Followers

:: Salam Lebaran ::


Alhamdulillah, sekarang sudah masuk 17 ramadhan 1432H. Sedar tak sedar, dah lebih separuh ramadhan kita lalui. Saya teringat kata-kata seorang ustaz masa kuliah subuh, "bukan berapa berat badan kita yang tinggal yang harus kita fikirkan, tetapi berapa berat amalan kita yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan". Oh! saya begitu terkesan dengan ayat pak ostad tersebut. 

Mungkin esok (khamis_18 Ramadhan) akan pulang ke kampung. Jadi, di kampung kurang aktiviti men-sosial-kan diri di facebook, twitter mahupon blog. Oleh kerana itu, saya akan meng-ofline selama beberapa minggu. Kalau ada peluang, baru boleh online. Tu pun kadang-kadang.

Kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa dan tersilap kata-kata. Halalkan apa yang terlebih dan terkurang. Salam lebaran dan salam aidilfitri.

Dua Tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua Tiga hari lagi aidilfitri akan kembali
Sambutlah ia dengan riang.

Pak Aji kacau dodol
Mak aji anyam ketupat.
-OK! tu je yang nak bagitau. :)-

2 comments:

Serigala Maroon said...

selamat hari raya aidilfitri

fAizAl_85 said...

salam lebaran. salah silap harap dimaafkan. :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...