Followers

:: TUGASAN minggu lepas ::

Assalamualaikum.

Minggu-minggu sudah, saya sudah siapkan dua tugasan. Konon-konon kerja sekolah che'gu bagi la ni. Eh. Bukan dua, tapi tiga tugasan. 1 tugasan datangnya dari che'gu penolong kanan HEM, cik Reena Kamarudin. HEHE.

+++++++++++++++++++++

Che'gu Reena suruh buat lukisan kartun kegemaran. Ops, bukan kegemaran saya. Tapi kartun kegemaran che'gu la. Budak lelaki mana boleh minat kartun ni. HAHA. 

Kenapa budak lelaki tak boleh minat kartun tu? Nak tau kartun ape? Jom! teropong!


Hello! Kitty. Kartun asal warna pink. Tapi sebab takde kaler. Aku pelukis yang miskin. HEHE. Macam ni la jadinya.

+++++++++++++++++++++++

Yang ni che'gu luar negara yang bagi tugasan. Internasionale kata director mamat khalid. Apa yang internasionale sangat tu? Entah! Tapi tak berani la nak cakap gambar siapa. Sebab tak berapa nak 'tepat' dan 'menjadi' sangat. So, pandai-pandai la anda teka. 



+++++++++++++++++++++++++

Itu lah kerja sekolah untuk minggu lepas. Minggu depan cuti CNY a.k.a Tahun Baru Cina. Che'gu nak balik kampung. Jadi, dia kata tak ada kerja sekolah. YEAY!!!

-Adios-





:: aktiviti III minggu ::

Assalamualaikum.

Sepanjang di kampung, ada la beberapa aktiviti dilakukan disana. Panjat gunung, terjun gaung dan mandi lombong. Saya tak buat semua tu. HAHA. Tapi kan, duduk kat kg memang best. Makan free, lauk tiap-tiap hari best. Marvellous! Oh. lari topik sikit.

+++++++++++++++++

Ada III aktiviti sepanjang aku kat kampung. 

1. Ambik buah langsat. Pokok langsat tu kat kebun ABAH. Eh. memang dah lama tak pergi kebun. Seingat saya, last pergi kebun masa tingkatan 2. Tahun 1999 kot. Dulu rajin tolong-tolong. Padahal sebenarnya pergi nak mandi sungai je. Tak ikhlas kan? HEHE


+++++++++++++++++++++++++++++++

2. Memancing bersama para pemancing professional. Mereka tu abang-abang saya. Dorang pemancing tegar. Saya tak berapa nak tegar sangat. Mereka dah merata-rata pergi memancing. Lokasi terbaru di Kenyir. Tak dapat ikut sebab tak ada duit. Oh! sedih. Tapi dengar-dengar nak melayan patin mekong di Batang Kali. Entah la jadi ke tak sebab raya cina, kolam pancing bukak ke? Tapi kalau jadi, nak ikottt~ HEHE


Umpan: perut ayam. Bau memang tak hengat la. Tengok! bukan lalat, tapi langau yang datang. Bau tak bau umpan tu. HUHU.

++++++++++++++++++++

3. Jalan-jalan di tepi pantai. Lokasi: teluk Chempedak. Ombak sangat besar, angin sangat kuat. Memang tak sesuai la kalau nak mandi-manda. Tapi ramai orang dekat situ. Pakwe-Makwe. Pakcik-Makcik. Adek-Kakak. Adek-Adek. Eh. 


++++++++++++++++++++++

Itulah aktiviti aku sepanjang 3 minggu di kampung. Tapi, apa yang pasti, 3 minggu duduk rumah, berat badan naik tiga kilo. Seminggu sekilo. HAHA.

-Adios-

:: semalam yang indah ::

Assalamualaikum.

4 minggu. Lama tu tak update blog. Kemana menghilang? Ada orang kesah? HAHA. Selama 3 minggu saya berada di kampung. Kalau balik kampung, memang susah la nak online. Kat rumah takde internet. Kalau nak main internet pun, kena pinjam maxis broadband kakak. Tapi, tak kan asek nak pinjam je kan? *Hari-hari datang mau pinjam*. 

++++++++++++++++++

Makanya, tu pasal la tak update. Dekat rumah sewa baru dapat update guna streamyx. Terima kasih streamyx. Saya mesti pilih! *tetiba amek hati TM Malaysia. 

++++++++++++++++++

Masa kat kampung, 10hb Januari 2012 dapat panggilan dari School of Graduate Student cakap tarikh viva (pembentangan thesis) 17hb Januari 2012. Hah! terus cuak aku. Makan tak lalu *badan kembang jugak*.


Esoknya terus balik UPM. Seminggu practise. Orang kata practise make perfect. Ceh! yelah tu. Seminggu jugakla cakap sorang-sorang dalam bilik. Dah macam orang meroyan dah aku. Kunci pintu, tutup tingkap pastu memekak dalam bilik. Dah macam orang kurang siuman kena kurung da. HEHE. 

+++++++++++++++++++

Semalam dah selesai VIVA VOCE aku. Alhamdulillah, dengan jayanya aku present. Dapat PASS with minor correction. Ada III results. i) PASS with minor correction, ii) PASS with major correction, iii) FAIL. Tapi sebelum mereka bagi FAIL, ada dapat satu peluang lagi untuk re-VIVA. So, sekarang aku dah pra-merdeka. Eh. Ada pra la pulak. HEHE

+++++++++++++++++++

Sekarang dah lega sikit. Boleh la lepak2 sekejap. Nanti dapat report untuk correction thesis. Kena siapkan dalam masa 2 bulan pulak. Sibuk la time tu. Oh! semalam Dr. recommend suruh mintak lecturer ekonomi di KUIS. Satu peluang yang menarik tu. Tengah fikir tawaran tersebut. 

-Adios-

:: entri pertama 2012 ::

Assalamualaikum.

wah!!! lama sungguh tak menaip disini. Dah sebulan rasanya. Hari ni baru sempat melepaskan rindu di blog yang kucintai dan kusayangi ini. *Eh. buang tabiat pulak.

+++++++++++++++++

Entri malam ni sebagai pembuka kata dan bicara saje. Bukan tiada idea. Cuma skill mengarang ayat tu dah hilang. Ceh! poyos jek. Entri pertama 2012 ni. Dah 17 hari dah baru dapat buat entri pertama 2012. Ketinggalan sungguh la aku. 

++++++++++++++++++

Thanks pada yang datang melawat blog ni. Terima kasih sebab follow *kalau ada la. Nanti saya follow anda semula. Untuk malam ni, ini saja yang dapat diluahkan. HEHE.

Tapi esok atau lusa mungkin ada cerita terbaru. Nantikan yea? *sekali lagi poyos.

-Adios-

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...