Followers

:: my first time ::

As-salam dan salam muhibbah. Today is my first time makan nasi mandi. Haha. Agak ketinggalan aku nie. Orang lain dah berkali2 makan dah. Aku baru nak gi mencuba?? Almaklumlah, baru keluar dari pertapaan.Hahaha :) Aku dan housemates gi Restoran Saba di Cyberjaya. Tak jauh la dari rumah sewaku, Serdang.

Rasa makanan tu boleh tahan la sedapnya. Sebab first time pergi, jadi tak tau nak order apa. Member2 dah bercadang dari rumah lagi nak merasa lauk kambing. Ada 2 pilihan lauk, sama ada kambing atau ayam. Dengan appetizer, dessert, sume ade la.. tapi kami amek biase2 jek. Ambil byk2 kang tak perabih plak..Huhuhu.


Kami order mandi lamb dengan hanith lamb. Hanith lamb daging berempah. Masakan arab ke ni?? Sebabnya aku penah rasa masakan Malaysia yang sama rasanya dengan masakan ni. Tapi mandi lamb sedap gak la.


|Hanith lamb|
Bagi anda yang belom mencuba, gi la cuba. Sedap dan terbaiklah!!! :) . Owh lupe lak nak citer, ada member order air tea berempah ke ape namanya, tea gune tea uncang lipton ditambah dengan buah pelaga dan bunga cengkih dalam tu. Nampak stylo la plak. Hahaha. Nanti nak buat la skali skala..mahai tu air tea tu. rm4 hengget u know..hehe :P

2 comments:

SeRiGaLa MaRoOn said...

mase aku blaja marketing management system, classmata aku, foreigner buat produk teh buah pelaga, buah cengkih & kulit kayu manis... sedap & stylo .. bak kata kau ...

fAizAl_85 said...

stylo woo rase dye..walaupon agak pelik. :)

:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...