Followers

:: johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 ::

Assalamualaikum. 
Malam ini, BIAR AKU BERBICARA tentang keputusan pemenang bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-53 yang berakhir pada hari ini 23 Julai 2011.
Tahniah buat peserta Malaysia kerana mengungguli JOHAN bagi kategori Qari dan Qariah. Qari mendapat markah sebanyak 89.26% manakala Qariah mendapat markah 88.33%. Bagi kategori Qari, berikut adalah senarai kedudukannya:
2. Filipina
3. Mesir
4. Iran
5. Brunei
 
Bagi Qariah, senarai kedudukan adalah seperti berikut:
2. Indonesia
3. Singapura
4. Brunei
5. Filipina
Tetapi apa yang memeranjatkan aku tadi adalah scene dimana Dato' Hassan Azahari nak terjatuh dari tangga semasa menerima penghargaan untuk barisan juri. Memang terasa cuak la aku dibuatnya. Syukur alhamdulillah tak jatuh. Dalam hati aku cakap, kenapa tiada orang mengiringi beliau? Atau mungkin penganjur terlepas pandang agaknya. Lepas tu, baru ternampak ada pengiring untuk penerima penghargaan bagi pembaca yang agak berusia.
 
Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat Qari dan Qariah Malaysia. Saya sangat berbangga dengan kalian berdua. 

:: HIGHLANDS and SEASIDE ::

Assalamualaikum
Apa khabar? semoga sihat hendaknya. Untuk hari ini, BIAR AKU BERBICARA tentang destinasi percutian yang telah aku pergi pada ahad-isnin baru-baru ni iaitu Cameron Highland dan Teluk Batik, Perak. Sangat mengujakan dan menyeronokkan sebab cuaca di Cameron sejuk, jadi rasa lebih nyaman. Almaklumlah, aku ni ibarat "putera lilin". Erk!!! Dush! Dush!

Bertolak dari Serdang pada hari ahad pukul 4.30 a.m. Ya! seawal pagi ditemani bunyi salakan anjing dan cengkerik, kami memulakan perjalanan. Dengan mata yang meminta untuk disambung tidur, tapi ku tahan dan dipaksa untuk terbuka. Cewah!! Sampai di hentian Tapah pukul 6.00 a.m. Berhenti solat subuh dan sarapan pagi sebelum memulakan semula perjalanan. 
Sampai di Berinchang pada pukul 9 a.m. Destinasi pertama berhenti, ladang teh Bharat. Tapi bukan berhenti untuk bersiar-siar, untuk sesuatu yang RAHSIA. Pang!! Pang!! Destinasi lawatan pertama ialah Ladang Teh Boh di Berinchang. Di sana, kami melawat kilang membuat teh, dan minum teh perasa vanilla, teh perasa peppermint.

:: ladang Teh Boh "ada umphh!!" ::

Kemudian, kami meneruskan pendakian ke ladang strawberry. Berpeluang untuk memetik sendiri strawberry. Sekilo rm30.00. Agak mahal juga, jadi aku petik yang kecil-kecil sahaja. Aiyark!!! 

:: berhati-hati ketika memetik strawberry ::

Kemudian, baru pulang ke hotel green garden. Bukan green lantern ya! Check in dalam pukul 2.00 p.m kemudian turun makan tengahari. Siakap 3 rasa, tomyam campur, telur dadar. Erkk!! kenyang Alhamdulillah. Selepas makan, ape lagi, tidur la!!! Hiyarkk!!!

Petang pula, pergi beli bunga. Tapi bukan aku yang beli. Singgah di Fragrance Flower. Wallaweh!!! besar sungguh kedai bunga tersebut. Agak-agak boleh sesat kot. 

:: Bunga kekacang. kot!! ::

Meneruskan perjalanan pula ke taman rama-rama. Bukan taman ramasamy atau ramalinggam. Ishk!! ishk!! Banyak rama-rama yang sudah nyawa-nyawa rama-rama. Patah sayap malam. Bukan saja rama-rama, di situ juga ada anggora, ular, mentadak, kura-kura pon ada. Bayaran rm5 dewasa. Kanak-kanak rm2. 

 :: aku dan Rrama itu ::

Kemudian pulang ke hotel. Tiada aktiviti malam kerana kawasan tersebut juga seperti bandar mati. Ada pusat urut, karaoke dan sebagainya. Tapi aku tak layan itu semua. Haktui!!! Lagipun malam sangat sejuk. Masing-masing menggigil. Kami duduk bilik layan Toy Story secara rally, dari part1-part3. Aktiviti keesokannya, singgah di teluk batik bermandi-manda. Lalu Ayer Tawor ingat nak jumpa IM Hassan, tapi tak tau rumah pulak. Hish!!!

