Followers

:: semalam yang indah ::

Assalamualaikum.

4 minggu. Lama tu tak update blog. Kemana menghilang? Ada orang kesah? HAHA. Selama 3 minggu saya berada di kampung. Kalau balik kampung, memang susah la nak online. Kat rumah takde internet. Kalau nak main internet pun, kena pinjam maxis broadband kakak. Tapi, tak kan asek nak pinjam je kan? *Hari-hari datang mau pinjam*. 

++++++++++++++++++

Makanya, tu pasal la tak update. Dekat rumah sewa baru dapat update guna streamyx. Terima kasih streamyx. Saya mesti pilih! *tetiba amek hati TM Malaysia. 

++++++++++++++++++

Masa kat kampung, 10hb Januari 2012 dapat panggilan dari School of Graduate Student cakap tarikh viva (pembentangan thesis) 17hb Januari 2012. Hah! terus cuak aku. Makan tak lalu *badan kembang jugak*.


Esoknya terus balik UPM. Seminggu practise. Orang kata practise make perfect. Ceh! yelah tu. Seminggu jugakla cakap sorang-sorang dalam bilik. Dah macam orang meroyan dah aku. Kunci pintu, tutup tingkap pastu memekak dalam bilik. Dah macam orang kurang siuman kena kurung da. HEHE. 

+++++++++++++++++++

Semalam dah selesai VIVA VOCE aku. Alhamdulillah, dengan jayanya aku present. Dapat PASS with minor correction. Ada III results. i) PASS with minor correction, ii) PASS with major correction, iii) FAIL. Tapi sebelum mereka bagi FAIL, ada dapat satu peluang lagi untuk re-VIVA. So, sekarang aku dah pra-merdeka. Eh. Ada pra la pulak. HEHE

+++++++++++++++++++

Sekarang dah lega sikit. Boleh la lepak2 sekejap. Nanti dapat report untuk correction thesis. Kena siapkan dalam masa 2 bulan pulak. Sibuk la time tu. Oh! semalam Dr. recommend suruh mintak lecturer ekonomi di KUIS. Satu peluang yang menarik tu. Tengah fikir tawaran tersebut. 

-Adios-

6 comments:

CekbOlat-bOlat said...

wahh dh hbes =)

Syafiq Ahadin said...

sangat lama tak update!

faizal mohd said...

cekbolat:

haha. belom abes secara oficially. hehe :)

faizal mohd said...

syafiq ahadin:

sangat2 lama. hehe. aku tak terjah blog ko pon lagi ni. :)

Joe_Hans said...

student Account xder Viva pun... huhuhuhuh

faizal mohd said...

Joe_Hans:

tu yang untung tu. HEHE

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...