Followers

:: google translate buat lawak ::

Assalamualaikum
Mari ceriakan hari anda dengan sedikit lawak. Lawak ini membuatkan saya tergelak sedikit. Walaupun tidak terbahak-bahak, tapi cukup untuk menceriakan pagi saya. 
Mungkin ada yang dah tau dan saya baru tau tentang benda ni. Almaklumlah, saya memang baru balik dari bertapa. Jadi kurang tahu tentang dunia semasa. HeHe
Cuba anda bukak google translate, kemudian translate nama ziana zain kepada bahasa inggeris. Nama translate beliau adalah JONAS BROTHER? What? Hebat kak ziana kita!! Di samakan dengan artis antarabangsa tu!!!

Lagi satu ramlah ram a.k.a kak melah. Di translatenya jadi John Cena. Yang ni lagi tak patut. Ada ke JOHN CENA!!! Lain arena tu. Awatlah encik google ni?
 

Lagi satu artis, Faizal Tahir dapat christina aguilera. Wow!!! Suara tinggi mereka sama kot, sebab tu dapat si juri the voice tu.


 

Lagi artis, Aizat dapat NORAH JONES. Mesti sebab norah jones dan aizat pandai buat lagu sendiri. Then, menang anugerah atas ciptaan lagu sendiri. HaHa. Pandai2 je teori yang saya keluarkan ni.



Tapi itulah yang berlaku. Korang ada?? Saya pon tak tau apa nama translate saya. Ntah-ntah dapat brad pitt ke, mana tau kan??HaHa
Paling koman pon, orlando bloom. Ouch!!! sebelum lagi mengarut, baik saya blah dulu. 
-Wassalam-

No comments:

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...