Assalaamualaikum & Salam Sejahtera
Gila ke apa aku ni? Asyik tolak tawaran temuduga je. Padahal
sebelum ni, memang aku jugak yang apply jawatan tu. Apa yang aku nak? Memilih
kerja? Semestinya bukan! Percayalah.
Kalau rasa malas nak kerja boleh tak? Kalau lah hidup ni tak
perlukan duit dan semuanya percuma. Nak percuma gi tinggal kat gua. Semua
percuma. Ah! Banyak cantik muka kau!
Masuk kali ni dah tiga kali aku tolak a.k.a tak pergi
temuduga kerja. Pertama aku tolak jawatan pegawai tadbir di Lembaga Getah
Malaysia. Kedua, aku tolak pelawaan kawan aku untuk jadi pensyarah sambilan di
Uitm Jengka. Tapi yang ni bersebab. Dan ketiga, aku tak pergi temuduga untuk
jawatan pegawai penyelidik di UPM. Orang lain punya susah payah carik kerja,
aku senang-senang je tolak rezeki. Kalau mak ayah aku tau ni, mampus aku kene
berleter. Especially dengan ayah aku. Ye, ayah aku suka berleter. Kalah mak
aku. Makanya, kalau ada adik beradik mahupun jiran tetangga aku yang baca blog
ni, harap dirahsiakan ye. Nanti aku belanja eskrim kacang. HAHA.
Ok, tinggal dua lagi jawatan yang aku mohon tapi belum dapat
jawapan. Pegawai pendidik mohon melalui SPP dan Pensyarah di UUM. InshaAllah
yang dua ni, kalau ada temuduga aku akan pergi. Sebab aku rasa aku nak menceburkan
diri dalam bidang pendidikan. Walaupun aku tak punya kemahiran untuk mengajar
atau mengawal pelajar, InshaAllah aku
akan cuba.
Kerana itulah perjalanan hidup aku. There’s a light at the
end of the tunnel.
E.N.D
5 comments:
pendidikan?uum?like~
*belanja eskrem kacang plz*
hehe
please leave a message after a tone....
lol!
katne sekarang? jom keje sesame... hihi!
mak aihh lama menganggur. hihi... kalo ada platform yang bagus, nak ke?
hihi...
UniMeow:
student Uum ke? InshaAllah bleh. hehe
Syafiq Ahadin:
jom. ko kat s.Alam lagi ke?
platform ape? Jadi retis ke? haha :)
inshaAllah ada rezeki aku join.
wah uum..dekat je la.moga dpt..aik dh dpt tolak la.ish2.ehhe
Post a Comment