Assalamualaikum
Cerita yang saya nak kongsi ni sebuah cerita sedih. Permulaan cerita, seperti biasalah. Ada lawak-lawak sikit. Mula2 menonton, nampak cerita ni macam kelakar. Pertengahan cerita, babak-babak sedih mula mengambil alih jalan cerita. Sampai habis, rasa tak tertanggung pulak nak menahan air mata dari mengalir keluar. HeHe.
Mula-mula kita letak gambar promo dulu. Ok!
Sinopsis cerita:
Moon Ok (wanita tua), seorang professor muzik dipenjarakan dan akan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh suami dan perempuan simpanan suaminya. Dia dipenjarakan bersama Jeong Hye dan beberapa orang banduan yang lain. Jeong Hye dipenjarakan kerana membunuh suaminya. Semasa dalam penjara, Jeong Hye telah melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama Min Woo.
Jeong Hye berhasrat untuk membawa anaknya Min Woo bersiar keluar dari penjara kerana sepanjang hidup anaknya, mereka belum pernah keluar dari penjara. Dia diberi peluang untuk menubuhkan sebuah kumpulan koir dan jika kumpulan tersebut berjaya menambat hati ketua warden, dia dibenarkan keluar bersiar selama sehari dengan anaknya.
Kumpulan koir tersebut berjaya menambat hati ketua warden. Malangnya, belum sempat berbuat demikian, anaknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Min Woo tidak dibenarkan tinggal didalam penjara (saat perpisahan dengan anaknya mula meruntun emosi).
4 tahun berlalu. Kumpulan koir mereka semakin mendapat tempat. Banduan-banduan yang pada mulanya selalu bergaduh sudah mula berbaik dan seperti adik-beradik. Moon Ok berjaya menyatukan mereka melalui muzik.
Kumpulan koir mereka diberi peluang untuk membuat persembahan di satu persidangan wanita di Seoul. Satu kejadian berlaku, dimana seorang tetamu kehilangan cincin. Banduan-banduan ini dituduh mencuri cincin tersebut padahal cincin itu jatuh ke lantai di tandas. (banduan atau bekas banduan selalu dipandang serong oleh masyarakat, kesian pada mereka). Persembahan mereka pada mulanya dibatalkan atas sebab tersebut. Tetapi mereka diberi peluang membuat persembahan pada akhir acara tersebut.
Disitu, banduan ini diberi peluang untuk bertemu keluarga mereka. Jeong Hye dapat bertemu anaknya. (babak ini pon meruntun jiwa).
Pengakhiran cerita, Moon Ok telah ditetapkan tarikh untuk menjalani hukuman mati.
Semasa menuju keluar dari sel untuk hukuman, setiap banduan menangis dan menyanyikan lagu perpisahan. (Time ni dah tahan emosi tahap maksimum dah. Oh! kalau ada lagi babak sedih rasanya tak mampu nak tahan lagi).
-TamaT-
Kalau versi penceritaan memang tak sedih. Nak sedih kena menonton sendiri la. Banyak babak sedih, tapi tak pandai nak olah. Lagipon nanti panjang sangat pula entri ni. Ni pon da kira panjang berjela dah ni. Cari la kat youtube kalau ada. Tak pon tengok kat channel AlHijrah kalau ada lagi nanti.
-Adios-
No comments:
Post a Comment