Nabi Muhammad. <-- jawapan selamat. 

++++++++++++++++++++++

SIAP!!! 
Nak kena tag ke? Saya tau, ramai yang malas nak jawap. Lagi pon soalan saya semua pedas-pedas lagi berapi. Karang tak mampu nak jawap. Suruh siti nurhaliza jawap pon, dia cabut lari nanti. HAHA.

-Adios-

:: 1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara ::

Assalamualaikum.

Hari ni cik Maya Mustwany tag blog ni. Ajak join GiveAway dari blog Miss Wandalaara.


++++++++++++++++++++++

syarat penyertaan:

1. Buat entri bertajuk '1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaraa'
-done-

2. Masukkan banner di atas dalam entri anda.
-done-

3. Follow blog Lily.
-done-

4. Like page Lily untuk update terkini.
-done-

5. Tag 3 orang rakan blog.
3. Syafiq Ahadin <-- dah tau dah jawapan dia, 'sibuk study'. kan? HAHA

SIAP!!!

GIVEAWAY AKAN BERLANGSUNG DARI 8 DISEMBER 2011 HINGGA 8 JANUARY 2012

-Adios-




::Daabbatu'l-Ardh ::

Assalamualaikum.


Salam Jumaat. Semoga diberkati ALLAH dan sentiasa dalam lindungan-NYA. Mudah-mudahan.


++++++++++++++++++++++++



" Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi*, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyaqini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami."

* Tatkala hampir hari kiamat akan berlakunya pelbagai peristiwa yang mengerikan. Salah satu di antaranya ialah lahirnya binatang "Daabbatu'l-Ardh" ini, yang keadaanya hanya ALLAH jua yang mengetahuinya.

:: surah An-Naml:82 ::


+++++++++++++++++++++++


-Adios-

:: Wordless Wednesday #8 ::

Assalamualaikum.


Gambar WW #8 untuk minggu ini. 

-Adios-

:: Contest| I Love My Blog ::

Assalamualaikum. 

Ini bukan entri mengejut. Tidak seperti biasa. Entri kali ini adalah semata-mata nak join contest pejuang cinta. 

Syarat-syarat nak join:
1. Blogger Malaysia -lepas-
2. Mempunyai blog sendiri -lepas-
3. Anda sayang blog anda -lepas-

+++++++++++++++++++++++

Apa yang perlu dilakukan? Jom kita terjah satu persatu benda-benda yang perlu dilakukan. 
1. Buat satu entri bertajuk " contest| I love My Blog " -done-
2. Letak Banner dan buat backlink 

Selamat Datang ke Blog Pejuang Cinta.
-done-
3. Dalam entri nyatakan kenapa anda sayang blog anda.

+++++++++++++++++++++++
kenapa saya sayang blog saya
1. Inilah satu-satunya blog yang saya ada. Medium untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pengetahuan. 

2. Blog ini akan dijadikan sebagai kenangan untuk saya bila umur semakin berusia. Mungkin dengan izinNYA, saya dapat berkongsi kenangan ini bersama anak-anak dan cucu-cucu saya. Walaupun blogspot pada ketika itu, mungkin dianggap sebagai sudah 'veteren'.

3. Kerana blog, saya dapat kenal walaupun tidak rapat, beberapa orang rakan. Memang tidak ramai, tapi saya menghargai setiap daripada mereka. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan secara maya. 
+++++++++++++++++++++++

4. Letak link entri ini diruangan komen beliau. -done-

Saya nak tag cik rose cute sebab beliau suka join contest. Kan kak kan? Nak tag Syafiq Ahadin tapi beliau sibuk study. Katanya. :)

-Adios-


:: sedapnya susu ini ::

Assalamualaikum.

Pa habaq. Amboi ceq hari ni guna loghat utara. Dah macam kiah pekasam pulak. Atau Kiah ketiak masam. Eh. Yang bernama kiah, saya tak maksudkan anda. Dush!!! Dush!!! Saya kena belasah dengan Kiah propa.

+++++++++++++++++

Entri hari ni pula berkaitan dengan susu. Susu penting untuk pertumbuhan tulang kerana susu kaya dengan kalsium. Stop!!! Dah macam kelas Sains pulak. Seperti biasa la. Upload gambar susu kegemaran saya. 


Jeng!! Jeng!! Jeng!! Susu MariGold HL sangat sedap. Sebelum ni saya penggemar produk DutchLady. Gara-gara terpengaruh dengan adik bongsu saya la ni. Dia beli susu jenama ni, terus rasa minat pulak. Sebab rasanya lebih sedap dan bila minum susu ni, rasa kenyang je. Macam tak payah nak makan nasi. HAHA

+++++++++++++++++

Ada orang tak boleh minum susu. Mereka rasa nak muntah. Ada yang berbuih-buih mulut pon ada. Eh. Itu sawan la. HEHE. Ada juga yang tak boleh makan atau minum produk yang ada susu. Kakak saya alergik dengan susu tepung. Angin satu badan nanti kalau minum susu tepung. Tapi saya tak kisah. Susu tepung tu kadang-kadang saya meratah je. Bila disuruh bancuh susu untuk budak-budak, saya telan la susu tepung tu satu sudu. Pelik tak saya ni? HAHA. 

+++++++++++++++++

Susu baik untuk kesihatan. Susu terbaik adalah susu ibu. Susu kambing ditempat ke-2. Jangan tanya ditempat ke-3 dan seterusnya susu apa. Saya sumbat korang susu unta nanti nak? Satu susu yang saya rasa saya tak boleh minum ialah susu ANMUM. HAHA. 

