Assalamualaikum
Kali ini biar aku berbicara tentang kemanakah setiap amalan yang telah anda lakukan akan dibawa? Sumber untuk entri kali ini adalah diambil daripada majalah solusi isu 32.
Setiap amalan yang dilakukan akan dibawa oleh malaikat pembawa amalan dan perlu melalui 7 pintu langit dan dipastikan oleh setiap malaikat penjaga setiap langit sama ada melepasi pintu seterusnya atau sebaliknya.
pintu 1 :- Malaikat membawa amalan yg mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit pertama: "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat naik ke langit seterusnya."
pintu 2 :- Jika berjaya melepasi pintu 1, malaikat pembawa amalan sampai ke pintu 2. Berkata Malaikat penjaga pintu: "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya, dia mendapat keuntungan di dunia".
pintu 3 :- Malaikat membawa amalan seperti pahala sedekah, solat dan puasa. Melepasi langit 1 dan 2, tetapi ditahan oleh Malaikat pintu 3 dan berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai".
pintu 4 :- Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa sehingga melepasi pintu ke-4. Berkata Malaikat penjaga langit: "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya".
Pintu 5 :- Amalan dibawa berseri-seri. Malaikat penjaga langit berkata: " Berhenti dan buangkan amalan ini pada orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya".
pintu 6 :- Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Berkata Malaikat penjaga langit: "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNYA yang menghadapi kesusahan".
pintu 7 :- Berkata Malaikat Sum'ah (ingin masyur): "Aku akan menghalang amalan orang yang riak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut".
Jika melepasi ke semua pintu langit tersebut, amalan kita akan bertemu Allah. Amalan hamba seperti solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam dan berzikir dibawa sehingga dapat sampai kepada Allah s.w.t. Ketika itu Allah berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-KU ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-KU dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku".
:: semoga setiap amalan kita sampai kepada-Nya. ::
No comments:
Post a Comment