Assalamualaikum.
Berita menyayat hati. Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang awal bulan Mac ditemui rentung. Ya ALLAH. Seriously, sedih dengar berita macam tu. Adik Nurul Nadhirah Abdullah, juga dikenali sebagai Dirang ditemui dalam keadaan rentung. Semoga roh adik Dirang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dan semoga penjahat tersebut dikenakan hukuman yang setimpal. Bertaubatlah sebelum terlambat. Walau anda terlepas pun hukuman dunia, ingatlah hukuman di AKHIRAT sana.
++++++++++++++++++++++++++++++
Satu lagi kes bakar di Iraq. Semalam ada baca berita, satu kumpulan GAY di Iraq di buru dan di bakar. Semalam, aku ada menonton program BICARA di ALHIJRAH. Tajuk pasal LGBT. Golongan Lesbian, Gay, Biseks dan Trans ni harus dibimbing. Rata-rata panel bersetuju bahawa hukum dan pendidikan adalah jalan untuk membantu mereka. Dalam islam, ada 3 cara membasmi atau menyelesaikan kes-kes sosial seperti ini.
(i) Tarbiah,
(ii) Hukuman,
(iii) Rawatan.
Jadinya, kalau dah bakar mereka, macam mana mereka nak bertaubat. Menutup terus pintu taubat mereka. Mohonlah supaya mereka diberi hidayah. Hidayah itu milik ALLAH.
+++++++++++++++++++++++++++++++
Tidak lengkap iman seseorang itu sehingga mereka menyayangi insan lain seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri.
-Adios-
2 comments:
Lia pun tengok program bicara tu..memang macam mana nak bertaubat kalau sudah dibakar terus..pintu taubat untuk sentiasa ada..
*kasihan adik dirang tu..bahaya nya kalau macam ni..
cik lia lomi:
kan. itu namanya hukum rimba.
*sama-sama berjaga-jaga.
Post a Comment