Followers

:: cabutan bertuah Al-Awfar ke-13::

Assalamualaikum
Hari ini aku mahu berbicara tentang 'cabutan bertuah' 
sesiapa yang tahu atau tidak tahu
bank islam ada buat cabutan bertuah
untuk pelanggan yg membuka akaun al-awfar
jadi, semalam 28hb june ada cabutan
untuk quarterly draw, hadiah utama rm200k
wow!! hadiah kedua rm20k
hadiah sampingan rm1k dan rm500

hari ni nama telah diumumkan di laman web bank islam
orang yg paling bertuah bulan ni adalah
en. abdullah bin hussain dari jerteh
nama dah sama nama ayah aku, :)

ok! nama aku takde sbg penerima utama
takpe! aku check penerima kedua, bukan jugak
check lagi kot2 dapat rm1k, pon takde jugak
check untuk rm500, takde lagi
aduhai! sedih sesedih sedihnya. :'(
memang takde rezeki la. Musnah angan-anganku. Hehe

Takpelah, belum ada rezeki la tu.
tunggu next cabutan utk monthly draw pulak
hadiah rm100k, kedua rm10k
26hb Julai
Harap-harap nama aku akan di 'pick' la
HeHe :)
next quarterly draw bulan september lak
-jangan berhenti mengharap. hehe-

:: haaa! semput!!! check nama tadi :) ::

:: bilik bujang = bersepah? ::

Assalamualaikum
Selamat malam dan semoga semua ceria selalu
Hari ni aku nak berbicara tentang hidup seorang bujang
 
pernah dengar dialog ni tak?
"ala..bujang kot, sepah-sepah sikit biasa la tu"
tak pon ayat ni
"biasa la orang bujang, bilik mesti macam tongkang pecah"
 
oh! skeptikal sungguh terhadap orang bujang
terutamanya lelaki bujang.
kenapa bilik seorang lelaki bujang biasanya bersepah
penuh pakaian kotor merata-rata
sampah makanan tak usah cerita la
kalau kemas katanya macam bilik anak dara la
nanti hilang ke-maskulin-an nya la.
Hurm! apa-apa ajelah ye~

Bersih tu kan digalakkan dalam islam
Dulu, masa sekolah, sblm bermula sesi pembelajaran
ada cekgu yg check belakang kelas (tong sampah)
kalau penuh melimpah ruah, kami kena buang dulu
kata cikgu "ilmu tak melekat kalau belajar kat tempat yang kotor"

lagi satu kalau bilik kotor,
macam mane nak bersolat?
Kan dituntut untuk bersolat
dalam keadaan yang bersih lagi suci?
-alamak dah macam iklan pencuci pulak-
 
 
-bilik ni tak la kemas sangat, tapi tak la serabut :)-

jadi, aku malas nak berbicara panjang
cuma nak nasihat sahaja
kepada lelaki bujang terutamanya
jagalah kebersihan bilik tidur anda
-kebersihan bilik anda, tanggungjawab anda-

hadoi!!!semput!!!!!!!
 
:: entri ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sedang pengsan ::

:: ingat MATI ::



kematian itu adalah pasti
mengingatinya itu jihad
 bermuhasabah diri tentang kematian itu 
 memberi kita pahala
menjurus kita untuk melakukan kebaikan amal soleh
menjauhkan diri kita dari melakukan kemungkaran
kerana takutnya akan kematian
yg sememangnya pasti berlaku
yg sememangnya pasti kita semua hadapi
jadi siap sedialah dengan kelangkapan
 amal ibadah selengkapnya
 utk bekalan di alam kubur nanti
insyaAllah.

:: RENUNG-RENUNGKAN ::

:: lawak SADIS ::


Assalamualaikum dan selamat petang
Untuk segmen manisnya kurma ini
nak share 1 lawak sadis. :)
tapi ni cilok dari blog IM Hassan


Di sebuah kg ada 3 remaja yg suka melepak. Namanya Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" . Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jgk lg. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi. Kalau tak, lagi dasat aku
semayang. He heee..."


Tok imam pun terkedu & terpana.

:: PTPTN hentikan pinjaman ::



Assalamualaikum w.b.t
Entri ni adalah peringatan untuk para pelajar
yg menjadikan wang ptptn sebagai sumber kewangan
semasa dalam pembelajaran di kampus

PTPTN telah menghentikan pembiayaan kepada pelajar
yang memperoleh GPA dibawah 2.00
Cerita ni, bukanlah cerita baru
zaman aku belajar masa undergraduate pun
telah dilaksanakan mende alah ni

tapi PTPTN akan sambung pembiayaan semula
kalau semester berikutnya dapat GPA lebih 2.0
berusahalah gigih sikit

Mana yang pinjaman disekat
memang sakit la nak hidup 1sem tu
mana yang ada sumber lain tu ok la
tapi, mana yg bergantung penuh dengan duit PT
memang makan meggi la setiap hari
-pengalaman rakan-rakan-

