Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.
Resepi 11: Sotong
Bersumbat Berkuah
Bahan Utama:
1. Sotong
|15 Ekor
2. Kentang
|5 Biji
3. Lobak
Merah |1 Biji
Bahan Kuah:
1. Bawang
Merah |10 Biji
2. Bawang
Putih |5 Biji
3. Halia
|Sebesar ibu jari
4. Serai
|2 Batang
5. Rempah
Kari Daging |1 Sudu Besar
6. Rempah
Kari Ikan |1 Sudu Besar
7. Jintan
Manis, Jintan Putih, Ketumbar
8. Santan
|1/2 Biji Kelapa
9. Garam
10. Serbuk
Perasa
Cara Penyediaan:
1. Basuh
Sotong dan toskan.
2. Rebus
kentang sehingga empuk dan lenyekkan. Lobak merah dipotong dadu. Gaul rata
kentang lenyek bersama lobak merah dan sedikit garam.
3. Sumbatkan
kentang lenyek ke dalam sotong. Ketepikan.
4. Kisar
bawang merah, bawang putih dan halia.
5. Tumis
bahan kisar sehingga garing bersama rempah kari daging, rempah kari ikan dan
sebuk jintan manis + jintan putih + ketumbar.
6. Masukkan
santan ke dalam bahan tumis tadi. Biarkan mendidih seketika atau masak sehingga
kuah pekat. Masukkan sotong dan biarkan sehingga sotong masak.
7. Masukkan
garam dan sedikit serbuk perasa.
SIAP! Selamat
Mencuba!
No comments:
Post a Comment