Followers

:: Fitnah di Bulan Puasa ::

Assalamualaikum.
Salam 13 ramadhan dan semoga berada dalam lingkungan hidayah-Nya. Malam ini, blog BIAR AKU BERBICARA mahu berbicara tentang penyebaran fitnah sejak akhir-akhir ni. Seperti yang anda sedia maklum, semenjak kebelakangan ni, heboh tentang kononnya siapa disebalik penulis blog 'you-know-who' yang menghina islam dalam setiap penulisannya. Sehinggakan banyak yang dah share pasal benda ni di facebook. Ada yang keji, caci dan maki wanita tersebut. Ada yang mengugut mahu dicederakan dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya, ternyata orang yang dikatakan sebagai penulis blog tersebut adalah orang yang salah. Agaknya apa perasan 'tertuduh'?. Bagi aku, besar jugak dugaan yang diterimanya. Siapa yang sanggup menanggung kata-kata hina dan keji serta makian dari orang, walhal orang tu tak bersalah pon dan tiada kena mengena dengan blog 'you-know-who'. Pihak yang menuduh telah pun memohon maaf kepada tertuduh. Cuma aku tertanya-tanya mereka yang terlibat menge-post dan menge-share dalam FB tu pulak camne ek? Ok! aku tak terlibat, itu urusan antara mereka dengan tertuduh.

Yang kedua pulak pasal group 'menjadi ibu bapa adalah terbaik dalam hidup saya' yang dikatakan sebagai kumpulan penculik kanak-kanak dan pedophilia. Berita berkenaan dikatakan dipetik dari Fox News bertarikh 5hb. Aku pon pergi la check group tu. Tapi malangnya, aku tak nampak pulak sesuatu yang mencurigakan dalam group tu. Yang curiganya berita tu diambil dari fox news. Cuba korang bukak website fox news tu? Berita dari luar negara kot. Berita-berita besar yang berlaku di US dan rantauannya sahaja yang termuat dalam tu. Lagipon tarikh 5hb tu entah bulan dan tahun berapa. Tak logik langsung kalau ia terselit berita yang picisan tu dalam web tersebut. Lainlah kalau keluar muka depan kosmo ke, metro ahad ke, baru lah sedikit logik. Tak pasal admin group tu kena fitnah dan terus tinggalkan group tanpa admin. yelah, daripada dicaci maki atau sesuatu yang teruk bakal berlaku kemudian, baik dia remove dirinya as admin. 

Banyak lagi kalau nak diceritakan, tapi cukuplah sedikit ni sahaja. Bukan tak boleh nak berhati-hati, tapi biarlah selidiki dulu kesahihan berita tersebut. Jangan konon ghairah nak kongsi dengan orang lain di FB, sampaikan orang yang tak bersalah jadi mangsa fitnah. Ingat! dosa dengan ALLAH senang kita nak mohon ampun, tapi dosa dengan manusia susah nak mintak maaf. 

2 comments:

Reena Kamarudin said...

bila ko tulis u-know-who, alu teringat kat harry potter. huhuhuhu

faizal mohd said...

valdermort. aku peminat harry potter. :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...