Followers

Takkan ada orang buat hantaran macam ni!

Assalamualaikum.


Sebenarnya gambar ni gambar lama. Cerita ni pon cerita lama. Cuma aku suka nak 'ungkitkan' semula cerita ni. Maklumlah, sekarang kan musim kenduri orang kahwin. Setakat ni aku belum jumpa lagi hantaran yang pelik-pelik ni. 


Hantaran ni aku buat, aku reka dan aku cipta sendiri. Horror? Memang nampak horror. Sesiapa yang dapat hantaran macam ni memang amat mengerikan. Tidur malam pon tak lena. Asyik terbayang dengan hantaran ni.


Aku buat hantaran ni untuk pertunangan abang aku. Tahun 2010 kot. Lupa lah. Memang dah lama sangat pon. Tapi setelah diupload dalam facebook, abang aku tak setuju. Aku jamin, sesiapa pun akan rasa tak setuju punya. =.='. 


Jadinya, kena ubah semula la. Penat tau aku buat, tapi kena ubah balik. Kuciwa rasa hati. HAHA. +.+'


Nak tengok tak hantaran yang macam mana? Sabaq sat, ceq upload dulu na. 


Siapa nak tempah hantaran macam ni, sila hantar kat aku. =.='
Berminat? Kalau berminat, jangan segan-segan request kat aku ye. Heee.

Hanya segenggam nasi je? Cukup ke?

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Siapa yang makan nasi hanya segenggam saje? Cukup ke? Kalau tangan besar, mungkin dapat banyak. Tapi, kalau tangan kecik molek je, berapa sangat la dapat. Celah gigi pon tak lepas. =.='


Tapi tu lah tips diet yang diberikan oleh Kevin Zahri. Aku yakin semua kenal dengan Kevin Zahri. Kalau tak kenal, sila google sendiri la ye. 


Kata beliau, kita perlu ambil hanya segenggam nasi saja. Tambah ayam seketul dan sayur. Air masak saje. Kalau nak minum air manis, kena kurangkan nasi dari segenggam tadi. Ok aku rela minum air masak. 


Tapi bukan bermaksud SEGENGGAM NASI SEHARI ye? Beliau sarankan makan 4 kali sehari. So, 4 kali = 4 genggam sehari. Cukup la kan? Kalau anda rasa tak kenyang, sila jumpa pakar perubatan islam. Kot2 ada 'benda' tumpang badan anda. HaHa =.='


Kalau nak tau info lebih lanjut tentang ini, nah! aku sediakan video dari beliau.  



Amacam? Dah faham? Nak kurus pon kena tetap makan nasi. Atau gantikan dengan makanan ber-karbohidrat yang lain. Barulah bertenaga. Eceh. Dah macam aku pulak pakar pemakanan. Padahal aku pon tengah berusaha untuk maintainkan badan. Huuuu~~

Jom Sihat! Jadilah rakyat Malaysia yang lebih sihat! 

Dari Dapur Mak Jemah (episode 02): Ayam Bakar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Resepi yang dikongsi pada hari ini adalah daripada kakak ipar. Sesuai la untuk musim cuti persekolahan kan. Mane tau nak bawak famili pergi bersantai-mantai di tepi sungai sambil bakar-membakar. 

Resepi 02: Ayam Bakar

Bahan Utama:
1. Ayam |2 ekor|

Bahan Kisar:
1. Bawang Besar |10 biji|
2. Bawang Merah |5 ulas|
3. Bawang Putih |1 labu|
4. Halia |sebesar ibu jari|
5. Cili Padi |beberapa tangkai|

Bahan Lain:
1. Serbuk Kunyit |1 senduk|
2. Serbuk Cili |5 sudu|
3. Lada Sulah |1 sudu kecil|
4. Limau Nipis |2 biji|
5. Garam |secukup rasa|
6. Ajinamoto |secukup rasa|

Ayam Bakar Yang Sudah Diperap

Cara Penyediaan:
1. Ayam di potong kepada beberapa bahagian. Bersihkan.
2. Kisarkan semua bahan kisar. Gaul rata bersama ayam yang telah dibersihkan tadi.
3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada, sedikit lada sulah, garam dan sedikit ajinamoto.
4. Perahkan beberapa biji limau nipis.
5. Ayam yang telah diperap disimpan ke dalam peti sejuk selama semalaman.
SEDIA UNTUK DIBAKAR!


nota tambahan: segala sukatan adalah berdasarkan citarasa sendiri.

TONTON: MasterChef Selebriti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Umum dah tau yang masterchef selebriti akan membuka tirai pada 26hb Mei 2012 pada pukul 9 malam di Astro Ria (channel 104). 


Ramai selebriti Malaysia yang terlibat. Artis baru dan lama berentap. Antaranya: 
Barisan MasterChef Selebriti
i. Serina Redzuawan
ii. Siti Sarah
iii. Jehan Miskin 
iv. Tomok
v. Karl Shafek
vi. Datuk Fazley Yaakob 
vii. Farouk Hussein 
viii. Major. Dr. Faiz
ix. Angah Raja Lawak 
x. Raja Azmi
xi. Soo Wincci
xii. Juliza Adzlizan 
xiii. Thanuja
xiv. Salamiah Hassan
xv. Louisa Chong
xvi. Azwan Ali

Antara yang menarik perhatian aku ialah i. Serina Redzuawan dan ii. Juliza Adzlizan.

