Assalaamualaikum & Salam Sejahtera
Resepi 12: Cupcake
Vanilla
Bahan-Bahan:
1. Mentega
| 3/4 Cawan
2. Gula
| 1 ½ Cawan
3. Telur
| 4 Biji
4. Tepung
Gandum | 2 Cawan
5. Serbuk
Penaik | 1 Sudu Kecil
6. Sodium
Bikarbonat | 1 Sudu Kecil
7. Garam
| 1/4 Sudu Kecil
8. Esen
Vanilla | 1 Sudu Besar
9. Susu
| 1 Cawan
Cara Penyediaan:
1. Pukul
Mentega & Gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga
kembang.
2. Ayak
Tepung Gandum dalam bekas yang berasingan. Campurkan bersama sodium bikarbonat
dan serbuk penaik.
3. Masukkan
tepung yang diayak ke dalam adunan yang pertama tadi sedikit demi sedikit dan
kaupkan sehingga sebati.
4. Masukkan
esen vanilla, susu dan garam. Gaul adunan sehingga sebati.
5. Bakar
pada suhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit.
SIAP! Selamat
Mencuba!