Followers

:: wordless wednesday # 7 ::

Assalamualaikum


Wordless Wednesday untuk minggu ini.

-Adios-

:: saya minta maaf ::

Assalamualaikum.

Dah lama tak menyuruh jari-jemari ini menaip bait-bait kata. Blog ni rasanya telah ditinggalkan hampir 3 minggu tanpa sebarang update. Kesian. Mungkin banyak sawang-sawang. Dan lantainya juga berhabuk. Penat la nak mengemas semula. Ada sesiapa yang mahu membantu? HaHa

+++++++++++++

Berbalik kepada tajuk asal. Aku nak mintak maaf la pada mereka yang sudi singgah di blog ni. Mereka yang telah tinggalkan komen di entri-entri yang terdahulu. Juga kepada mereka yang follow blog ni. Dan mereka yang tinggalkan komen di kotak jerit a.k.a shoutbox. Tak sempat nak terjah blog korang semula. Tak sempat nak balas komen kat shoutbox. Ada beberapa blog je yang sempat diterjah dan sempat di follow kembali.

++++++++++++++

Sekali lagi aku nak mintak maaf ye. Jadi, aku dedikasikan lagu ''aku maafkan kamu'' dari Jamal Abdillah ft. Malique untuk aku. Eh. boleh ke dedikasi untuk diri sendiri. HaHa. Apa-apa je lah.

-Adios-

:: yang turun hanya hujan ::

Assalamualaikum.


Hari ni malas nak tanya dah makan ke belum. Tapi nak tanya "dah pergi shoping ke belum? Jom shopping".  Sekarang dengan hanya RM1.00 boleh dapat apa je kan? Kalau dulu boleh dapat gula-gula choclair *betul ke ejaan ni* 10 biji. Sekarang 5 biji pon tak sampai. Nak 10 biji jugak kena tambah lagi duit. 

+++++++++++

Semakin hari, harga barang semakin naik. Kalau tanya economist, bukan harga barang yang naik tapi nilai wang yang sentiasa turun. Yang berpendapatan tu boleh menanggung lagi perbelanjaan harian. Tapi, bagi pelajar yang bergantung pada duit pinjaman macam mana? Syukur, zaman aku belajar dulu, harga barang tak tinggi seperti sekarang. Tapi makan pun kena berjimat juga masa tu. Almaklumlah duit ptptn bayar yuran je, tinggal la beberapa RM untuk makan utk 1 sem + beli buku + enjoy. Eh enjoy tu kadang-kadang je. Itu pon pergi tengok wayang sekali dua je. 

++++++++++++

Kalaulah setiap barangan atau makanan yang kita nak beli tu ada student price kan best. Tunjuk je kad matrik, boleh dapat bayar dengan separuh harga. Kot-kot ada kedai 1Mahasiswa, ala-ala kedai 1Malaysia. Dengan tagline nya "everything you can buy". Eh. Banyak cekadak kau nak harga murah. Silap-silap kena usir pulak. Nyah kau dari sini!!! HaHa. 

++++++++++++

Jadi, bersiap sedia je lah dengan kenaikan harga barang setiap tahun. Yang pasti, yang turun hanya HUJAN.



-Adios-

:: resepi mak jemah: cekodok ikan bilis ::

Assalamualaikum.

Apa khabar anda-anda yang sedang berada di hadapan laptop, pc ataupon ipad1, ipad2, samsung galaxy tab. Ok cukup. kalau nak senaraikan semua sampai besok pon tak habis. tapi biasalah mukadimah setiap entri mesti mengarut dan tiada kaitan dengan tajuk asal.

+++++++++++

Sekarang musim hujan. Petang-petang selalu hujan. Hujan rahmat. Alhamdulillah. Jadinya, time hujan kalau makan cekodok cicah sos cili memang best. Tapi aku tak tau buat cekodok. Makanya, aku call mak Neng. Alamak! mak Neng pergi honeymoon dengan abang Jem la pulak. Adeh jem kepala otak aku. Takpe! aku baru teringat mak Jemah pandai buat cekodok. Cakap je cekodok apa, semua resepi tersimpan dalam iphone 4s dia tu. Wow! mak Jemah ada iphone 4s tu. Hebat!!!