Serina adalah anak kepada Chef Wan. Jadi sedikit sebanyak, mesti dah belajar banyak resepi best dari papa nya. Patutlah Chef Riz tak jadi juri kali ni. 

Juliza Adzlizan, kalau tak silap pernah menulis buku masakan. Judulnya buku masakannya, 'Selera Juliza Adzlizan'.

Ni gambaran luaran saje. Mungkin ada peserta lain yang lebih hebat. Apa-apa pon, nantikan tayangannya. 

Nota tambahan: Kalau ada Jaafar Onn mesti lagi hebat saingannya. =.='

Traveloque: 6D 5N Full Board Muslim Winter Korea Tour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Entri hari ni adalah untuk mempromosikan ejen pelancongan yang ditubuhkan oleh rakan sekuliah sewaktu sama-sama ambik economics di UPM dahulu. 


Pakej Percutian ke Korea
Zulu Travel & Tours sekarang tengah buat pakej percutian ke Korea 6hari 5malam dengan harga RM3199. Teringin jugak nak ke Korea ni. Almaklumlah pengaruh drama korea la semua ni. =.=' Berminat? Silalah tempah kerana dengar cerita, seat cuma tinggal beberapa sahaja lagi. 


Sebarang maklumat lanjut, silalah ke page facebook beliau di Zulu Travel & Tours. Banyak lagi destinasi pelancongan dalam dan luar negara yang mereka sediakan dengan harga yang berbaloi dan berpatutan. 

Traveloque: Hutan Lipur Lata Jarum

Assalamualaikum.


Ahad yang lalu, kami sekeluarga ber-travel-loque beramai-ramai ke Lata Jarum.
Lata Jarum terletak di daerah Raub, Pahang dan berdekatan dengan Pulau Chekas. And this is the first time aku menjejakkan kaki ke sana. Alamak! =.='


Pagi Ahad tu sebenarnya hujan. Tapi, disebabkan persediaan telah dilakukan, kami meneruskan saja aktiviti yang telah dirancang tu. Ayam telah sedia diperap untuk dibakar dan makanan telah dimasak. Mau tak mau, terpaksalah. =.='


Lata Jarum I
Lata Jarum II
Lata Jarum III
sumber gambar: Facebook bro Ateh


Air selepas hujan sangat sejuk. Belum masuk sungai dah rasa menggigil. Celup kaki pon jadilah. Sekadar nak rasa je. Nanti terkilan pulak. HAHA. 

TONTON: Hot Guys Who Cook (Malaysia)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Tengok TV semalam tertengok pulak satu promo ni. Macam rancangan baru kat channel Diva (Astro 702) - Hot Guys Who Cook. Dan macam menarik perhatian aku untuk menonton. Aku bukanlah kaki dok depan tv sangat. =.=' Pastu, google la sikit tentang rancangan ni. Seramai 18 orang selebriti dari beberapa negara [Malaysia, Singapore, Hong Kong, Philippines]  join rancangan ni. Bila tayangannya? Will air on JUNE katanya. =.-'


Hot Guys Who Cook


Yang aku kenal dalam gambar tu cuma Henry Golding saje. Baca punya baca, jumpa ayat ni "the format is perfect for Diva Universal's female audience. HAHA. Khas untuk pompuan saje!. Tapi kalau aku nengok, nampak macam GAY ke? GAY tu ape? Tanya Uncle Jonni. HAHA =.=' 


Dari Dapur Mak Jemah (episode 01): Sambal Kentang

Assalamualaikum.


Resepi 01: Sambal Kentang 


Bahan utama:
1. Ubi Kentang |5 biji|
2. Ikan bilis |1 genggam|

Bahan Kisar:
1. Bawang Merah |3 ulas|
2. Bawang Putih |4 ulas|
3. Cili Padi |beberapa tangkai|
4. Halia |1/2 saiz ibu jari|

Bahan Lain:
1. Cili Boh |1/3 pek kecil|
2. Bawang Besar |1 biji|

sambal kentang mak jemah


cara penyediaan:
1. Goreng ubi kentang yang di potong bulat dan ikan bilis. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga kekuningan. 
3. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng. Gaulkan.
5. Hiris bulat bawang besar dan gaulkan bersama. 
SIAP!


kerana aku lupa nak upload gambar ni.

Assalamualaikum.


Alamak. Sebab dah lama tak bukak blog, terlupa lak aku nak upload satu gambaq menatang ni. Binatang yang aku sangat GELI nak pegang. Kalau lipas tu, boleh la aku pijak-pijak. Tapi kalau binatang sekoq ni, mau ada aksi akrobatik sket. HaHa =.='


Mickey Mouse :)
Amacam? Ada sesapa nak ambek buat binatang peliharaan tak? HaHa. Kalau ada, jangan segan silu, datang rumah jiran kami. Sebab serius bukan dari umah kami. Rumah kami bersih. Gila tak bersih. Nanti tuan rumah, si Arumugam tu datang halau kami. Huhu



Wassalam-FM-

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...