Followers

:: Career Fair and Post-Graduate Fair ::

Assalamualaikum

Jom! pakat-pakat pergi karnival kerjaya. Di mana? Sila check sendiri. Jangan malas-malas. Camne nak jadi researcher kalau malas camni. Ok! jangan sampai mak bedah keluar berleter kat korang. Nanti bernanah telinga.
Hari ni aku pergi karnival kerjaya. Wah! dah nak berkerjaya ke? Ehem2! Sepatutnya dah lama kena ber-kerjaya. Ni umur dah 26 tahun masih belum ada kerja lagi. Macam mana nak meminang anak dara orang ni?! Kalau pergi minang sekarang, dah tentu kena rejek. Pergi kau dari sini!!! 

Ok! berbalik kepada cerita diatas, ada dua (2) karnival kerjaya aku pergi harini. Satu (1) di 

 
Putra World Trade Center (PWTC) dan satu (1) lagi di 

 
MidValley. 

Amboi, sampai dua tempat aku pergi ek? Dah la dengan tak sarapannya, berjalan sampai perut berkeroncong gurindam bagai. Hazab sungguh la.

Career Fair dekat PWTC tu tak pasti pulak sampai berapa haribulan. Tapi tadi ada konvokesyen bebudak politeknik melaka rasanya. Yang dekat midvalley tu dari 16hb hingga 18hb september 2011. Kiranya dari jumaat sampai ahad la. 
Sesapa nak sambung master or phd, boleh la datang jugak sebab ada post grad fair. Aku ingat nak usha jugak tempat nak sambung PhD tapi rasanya tak jadila. Lambat sket la smbung PhD. Nak abeskan master ni pon penat rasanya. HaHa :) Aku drop dua (2) je resume: Agro bank dan SYABAS. Kalau ada rezeki, adalah.

Ok! penat kaki berjalan kat sana tadi. So, rasanya nak rehat dululah. 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tentu kita bersua lagi.


-Mr. Kenji-

No comments:

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...