Followers

:: Finalist Imam Muda ::



Assalamualaikum dan salam muhibbah
Cepat sungguh update pasal Imam Muda
Padahal baru je habis kurang 10 minit
Takpe! Takpe! semangat punya pasal
Sementara ada masa
Esok lusa entah sibuk pula

Seperti yg diketahui
dan sesiapa yg masih belum mengetahui
dua calon imam muda yang dapat melangkah ke akhir
adalah:
1. Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahaya

imam muda hassanSedikit biografi tentang beliau:
"Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan."

2. Imam Muda Nazrul Izwan

imam muda nazrulsedikit biografi tentang beliau:
"Seorang anak kelahiran Segamat, Johor. Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak. Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C). Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya. Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan."


: secara peribadi, aku memang kagum dengan mereka
pandai berhujah lengkap dengan dalil aqli dan naqli
IM Hassan sentiasa dengan senyumannya
dan IM Nazrul petah bicaranya
SubhanALLAH.
Semoga berjaya dunia akhirat buat mereka berdua


Kau dan Aku_Hassan Adli
Carik lagu ni versi mp3 tapi tak jumpa

:: TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ::

No comments:

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...