Followers

:: Salam Lebaran ::


Alhamdulillah, sekarang sudah masuk 17 ramadhan 1432H. Sedar tak sedar, dah lebih separuh ramadhan kita lalui. Saya teringat kata-kata seorang ustaz masa kuliah subuh, "bukan berapa berat badan kita yang tinggal yang harus kita fikirkan, tetapi berapa berat amalan kita yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan". Oh! saya begitu terkesan dengan ayat pak ostad tersebut. 

Mungkin esok (khamis_18 Ramadhan) akan pulang ke kampung. Jadi, di kampung kurang aktiviti men-sosial-kan diri di facebook, twitter mahupon blog. Oleh kerana itu, saya akan meng-ofline selama beberapa minggu. Kalau ada peluang, baru boleh online. Tu pun kadang-kadang.

Kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa dan tersilap kata-kata. Halalkan apa yang terlebih dan terkurang. Salam lebaran dan salam aidilfitri.

Dua Tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua Tiga hari lagi aidilfitri akan kembali
Sambutlah ia dengan riang.

Pak Aji kacau dodol
Mak aji anyam ketupat.
-OK! tu je yang nak bagitau. :)-

:: wordless wednesday #3 ::


setiap hari rabu, para blogger akan upload satu gambar dan membiarkan gambar tersebut tanpa caption. BIAR GAMBAR BERBICARA sendiri.

:: Fitnah di Bulan Puasa ::

Assalamualaikum.
Salam 13 ramadhan dan semoga berada dalam lingkungan hidayah-Nya. Malam ini, blog BIAR AKU BERBICARA mahu berbicara tentang penyebaran fitnah sejak akhir-akhir ni. Seperti yang anda sedia maklum, semenjak kebelakangan ni, heboh tentang kononnya siapa disebalik penulis blog 'you-know-who' yang menghina islam dalam setiap penulisannya. Sehinggakan banyak yang dah share pasal benda ni di facebook. Ada yang keji, caci dan maki wanita tersebut. Ada yang mengugut mahu dicederakan dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya, ternyata orang yang dikatakan sebagai penulis blog tersebut adalah orang yang salah. Agaknya apa perasan 'tertuduh'?. Bagi aku, besar jugak dugaan yang diterimanya. Siapa yang sanggup menanggung kata-kata hina dan keji serta makian dari orang, walhal orang tu tak bersalah pon dan tiada kena mengena dengan blog 'you-know-who'. Pihak yang menuduh telah pun memohon maaf kepada tertuduh. Cuma aku tertanya-tanya mereka yang terlibat menge-post dan menge-share dalam FB tu pulak camne ek? Ok! aku tak terlibat, itu urusan antara mereka dengan tertuduh.

Yang kedua pulak pasal group 'menjadi ibu bapa adalah terbaik dalam hidup saya' yang dikatakan sebagai kumpulan penculik kanak-kanak dan pedophilia. Berita berkenaan dikatakan dipetik dari Fox News bertarikh 5hb. Aku pon pergi la check group tu. Tapi malangnya, aku tak nampak pulak sesuatu yang mencurigakan dalam group tu. Yang curiganya berita tu diambil dari fox news. Cuba korang bukak website fox news tu? Berita dari luar negara kot. Berita-berita besar yang berlaku di US dan rantauannya sahaja yang termuat dalam tu. Lagipon tarikh 5hb tu entah bulan dan tahun berapa. Tak logik langsung kalau ia terselit berita yang picisan tu dalam web tersebut. Lainlah kalau keluar muka depan kosmo ke, metro ahad ke, baru lah sedikit logik. Tak pasal admin group tu kena fitnah dan terus tinggalkan group tanpa admin. yelah, daripada dicaci maki atau sesuatu yang teruk bakal berlaku kemudian, baik dia remove dirinya as admin. 

Banyak lagi kalau nak diceritakan, tapi cukuplah sedikit ni sahaja. Bukan tak boleh nak berhati-hati, tapi biarlah selidiki dulu kesahihan berita tersebut. Jangan konon ghairah nak kongsi dengan orang lain di FB, sampaikan orang yang tak bersalah jadi mangsa fitnah. Ingat! dosa dengan ALLAH senang kita nak mohon ampun, tapi dosa dengan manusia susah nak mintak maaf. 

