Followers

gila HDR dan gila PHOTOMATIC

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni, aku dah jadi gila mengedit gambar jadi HDR pulak. Mungkin itu satu hobi baru aku. Semenjak kerja menyiapkan tesis dah selesai, banyak masa dihabiskan dengan mengedit gambar-gambar lama. Antara gambar yang telah di edit:

Marriot Hotel a.k.a Hotel Mania
Ladang Teh Boh Ombak Rindu.
Masjid UPM.
#perasan tak ada awan seperti kalimah Allah di sebelah kiri gambar?
Pantai Balok, Kuantan.
 

nota tambahan: indah ciptaan Allah s.w.t 


wassalam
-Faizal Mohd-

:: edisi KHAS: melancong ::

Assalamualaikum.

Sebelum memulakan bicara lanjut, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Yang belum berjaya, JANGAN berputus asa. Rezeki itu milik Allah. Usaha lagi. <--  dah macam komen cekgu-cekgu dalam buku laporan kemajuan pulak. =.='

Ok. Pada yang tension-tension dengan keputusan SPM tu, apa kata korang pergi rehatkan minda, tenangkan fikiran. Buat apa nak serabut-serabutkan kepala otak tu, benda dah lepas kan. Barang yang lepas, hai jangan di kenang. Kata P.Ramlee. 

Destinasi melancong aku, tahap bajet terhad jek. Ala-ala melancong pergi-balik hari je. Haha. Almaklomla, ekonomi tengah merosot ni, kena la berjimat cermat sikit. ^.^

Kuala Gandah, Lanchang.

Pusat Rekreasi Pulau Chekas + Lata Jarum.

Amacam? kewll tak tempat yang aku suggest? Haha. Kompem jimat sejimat-jimatnya. Buat ape nak membazir melancong diluar negara kan. Dalam negara pon belom habis diterokai lagi. =.- Apa-apa pon, selamat melancong.


nota tambahan: nak melancong ke Paris, tapi dalam mimpi je. 


Wassalam,
-Faizal Mohd-





:: tinggalkan suami sebab rumah tiada tandas ::

Assalamualaikum.

Memang tidak dinafikan, tandas atau juga dikenali sebagai 'bilik kecil' atau 'bilik termenung' amatlah penting. Yelah! kau nak buang najis kau kat mana kalau takde tandas dalam rumah? Takkan hari-hari nak tumpang tandas jiran. Nanti jiran kata, ''hari-hari datang mau tumpang''.
Or, buang dalam plastik, pastu campak merata. Uwekk!!! =.='

Kes yang berlaku di New Delhi, seorang isteri tinggalkan suaminya sebab rumah suaminya tiada tandas. Oh! sebenarnya penduduk di kawasan tempat tinggal suaminya mengamalkan buang najis di tempat terbuka. Adeh! Kadang-kadang tak paham aku. Banyak betul ragam manusia dalam dunia ni kan? Entahlah.

Yang pasti, umat islam sangat mementingkan kebersihan. Kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman. Tapi, kalau yang sebahagian ni pun kita tak dapat nak jaga, entahlah nak habaq camne lagi. 

nota tambahan: suka iklan maya karin yang pasal pembuangan sampah tu. 

wassalam,
-Faizal Mohd-

:: suci lagi menyucikan ::

Assalamualaikum.


Semalam, berpeluang lagi menonton rancangan Assalamualaikum, sebuah rancangan berbentuk bicara santai. Hostnya irma hasmie dan tun. Nama penuh tun tak berapa nak ingat la. =.=' Aku suka tengok rancangan ni sebab ada irma hasmie. Ayu je berjubah. Eh. Terpesong niat ni. 

+++++++++++++++++++++++++

Kalau hari sabtu, aku suka slot bersama ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre. Tapi slot ni tak panjang sangat masanya. Sekejap saje. Nak request kat penerbit, tambah masa boleh tak? 
Tajuk yang dibincangkan dalam masa yang singkat pada hari semalam adalah:

SUCINYA RASULULLAH S.A.W.