:: Teluk Batik ombak besar ::
  
Kemudian pulang selepas pukul 6.30 pm. Sampai serdang dalam pukul 10 p.m. Makan meehon sup meletup, memang MELETUP!!! Balik rumah, terus terbungkang. Pagi tadi bangun agak lewat daripada biasa. Aiyark!!!

- TAMAT -

:: balasan dari menahan marah ::

Mu'az bin Anas al-Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu menahan marah sedangkan dia berkuasa untuk melaksanakannya, ALLAH s.w.t akan memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan khalayak ramai serta menyuruhnya memilih bidadari mana yang dikehendakinya." _Riwayat Ahmad.

:: melintasi 7 petala langit ::

Assalamualaikum
Kali ini biar aku berbicara tentang kemanakah setiap amalan yang telah anda lakukan akan dibawa? Sumber untuk entri kali ini adalah diambil daripada majalah solusi isu 32. 
 Setiap amalan yang dilakukan akan dibawa oleh malaikat pembawa amalan dan perlu melalui 7 pintu langit dan dipastikan oleh setiap malaikat penjaga setiap langit sama ada melepasi pintu seterusnya atau sebaliknya.

pintu 1 :- Malaikat membawa amalan yg mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit pertama: "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat naik ke langit seterusnya."

pintu 2 :- Jika berjaya melepasi pintu 1, malaikat pembawa amalan sampai ke pintu 2. Berkata Malaikat penjaga pintu: "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya, dia mendapat keuntungan di dunia".

pintu 3 :- Malaikat membawa amalan seperti pahala sedekah, solat dan puasa. Melepasi langit 1 dan 2, tetapi ditahan oleh Malaikat pintu 3 dan berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai".

pintu 4 :- Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa sehingga melepasi pintu ke-4. Berkata Malaikat penjaga langit: "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya".

Pintu 5 :- Amalan dibawa berseri-seri. Malaikat penjaga langit berkata: " Berhenti dan buangkan amalan ini pada orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya".

pintu 6 :- Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Berkata Malaikat penjaga langit: "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNYA yang menghadapi kesusahan". 

pintu 7 :- Berkata Malaikat Sum'ah (ingin masyur): "Aku akan menghalang amalan orang yang riak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut".

Jika melepasi ke semua pintu langit tersebut, amalan kita akan bertemu Allah. Amalan hamba seperti solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam dan berzikir dibawa sehingga dapat sampai kepada Allah s.w.t. Ketika itu Allah berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-KU ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-KU dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku".


:: semoga setiap amalan kita sampai kepada-Nya. ::

:: Tips memilih jodoh (untuk lelaki) ::

Assalamualaikum
Hari ini, biar aku berbicara tentang hal2 yg harus diperhatikan oleh seseorang lelaki bila memilih jodoh.
 Antaranya:

1. Agama :- hendaklah isteri itu seorang yg soleh dan berpegang teguh pada agama. Jika isteri itu lemah agamanya, sukar utk dia memelihara diri dan maruahnya serta maruah suami dan keluarganya. Rasulullah sangat menggalak supaya memilih wanita yang kukuh agamanya:
"wanita itu dikahwini kerana hartanya dan kecantikannya, keturunannya dan agamanya, maka hendaklah memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik''.

2. Baik pekertinya :- jika isteri seorang yg banyak mulut, lidahnya akan suka menyebut kata2 yg merendahkan, suka mengingkari nikmat, nescaya akan lahir daripadanya lebih banyak bahaya daripada manfaat.

3. Cantik rupanya :- sering dituntut oleh orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yg lain sebab tabiat manusia biasanya tidak puas dengan isteri yg kurang cantik. Dilarang memilih yang cantik semata2 tanpa mementingkan perkara agama. Disunatkan melihat bakal isteri sebelum berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah: "Apabila ALLAH telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihat kepadanya(wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya".

4. Rendahnya mas kahwin :- dilarang oleh agama memahalkan maskahwin. Ada sebuah hadis mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannya, sehingga melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.

5. Wanita boleh melahirkan anak 

6. Hendaklah wanita itu seorang gadis :- Berkata Rasulullah kepada Jabir yg baru menikahi seorang janda: "Mengapa tidak menikahi si gadis yg boleh engkau bergurau senda dengannya dan dia bergurau senda denganmu".

7. Keturunan yang baik :- maksudnya dari keturunan yang terkenal menjaga urusan agamanya atau termasyur dengan perjalanannya yang lurus. 

8. Bukan dari kerabat yang dekat :- sebab yang demikian, ia mengurangkan syahwat, sedangkan itu merupakan perkara utama yang menarik kepada wanita.
sumber: bimbingan mu'minin Imam Ghazali.

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...