:: suhur itu ertinya sahur ::

Assalamualaikum
Hari ini blog BIAR AKU BERBICARA ingin memberitahu anda tentang suatu info yang berguna kepada anda. Apa ertinya suhur. Suhur itu adalah perkataan sebenar dalam bahasa arab yang bererti sahur. Info ni aku belajar dari abang sham kamikaze di facebook beliau. Dulu abang sham ajar tentang muzik, tapi sekarang beliau ajar rakan-rakan facebook tentang islam. Syukur Alhamdulillah, aku lebih menyukai imej dan perwatakan beliau yang sekarang. 
Mulanya Abang Sham tulis di wall facebooknya ''selamat bersuhur''. Aku yang tak tau ni balas la komen '' 'a' dan 'u' tu sangat jauh". Then, abang sham bagi la sedikit penerangan tentang istilah sahur. Kan dah malu aku disitu. Rasa macam nak delete akaun facebook pon ada. Erk! Tapi abang sham kata takpe. Tapi, korang percaya tak abang sham kamikaze balas komen aku? Oh! tak percaya ek?
 
Nah! bukti!!!
 

Walaupun agak malu dengan komen sendiri, tapi takpelah. Itu namanya proses pembelajaran. Pasni, bila ada orang tulis perkataan 'suhur', atleast aku dah tau maknanya. Korang pon, pasni jangan nak gatai-gatai cakap 'a' dengan 'u' tu jauh ek. HeHe. Walau apapun, hope abang sham akan kekal dengan imej dan perwatakan beliau seperti itu selama-lamanya. Mudah-mudahan. INSHAALLAH. :)

:: wordless wednesday #2 ::


setiap hari rabu, para blogger akan upload satu gambar dan membiarkan gambar tersebut tanpa caption. BIAR GAMBAR BERBICARA sendiri.

:: bazaar!! bazaar!! bazaar!! ::

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Sejak awal ramadhan sampai hari ini 8 ramadhan, orang asyik dok sebuk cerita pasal bazar ramadhan. Cerita pasal apa? Haa!!! Mesti la cerita pasal harga makanan yang dijual di bazaar. Juga kualiti makanan yang dijual di situ. Start awal ramadhan, pembeli dah komplen harga kuih mahal la, harga lauk mahal la, harga murtabak mahal la. Pendek kata, semua la mahal kat situ. Nak buat macam mana, memang harga barang tengah naik sekarang ni. Barang Naik la katakan. Ops!! Tu belom lagi kata, "Oh! menyesal beli kuih kat kedai tu". Atau "Damn! makcik tu jual kuih macam nak beli BMW hujung bulan ramadhan ni ke ape?". Juga ayat camni "Pakcik! ko nak gi umrah balik hari ke ape?". Haha. 
Harga makanan mahal satu hal. Kalau berbaloi beli memahal tapi sedap takpe. Pembeli puas hati. Pastu ada pulak yang komplen kuih basi, kuih tak sedap, lori garam eksiden masuk dalam lauk la. Lauk recycle la. Lauk ada taik lalat la. Macam-macam hal dorang ni. Kengkadang baca pon rasa macam nak tergelak. Agak-agak camne muka tergelak dalam kesian? OMG!! Huhu.
Kalau pergi bazaar, semua nak beli. Pantang depan mata, itu nak, ini pon nak. Sedar-sedar tangan dah penuh dengan 10 beg plastik warna oren. Hehe. Bawak balik rumah cakap itu ini tak sedap. Yang sedap kat bazaar tu cuma nafsu je. Benda simple je kengkadang kita nak merasa jugak kononnya. Waima cekodok pon nampak sedap kalau dah nafsu makan tu bergelora sangat. Hihi.
Tapi itu kisah orang. Bukan kisah aku. Sepanjang ramadhan tahun ni, memang aku belom pernah menjejakkan kaki di bazaar lagi. Di sri serdang pon bazaar tak meriah sebab student UPM takde. Memang gerainya seciput jelah. Lagi pon aku lebih rela tak pergi bazaar daripada bersesak-sesak, nak jalan pun susah kat bazaar tu. Alahai! Semput!!!!
So, kesimpulannya aku berbuka sahaja di Masjid UPM. Tak perlu nak ke bazaar. Tak perlu bersesak-sesak, tak perlu beratur panjang. Jimat tenaga. Nak masak kat rumah memang malas. Kalau masak pon, housemate semua berbuka di masjid. Takkan aku nak berbuka sorang-sorang kat rumah. Tak happening langsung!!Haha. Boleh berbuka dengan international student, pakej dengan solat maghrib berjemaah sekali.

:: beli kereta guna duit syiling ::

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah yang lain. Hari ini BIAR AKU BERBICARA tentang beli kereta bayar guna duit syiling. Fuiyo!!banyak tu duit syiling untuk beli kereta. Jenuh penjual kereta tu nak kira berapa 'hengget' duit syiling tu. Tapi ini bukanlah terjadi di Malaysia, tapi di China. Dikatakan seorang lelaki datang membeli kereta tapi nak bayar guna duit syiling. Bertimbun kot duit syiling dia. Cantik tersusun kemas. 