-Adios-

:: kerana BUNGA bukan sekuntum ::

Assalamualaikum.

Untuk entri hari ini, malas nak buat mukadimah panjang-panjang seperti selalu. =.=' Dan tajuk entri hari ni meminjam tema untuk setiap tajuk blog Reena Kamarudin. Apakah entri hari ni berkaitan dengan masalah percintaan? OH! tidak sama sekali. Jadi, apa yang ingin diceritakan untuk hari ini? Seperti biasa. Jom layan gambar dulu. 

+++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++++


+++++++++++++++++++++

Inilah maksud 'kerana bunga bukan sekuntum'. Banyak kuntum bunga boleh dilihat di situ. HEHE. Lokasi ni di Ladang orked Kuchai Lama. Jangan tanya di mana tempatnya secara detail kerana saya memang seorang yang susah nak ingat tempat. Sangat teruk kan saya ni? HAHA. Saya temankan rakan pergi ambil stok bunga baru. Kerana beliau menjual bunga orked. Sesiapa yang tinggal berdekatan UPM Serdang, silalah jangan segan untuk berkunjung di MAEPS setiap pagi SABTU kerana beliau menjual orked disitu. Hari AHAD pagi di BANGI. Dan JUMAAT petang di PUTRAJAYA. Sesiapa pencinta orked boleh la beli dengannya ya. *Promote* HAHA.

-Adios-

:: boleh tolong tak? ::

Assalamualaikum.

Entri ni kira entri mengejut jugak la. Almaklumlah, 1 hari 1 entri sahaja. HEHE. Straight to the point, nak tanya tentang status hadis ni. Mungkin Syafiq Ahadin yang suka kentut kat dalam blog ni boleh bantu? Sampai terhakis dinding blog ni. HAHA. 

+++++++++++++++++

Ramai antara rakan di Fb post hadis ni di status mereka. Saya sebelum ni memang tak pernah dengar. Atau mungkin terlepas pandang. Dah cari dalam google. Sepertinya tidak banyak membantu. Jadi, sesiapa yang pernah jumpa tentang status hadis berkenaan, sila bagitahu saya ye.

+++++++++++++++++

Hadisnya: 
"Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa), maka pahalanya bersamaan dengan 2 tahun ibadah dan bagi yang mengingatkan orang lain pula akan mendapat pahala bersamaan dengan 80 tahun ibadah".

Tanpa diberikan sanad atau perawinya. Jadi saya sedikit musykil. Ramai yang tanya di FB Ustaz Azhar Idrus tapi belum berjawab lagi. Mungkin kalau berjawab nanti, saya cuba update-kan di sini. Nak pergi usha Fb ustaz-ustaz Imam Muda pulak. Kot-kot ada yang bertanya soalan yang serupa. 


UPDATE




*Maaf. Tak pandai nak hitamkan nama pemilik-pemilik Fb berkenaan. Harap dimaafi. 
Shukri Putrajaya Manir tanya soalan berkenaan dekat UAI melalui mesej. Kemudian, ustaz jawab sms beliau kata : X (tidak). Ini je update yang boleh diberitahu buat masa ni. :)





Jawapan dari Imam Muda Asyraf. Ustaz tak pernah jumpa dari mana datangnya riwayat tersebut. Dan ustaz kata tak pernah jumpa hadis sepelik tu. 

++++++++++++++++++

Walau apapun, selamat berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram. 


-Adios-

:: kahwin sana, kahwin sini ::

Assalamualaikum.

Buat apa tu? Tengah bersiap-siap nak masak ke? Tak payah masak la. Pergi bersiap-siap. Pakai baju cantik-cantik. Pergi kenduri kahwin. Aku pasti, setiap minggu pasti akan ada majlis perkahwinan berlangsung. Pulak tu, hari yang sama mesti ada 2 atau 3 majlis. Kenyang kan? Tak payah nak masak-masak. Jimat tenaga boleh berblog. HEHE.

+++++++++++++++++

Minggu ni ada 2 majlis. 1 jiran dan 1 lagi majlis kahwin anak saudara. Beberapa minggu lepas, seorang lagi anak saudara perempuan kahwin. Minggu ni anak saudara lelaki pulak kahwin. Nampak tak isu yang cuba aku ketengahkan disini. Siapa yang belum nampak, sila ke peti ais dan berfikir ditepinya. Isunya ialah: kenapa bapak saudara dia masih single dan automatiknya masih bujang. Ouh! sadisnya. HUHU

Gambar sekitar majlis kahwin anak saudara perempuan minggu lepas. Gambar pengantin takde sebab malas nak bersaing ambik gambar dengan photographer yang rata-rata menggunakan DSLR. Aku guna kamera hp Sony Ericsson P1i je. Sangat cikai kan?


+++++++++++++++++

Sebelum pulang ke Serdang tempoh hari, seorang nenek yang pagi-pagi selalu datang ke rumah berborak dengan mak aku, menegur aku. Dialog nenek tersebut: ''mana anaknya. tak balik sekali ke?'' Padahal nenek tu bukannya tak kenal aku. Macam mana nenek tu boleh tak cam aku. Alamak! Tapi aku perasan, kadang-kadang muka aku berubah macam hot papa anak 5. Cuba korang search perkataan 'hot papa' di google. Mesti keluar imej Brad Pitt atau David Beckham. Paling tidak pon, Aaron Aziz. Tapi selalunya, muka aku macam remaja baru habis SPM. HAHA.

-Adios-





:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...