Assalamualaikum.
Sepanjang di kampung, ada la beberapa aktiviti dilakukan disana. Panjat gunung, terjun gaung dan mandi lombong. Saya tak buat semua tu. HAHA. Tapi kan, duduk kat kg memang best. Makan free, lauk tiap-tiap hari best. Marvellous! Oh. lari topik sikit.
+++++++++++++++++
+++++++++++++++++
Ada III aktiviti sepanjang aku kat kampung.
1. Ambik buah langsat. Pokok langsat tu kat kebun ABAH. Eh. memang dah lama tak pergi kebun. Seingat saya, last pergi kebun masa tingkatan 2. Tahun 1999 kot. Dulu rajin tolong-tolong. Padahal sebenarnya pergi nak mandi sungai je. Tak ikhlas kan? HEHE
+++++++++++++++++++++++++++++++
2. Memancing bersama para pemancing professional. Mereka tu abang-abang saya. Dorang pemancing tegar. Saya tak berapa nak tegar sangat. Mereka dah merata-rata pergi memancing. Lokasi terbaru di Kenyir. Tak dapat ikut sebab tak ada duit. Oh! sedih. Tapi dengar-dengar nak melayan patin mekong di Batang Kali. Entah la jadi ke tak sebab raya cina, kolam pancing bukak ke? Tapi kalau jadi, nak ikottt~ HEHE
Umpan: perut ayam. Bau memang tak hengat la. Tengok! bukan lalat, tapi langau yang datang. Bau tak bau umpan tu. HUHU.
++++++++++++++++++++
3. Jalan-jalan di tepi pantai. Lokasi: teluk Chempedak. Ombak sangat besar, angin sangat kuat. Memang tak sesuai la kalau nak mandi-manda. Tapi ramai orang dekat situ. Pakwe-Makwe. Pakcik-Makcik. Adek-Kakak. Adek-Adek. Eh.
++++++++++++++++++++++
Itulah aktiviti aku sepanjang 3 minggu di kampung. Tapi, apa yang pasti, 3 minggu duduk rumah, berat badan naik tiga kilo. Seminggu sekilo. HAHA.
-Adios-
4 comments:
ikan patin ker 2??
Joe_Hans:
yup.
hati senang, berat naik laa, haha :p
cik azeya:
haha. betul tu. setuju sangat2. :)
Post a Comment