Hari ni dah masuk ramadhan ke berapa ek? Kalau terkurang nanti orang cakap aku tertinggal puasa. Kalau terlebih kang, orang fikir aku tingtong. Ades =.=''
Ok abaikan. Hari ni dapur mak jemah nak kongsi satu rahsia. Eh! dah macam iklan oreo pulak. Bukan rahsia tapi resepi. Tapi resepi ni agak exotic sket. Apa yang exoticnya ialah aku menggunakan bontot ayam sebagai bahan utama. Sape tak makan bontot ayam boleh duduk tepi sikit. Gila kau, chef wan pon suka makan bontot ayam tau. =.=''
Resepi 06: Sambal Merah Bontot Ayam
Bahan Utama:
1. Bontot Ayam |20 ulas| <--bontot kira ulas ke? ^_^
2. Bawang Putih |4 ulas|
3. Bawang Merah |3 ulas|
4. Cili Padi |5 ulas|
5. Cili Giling |2 sudu besar|
6. Halia |sebesar ibu jari|
7. Serbuk Kunyit |3 sudu besar|
Bahan Sampingan:
1. Garam |secukup rasa|
2. Ajinamoto |secukup rasa|
3. Bawang Besar
Sambal Merah Bontot Ayam |
Cara Penyediaan.
1. Gaul serata (secara rata) bontot ayam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih serta halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga 'pecah minyak'.
4. Hiris bawang besar dan masukkan bersama bahan tumis tadi. Masukkan bontot ayam yang telah digoreng.
5. Bubuh garam dan ajinamoto secukup dan sesedap rasa anda.
SIAP!
4 comments:
wow ada bkat rupanya ko ni bab2 masak2 yer..leh la saji aku raya nnti.heheh suka ayat ni>> 'pecah minyak' seb baik bukan pecah dara.haha
zaxx:
haha. segan la. eceh! haha. inshaAllah dtg la raya nnt. aku masakkan bontot ayam utk ko. haha. ;)
aiseh! tu pecah lain tu. huhu
chewaahh..bole jd chef ni..:p
mia meymi:
chef kecil je boleh la. haha
Post a Comment