Assalamualaikum.
Semalam, berpeluang lagi menonton rancangan Assalamualaikum, sebuah rancangan berbentuk bicara santai. Hostnya irma hasmie dan tun. Nama penuh tun tak berapa nak ingat la. =.=' Aku suka tengok rancangan ni sebab ada irma hasmie. Ayu je berjubah. Eh. Terpesong niat ni.
+++++++++++++++++++++++++
Kalau hari sabtu, aku suka slot bersama ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre. Tapi slot ni tak panjang sangat masanya. Sekejap saje. Nak request kat penerbit, tambah masa boleh tak?
Tajuk yang dibincangkan dalam masa yang singkat pada hari semalam adalah:
SUCINYA RASULULLAH S.A.W.
Subtopiknya lebih membincangkan perihal berwuduk. Maksudnya, berwuduk cara Rasulullah. Mula-mula ustaz ditanya tentang perkara sunat yang Nabi Muhammad lakukan masa berwuduk. Aku dapatlah catatkan beberapa point. Antaranya:
1. Nabi Muhammad berwuduk dengan menggunakan air yang sedikit.
:: kata ustaz, wuduk adalah simbolik sahaja. Sebenarnya, kita bukanlah mahu membersihkan luaran semata-mata, tetapi juga membersihkan hati dan jiwa. Kita digalakkan untuk tidak membazirkan air.
2. Setiap kali membasuh anggota wuduk, niatkan sesuatu dalam hati.
:: Semolek-moleknya, semasa kita membersihkan anggota wuduk, niatlah sesuatu dalam hati atau berdoa. Contohnya, kalau basuh muka, kita boleh berdoa pada Allah, seperti yang diajar para ulama, ya Allah, putihkan lah wajahku seperti wajah para kekasihMu diakhirat kelak.
3. Membaca bismillah sebelum wuduk.
:: Kalau teringat pada pertengahan wuduk, baca saje bismillah disitu. Tapi kalau dah habis selesai basuh kaki baru teringat, takde makna la. Next wuduk la pulak.
4. Berkumur dan basuh dalam hidung.
:: Berkumur sehingga terasa air di pangkal kerongkong. Tapi, kalau dalam keadaan berpuasa, tak boleh buat. Untuk hidung pula, air tu dimasukkan ke dalam hidung sehingga kita terasa sedikit pedih di pangkal hidung.
+++++++++++++++++++++++++++
Selain itu, dibincangkan juga beberapa perkara makruh semasa berwuduk. Antaranya:
1. Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali.
2. Bercakap tanpa keperluan.
3. Menampar-nampar air di muka.
4. Lap air wuduk di anggota.
Itu sajalah yang dapat aku kongsikan disini. InshaAllah, kalau ada topik yang menarik nanti, aku coretkan disini. Anda buat, anda dapat.
Wassalam.
-Faizal Mohd-
No comments:
Post a Comment