Subtopiknya lebih membincangkan perihal berwuduk. Maksudnya, berwuduk cara Rasulullah. Mula-mula ustaz ditanya tentang perkara sunat yang Nabi Muhammad lakukan masa berwuduk. Aku dapatlah catatkan beberapa point. Antaranya:

1. Nabi Muhammad berwuduk dengan menggunakan air yang sedikit. 
:: kata ustaz, wuduk adalah simbolik sahaja. Sebenarnya, kita bukanlah mahu membersihkan luaran semata-mata, tetapi juga membersihkan hati dan jiwa. Kita digalakkan untuk tidak membazirkan air. 

2. Setiap kali membasuh anggota wuduk, niatkan sesuatu dalam hati.
:: Semolek-moleknya, semasa kita membersihkan anggota wuduk, niatlah sesuatu dalam hati atau berdoa. Contohnya, kalau basuh muka, kita boleh berdoa pada Allah, seperti yang diajar para ulama, ya Allah, putihkan lah wajahku seperti wajah para kekasihMu diakhirat kelak. 

3. Membaca bismillah sebelum wuduk.
:: Kalau teringat pada pertengahan wuduk, baca saje bismillah disitu. Tapi kalau dah habis selesai basuh kaki baru teringat, takde makna la. Next wuduk la pulak. 

4. Berkumur dan basuh dalam hidung.
:: Berkumur sehingga terasa air di pangkal kerongkong. Tapi, kalau dalam keadaan berpuasa, tak boleh buat. Untuk hidung pula, air tu dimasukkan ke dalam hidung sehingga kita terasa sedikit pedih di pangkal hidung. 

+++++++++++++++++++++++++++

Selain itu, dibincangkan juga beberapa perkara makruh semasa berwuduk. Antaranya:

1. Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali. 
2. Bercakap tanpa keperluan.
3. Menampar-nampar air di muka.
4. Lap air wuduk di anggota.

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan disini. InshaAllah, kalau ada topik yang menarik nanti, aku coretkan disini. Anda buat, anda dapat. 

Wassalam.
-Faizal Mohd-

:: wordless wednesday #10 ::

Assalamualaikum.

wordless wednesday untuk minggu ini ialah:


#semuapemenang.

-Adios-

:: bakar itu bakar ini ::

Assalamualaikum.

Berita menyayat hati. Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang awal bulan Mac ditemui rentung. Ya ALLAH. Seriously, sedih dengar berita macam tu. Adik Nurul Nadhirah Abdullah, juga dikenali sebagai Dirang ditemui dalam keadaan rentung. Semoga roh adik Dirang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dan semoga penjahat tersebut dikenakan hukuman yang setimpal. Bertaubatlah sebelum terlambat. Walau anda terlepas pun hukuman dunia, ingatlah hukuman di AKHIRAT sana. 

++++++++++++++++++++++++++++++

Satu lagi kes bakar di Iraq. Semalam ada baca berita, satu kumpulan GAY di Iraq di buru dan di bakar. Semalam, aku ada menonton program BICARA di ALHIJRAH. Tajuk pasal LGBT. Golongan Lesbian, Gay, Biseks dan Trans ni harus dibimbing. Rata-rata panel bersetuju bahawa hukum dan pendidikan adalah jalan untuk membantu mereka. Dalam islam, ada 3 cara  membasmi atau menyelesaikan kes-kes sosial seperti ini.
 (i) Tarbiah,
 (ii) Hukuman, 
(iii) Rawatan. 
Jadinya, kalau dah bakar mereka, macam mana mereka nak bertaubat. Menutup terus pintu taubat mereka. Mohonlah supaya mereka diberi hidayah. Hidayah itu milik ALLAH. 

+++++++++++++++++++++++++++++++

Tidak lengkap iman seseorang itu sehingga mereka menyayangi insan lain seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. 