Mesti dia simpan duit syiling ni dari kecik sampai banyak camni. Aku pon nak simpan duit syiling jugak la. Seploh tahun boleh la beli kereta macam dia ni. Gambar bawah ni duit syiling yang aku simpan dari tahun 2008. Agak-agak berapa la duit syiling yang aku dah kumpul ek?!. Dan berapa lama lagi baru dapat beli kereta BMW ek?! Oh! semput!!!!!



:: menabung amalan mulia ::

:: duit baru RM6 ::


Assalamualaikum
Kali ini BIAR AKU BERBICARA tentang duit baru RM6. Dikatakan duit ni akan dikeluarkan sempena syawal 2011. Wah!! wah!! wah!! dapat duit baru la budak-budak nanti kan? Kaya la bebudak raya tahun ni. 

Kalau dah 10 orang bagi duit ni, dah dapat rm60 kan. Tapi rasa-rasanya duit ni bakal popular di Malaysia. Nak nengok tak duit baru rm6 ni?
Ni dia!!!
..
..
..
..
..
..
..
..

:: cabutan Al-Awfar ke-14 ::

Assalamualaikum.
BIAR AKU BERBICARA ingin memberi ucapan tahniah kepada para penerima cabutan bertuah Al-Awfar ke-14. Hadiah pertama Rm100,000. Raya sakan la tahun ni. Bertuah sungguh mereka. Saya?? Masih belum bertuah. Sedih~

1st Prize x 1  RM100,000

1
ROHAINI BT MOHD MURAD
BAYAN BARU

2nd Prize x 1  RM10,000
2
TETUAN BADAN MASJID FELDA JENGKA 03
JENGKA

3rd Prize x 20  RM1,000

3
RABAEI BINTI ISMAIL
KELANA JAYA
4
MOHET BIN HUSSIN
PONTIAN
5
HAMIDAH BINTI MOSTAFA
SUNGAI PETANI
6
RUMAIZI BIN MOHAMAD
KOTA KINABALU
7
MARIANA BINTI MOHD DAKIR
PUTRAJAYA
8
HAJJAH AZIMAH BINTI HAJI ABDUL RANI
JASIN
9
TETUAN SURAU NURUL IMAN
SRI MANJUNG
10
NOR AKMAR BINTI MOHD NORDIN
PUTRA SQUARE, KUANTAN
11
ROHANI BINTI MAHMOOD
GEORGETOWN
12
RIDZUAN BIN KAMARUDDIN
JALAN TUN RAZAK
13
AINNUR INSYIRAH BINTI MOHD KHAIRUL ANWAR
BUTTERWORTH
14
SUHANA BINTI SANATORA
PORT DICKSON
15
PRAKASH A/L P.RAGHAVAN
KLUANG
16
NORSIAM BINTI RAUDIN
TAMAN TUN DR ISMAIL
17
AMINUDDIN BIN ZAKARIA
SUNGAI PETANI
18
ABU BAKAR BIN KARIM
MASJID TANAH
19
MOHD FAUZI BIN BASRI
BAGAN SERAI
20
SULONG RASIT
KUCHING
21
SULONG RASIT
KUCHING
22
HARIS BIN MOHAMAD ISA
GUA MUSANG

:: wordless wednesday #1 ::


setiap hari rabu, para blogger akan upload satu gambar dan membiarkan gambar tersebut tanpa caption. BIAR GAMBAR BERBICARA sendiri.

:: women with soap ::

Assalamualaikum
Hari ini BIAR AKU BERBICARA tentang women with soap. Kalau soap opera tu standard la dengan women. Tapi ni betul-betul soap punya. Biasanya lelaki yang selalu dikaitkan dengan sabun. Eh?! Puasa!! Puasa!! Jangan macam-macam ye! Oklah. Nak dijadikan cerita, ada seorang perempuan ni suka makan sabun. Bukan kat Ma;aysia, ni kategori luar negara punya cerita.

.

"Pada ketika mandi,saya suka menjilati busa sabun dan membuat gelembung pada mulut saya. Ia terasa seperti di surga.Saya suka kebersihan,memakan sabun membuat saya merasa lebih bersih daripada sekadar menggunakannya".

Pelik-pelik manusia sekarang. Ada yang suka makan sofa la, makan besi la, makan kaca la, padahal banyak lagi makanan yang tak memudaratkan kesihatan yang boleh dimakan. Tapi kalau makan jambu BATU, ubi KAYU, belimbing BESI, pucuk PAKU tu masih dalam kategori normal la. OH! teringat pulak lagu jalil hamid_makan. Tapi itu semua ketentuan yang MAHA ESA. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
:: wassalam ::

nota kepala lutut: ini tidak dikira sebagai mengumpat kan??? ia adalah sekadar peringatan.

 .

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...