Followers

:: bilik bujang = bersepah? ::

Assalamualaikum
Selamat malam dan semoga semua ceria selalu
Hari ni aku nak berbicara tentang hidup seorang bujang
 
pernah dengar dialog ni tak?
"ala..bujang kot, sepah-sepah sikit biasa la tu"
tak pon ayat ni
"biasa la orang bujang, bilik mesti macam tongkang pecah"
 
oh! skeptikal sungguh terhadap orang bujang
terutamanya lelaki bujang.
kenapa bilik seorang lelaki bujang biasanya bersepah
penuh pakaian kotor merata-rata
sampah makanan tak usah cerita la
kalau kemas katanya macam bilik anak dara la
nanti hilang ke-maskulin-an nya la.
Hurm! apa-apa ajelah ye~

Bersih tu kan digalakkan dalam islam
Dulu, masa sekolah, sblm bermula sesi pembelajaran
ada cekgu yg check belakang kelas (tong sampah)
kalau penuh melimpah ruah, kami kena buang dulu
kata cikgu "ilmu tak melekat kalau belajar kat tempat yang kotor"

lagi satu kalau bilik kotor,
macam mane nak bersolat?
Kan dituntut untuk bersolat
dalam keadaan yang bersih lagi suci?
-alamak dah macam iklan pencuci pulak-
 
 
-bilik ni tak la kemas sangat, tapi tak la serabut :)-

jadi, aku malas nak berbicara panjang
cuma nak nasihat sahaja
kepada lelaki bujang terutamanya
jagalah kebersihan bilik tidur anda
-kebersihan bilik anda, tanggungjawab anda-

hadoi!!!semput!!!!!!!
 
:: entri ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sedang pengsan ::

No comments:

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...