Followers

:: bazaar!! bazaar!! bazaar!! ::

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Sejak awal ramadhan sampai hari ini 8 ramadhan, orang asyik dok sebuk cerita pasal bazar ramadhan. Cerita pasal apa? Haa!!! Mesti la cerita pasal harga makanan yang dijual di bazaar. Juga kualiti makanan yang dijual di situ. Start awal ramadhan, pembeli dah komplen harga kuih mahal la, harga lauk mahal la, harga murtabak mahal la. Pendek kata, semua la mahal kat situ. Nak buat macam mana, memang harga barang tengah naik sekarang ni. Barang Naik la katakan. Ops!! Tu belom lagi kata, "Oh! menyesal beli kuih kat kedai tu". Atau "Damn! makcik tu jual kuih macam nak beli BMW hujung bulan ramadhan ni ke ape?". Juga ayat camni "Pakcik! ko nak gi umrah balik hari ke ape?". Haha. 
Harga makanan mahal satu hal. Kalau berbaloi beli memahal tapi sedap takpe. Pembeli puas hati. Pastu ada pulak yang komplen kuih basi, kuih tak sedap, lori garam eksiden masuk dalam lauk la. Lauk recycle la. Lauk ada taik lalat la. Macam-macam hal dorang ni. Kengkadang baca pon rasa macam nak tergelak. Agak-agak camne muka tergelak dalam kesian? OMG!! Huhu.
Kalau pergi bazaar, semua nak beli. Pantang depan mata, itu nak, ini pon nak. Sedar-sedar tangan dah penuh dengan 10 beg plastik warna oren. Hehe. Bawak balik rumah cakap itu ini tak sedap. Yang sedap kat bazaar tu cuma nafsu je. Benda simple je kengkadang kita nak merasa jugak kononnya. Waima cekodok pon nampak sedap kalau dah nafsu makan tu bergelora sangat. Hihi.
Tapi itu kisah orang. Bukan kisah aku. Sepanjang ramadhan tahun ni, memang aku belom pernah menjejakkan kaki di bazaar lagi. Di sri serdang pon bazaar tak meriah sebab student UPM takde. Memang gerainya seciput jelah. Lagi pon aku lebih rela tak pergi bazaar daripada bersesak-sesak, nak jalan pun susah kat bazaar tu. Alahai! Semput!!!!
So, kesimpulannya aku berbuka sahaja di Masjid UPM. Tak perlu nak ke bazaar. Tak perlu bersesak-sesak, tak perlu beratur panjang. Jimat tenaga. Nak masak kat rumah memang malas. Kalau masak pon, housemate semua berbuka di masjid. Takkan aku nak berbuka sorang-sorang kat rumah. Tak happening langsung!!Haha. Boleh berbuka dengan international student, pakej dengan solat maghrib berjemaah sekali.

No comments:

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...