++++++++++++

Ape lagi, mak Jemah suruh datang rumah dia belajar buat cekodok. Mak Jemah kata bukan susah nak buat cekodok. Letak tepung pastu letak kodok. Ok! tak lawak la mak jemah. Nak je aku letak kodok dalam mulut dia. Binawe punya mak Jemah. Cara buat cekodok ikan bilis ikut resepi mak Jemah:


:: belah dua ikan bilis biar kecik sikit. baru boleh dapat banyak. Rahsia penjimatan dari aku. Bukan dari mak Jemah sebab dia suka ikan bilis besar-besar. Pelahap mak Jemah ni. ::


:: Kemudian bancuh tepung dengan sedikit garam dan air secukupnya. Pastikan air tak kurang dan tak lebih. Kalau kau masukkan air satu baldi, kau letak tepung gandum berkampit-kampit. Pastu sedekahkan lah cekodok kau tu dekat masjid berhampiran. ::


:: Hasilnya. Boleh la dimakan dengan sos cili, sos tomato atau sos tiram. Ikut kehendak korang masing-masing la. Tambah pulak air milo panas. Eh apa barang milo. Hot choc la kata mak Jemah. Mak Jemah memang camtu. Almaklumlah guru tari af kan kaya. HaHa.

+++++++++++++

Dah siap, apa lagi. Aku bawak cekodok sepinggan balik rumah. Nanti aku korek resepi lain pulak dari mak Jemah. Resepi mak Jemah pon bukan grand mana sangat pon. Hebat lagi resepi mak Neng. HaHa. 


-Adios-

:: panas dihati siapa yang tahu ::

Assalamualaikum.


Gambar daripada wordless wednesday yang lalu. Pastinya ramai yang pernah kehilangan selipar di surau atau masjid kan? Kebiasaanya lelaki yang selalu alami perkara ni. Perempuan pun ada jugak. Dan kebiasaannya hilang pada solat hari jumaat, hari raya aidilfitri dan hari raya aidil adha. Juga solat tarawih.

+++++++++++

Aku pernah hilang selipar beberapa kali lepas solat jumaat. Selipar aku bukannya mahal sangat pun. Buy 1 get free 1 lah. Kategori selipar jamban je. Cuba taip "selipar jamban" kat google.com. Tu lah selipar aku pakai pergi masjid. Tapi boleh hilang juga. Selalunya orang tu tertukar. Eh yeke? Pernah tunggu di masjid sampai orang balik. Kot-kot ada selipar lebih untuk aku. Memang ada selipar yang tinggal sejibik macam selipar aku. Tapi tapak selipar tu memang dah nipis. Aku punya tebal lagi sebab baru lagi beli. Ntah-ntah tu selipar orang jugak. Takpe. Aku rela berkaki ayam balik rumah dari masjid. Aku redha. Panas di kaki boleh dirasa, panas di hati siapa yang tahu. Uncle Karam melaporkan. Eh.

++++++++++++

Ada yang cakap "kau rembat je selipar yang ada kat situ". OH! itu bukan jenis aku. Kau rembat selipar aku, aku rembat selipar pak meon. Maksudnya dua-dua sama jahanam. Aku tak mau di sumpah seranah orang. Tapi aku selalu sematkan dalam hati "Oh mungkin dia 'ter-ambil' selipar aku". Baik tak aku? Ye. Memang BAJET. HaHa


-Adios-

:: wordless wednesday #6 ::

Assalamualaikum.



wordless wednesday untuk hari ini.

:: Entri untuk 1.11.11 ::

Assalamualaikum.

Entri untuk 1.11.11. Jangan ambil serius. Ini cuma lawak jenaka sahaja. 

++++++++++++++


+++++++++++++

Perbualan antara AYAH dan ANAK.

Son : Dad, do you believe in ghosts ?

Father : No son, there are no ghosts.

Son : But our maid told me that there are ghosts.

Father : Son, pack up your luggage. We have no maid in our house. 

++++++++++++

Kan dah cakap. Lawak jenaka saja. Eh tak lawak ke? 


-Adios-

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...