Tapi lepas habis belajar
mereka akan bersyukur
sebab pinjaman mereka kurang berbanding yang dapat penuh
jadi, mereka kurang la membayarnya
-seriously, aku penat nak bayar ptptn, tapi hutang kena bayar-


:: GENTING penaja ASTON VILLA ::


Assalamualaikum
khas entri untuk peminat bola sepak EPL
-pasal penajaan je, bukan pasal pindahan pemain-
Genting menjadi penaja utama
kelab bola sepak England, Aston Villa
bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013

jersi pasukan AV sama ada ketika (H) or (A)
akan dilengkapi dengan logo Genting selama 2 musim

Tapi, jumlah penajaan sebenar tidak didedahkan
Jom speku, agak2 berapa juta genting taja kan?

gambar: kredit to kosmo


:: Juara MAHARAJA LAWAK ::

Assalamualaikum
Dah bangun dari tidur ke?
Kalau dah bangun, sila ke bilik air dulu ye
Cuci muka, gosok gigi tu.
Pastu sarapan, dah kenyang baru dtg sini semula
Dah sarapan? Ok bagus!

Siapa juara ML yang pertama?
Siapa? Siapa?
Mestilah trio terhebat alaf ni
SEPAH
-habis madu sepah dibuang-

sepah juara maharaja lawakgambar: kredit to mstar
Juara menerima hadiah RM350 000
bahagi 3 orang, kaya gak la
sorg dapat rm1ook lebih

Naib juara menerima RM250 000
dimenangi oleh JOZAN
-kenapalah mak jemah+mail lambung tak menang?-
setiap sorg dapat rm125 000
ok la tu, beli rumah sebijik

Ke-3 menerima rm150 000
dimenangi oleh NABIL

dan ke-4 dapat rm50 000
dimenangi oleh JAMBU
-muka lagend hati cute-

Tapi bagi aku, Nabil yg paling bertuah
sebab dia bolot sorg hadiah tu
kiranya walaupun dia kalah
tapi dia still dapat hadiah yang paling tinggi
tak dapat no.1 pon takpe
kan Nabil??kan??kan??

:: Finalist Imam Muda ::



Assalamualaikum dan salam muhibbah
Cepat sungguh update pasal Imam Muda
Padahal baru je habis kurang 10 minit
Takpe! Takpe! semangat punya pasal
Sementara ada masa
Esok lusa entah sibuk pula

Seperti yg diketahui
dan sesiapa yg masih belum mengetahui
dua calon imam muda yang dapat melangkah ke akhir
adalah:
1. Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahaya

imam muda hassanSedikit biografi tentang beliau:
"Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan."

2. Imam Muda Nazrul Izwan

imam muda nazrulsedikit biografi tentang beliau:
"Seorang anak kelahiran Segamat, Johor. Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak. Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C). Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya. Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan."


: secara peribadi, aku memang kagum dengan mereka
pandai berhujah lengkap dengan dalil aqli dan naqli
IM Hassan sentiasa dengan senyumannya
dan IM Nazrul petah bicaranya
SubhanALLAH.
Semoga berjaya dunia akhirat buat mereka berdua


Kau dan Aku_Hassan Adli
Carik lagu ni versi mp3 tapi tak jumpa

:: TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ::

:: NEW I-PHONE 5 ::


As-salam dan selamat sejahtera
Hari tu gua ada cerita kat lu orang pasal the latest nokia kan?
Sekarang gua nak cerita pasal i-phone pulak
Apa??
Eh! bukan! bukan! gua bukan tokey kedai hp
Gua saje update hp latest utk lu orang.
Haiya! gua cakap macam cina peranakan loo~ :D

i-phone baru ni sangat chumel
memikat hati dan sanubari gua
pulak tu warna hijau
mcm itu katak pisang punya warna.

Lu orang mau nengok ke?
Gua upload utk lu orang k?
Tunggu!! Tunggu!!

3.
2.
1.

NAH!!!

i-phone barubentuk macam itu bekas compact powder.
HuHu.
sebelom ape2, baik gua cabot lari.



:: ketenangan dalam hidup ::


Apabila kita duduk termenung
memikirkan nasib diri
merenung mereka yang disana
hidup penuh keseronokan dan kebahagiaan
Namun, kita tidak sedar tentang
erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.



''Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun"

"Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang
ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun"

"Cukuplah bagi kami ALLAH
DIA-lah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

: JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA :

:: BEAST in MALAYSIA ::

As-salam and good morning
Today, we talk talk about beast
U know beast?
If u don't know, do i care?
HuHu

Ape aku meroyan speaking omputih plak ni?
HuHu. Ok Beast akan mewakili Korea Selatan
di MTV World Stage Live in Malaysia 2011
di i-City Shah Alam pada 24 Julai 2011.

Kepada peminat-peminat K-Pop tu
mesti sangat teruja nak pergi.
Aku tak tau sangat lagu-lagu popular dorg
Cume lagu SHocK je aku layan.



LAYANZZZZ!!!!

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...