-Adios-

:: budak kuat + comel ::

Assalamualaikum.

Sape budak kuat dan comel tu? yang penting memang bukan aku la kan. Sebab aku tak kuat tapi comel tu ada la. Haktui! =.=' . Ok! tak perlu nak berbasa basi kata orang indonesia seperti dalam dialog sinetron petang-petang, jom lihat siapa budak-budak yang kuat dan comel tu. Tapi versi video la. Nak gambar, capture je la sendiri. 

++++++++++++++++++++++++++++



+++++++++++++++++++++++++++++++

World's Strongest Kids tu. Kau ada? Aku pon tak ada. 


See you then,


-Adios-

:: KTMB OH KTMB ::

Assalamualaikum.

Entri hari ni berkaitan dengan berita semasa. Hallamek!!! dah jadi wartawan sambilan pulak ke? Hurm. Jadi wartawan tak bertauliah. Cari duit lebih. =.='

+++++++++++++++++++++++

Beritanya bukan berita hiburan. Oh! tidak sama sekali. Aku sama sekali tidak akan bersaing dengan blog abang Nara. Eceh! Ok. Beritanya ialah KTMB sasar untuk mengurangkan waktu menunggu pengguna komuter. Bagus sangatlah tu. Especially peak hour. KTMB juga akan menambah tren.


+++++++++++++++++++++++




++++++++++++++++++++++++++

Bagi aku, bagus sangatlah kalau mereka mengurangkan waktu menunggu. Nak-nak kalau tren delay. Pergh!!! Sangat seksa menunggu. Baru-baru ni delay dari 4.47pm ke 5.35pm di KL Sentral ke Seremban. Nak pulak waktu puncak orang balik kerja. Di sebabkan dah petang plus malas nak tunggu tren berikutnya, aku naik jela. Sekali lagi pergh!!! Dah macam sardin dalam tu. Bau? kata orang utara, sabaq jela no. Panas + Bau rasa macam nak pengsan jek. Tapi takut pulak nanti sape-sape ntah bagi CPR kat aku nanti. Makanya tak jadi nak pengsan. Saat keluar dari tren rasa macam nikmat tak terhingga. HAHA. 

+++++++++++++++++++++++++

Jadinya, diharapkan dengan adanya penambahan tren plus kurangkan waktu menunggu diharapkan dapat menyelesaikan setiap masalah yang berkaitan.
Akhir kata dari aku, majulah sukan untuk negara. Eh silap cogankata pulak. HAHA

-Adios- 

:: wordless wednesday #8 ::

Assalamualaikum.

wordless wednesday minggu ini. ww#8.


-Adios-

:: SMOOTH a.k.a SEMUT ::

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak menaip entri baru. Semangat ber-blog makin lama makin pudar. Apa-apa pun, terima kasih pada seorang dua yang baru follow tu. SEORANG DUA saje? =.='

+++++++++++++++++++++++++

sumber: google.com

Entri hari ni berkaitan dengan SEMUT. Tak kira la semut hitam, semut merah, semut-semut ke. Janji namanya semut. Kenapa entri hari ni berkaitan dengan semut? Kerana aku baru saja baca buku ''Anda Bertanya, USTAZ AZHAR IDRUS menjawab ... ''. 
[soalan dan jawapan macam tak ada kaitan jek. =.=']

+++++++++++++++++++++++++

Soalannya adalah seperti berikut:

''Adakah benar, kenyataan umum menyatakan makanan atau minuman yang dimasuki semut boleh melemahkan minda orang yang memakannya? Adakah makanan dan minuman itu perlu dibuang? ''

JAWAPAN UAI:

SEMUT yang masuk ke dalam makanan itu PERLU DIBUANG, dan makanan atau minuman itu BOLEH  DIMAKAN kerana yang dilarang adalah makan semut ataupun serangga yang di anggap keji. TIDAK DILARANG makan makanan atau minuman itu SELEPAS SEMUT DIBUANG.

-Adios-

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...