Followers

:: kahwin sana, kahwin sini ::

Assalamualaikum.

Buat apa tu? Tengah bersiap-siap nak masak ke? Tak payah masak la. Pergi bersiap-siap. Pakai baju cantik-cantik. Pergi kenduri kahwin. Aku pasti, setiap minggu pasti akan ada majlis perkahwinan berlangsung. Pulak tu, hari yang sama mesti ada 2 atau 3 majlis. Kenyang kan? Tak payah nak masak-masak. Jimat tenaga boleh berblog. HEHE.

+++++++++++++++++

Minggu ni ada 2 majlis. 1 jiran dan 1 lagi majlis kahwin anak saudara. Beberapa minggu lepas, seorang lagi anak saudara perempuan kahwin. Minggu ni anak saudara lelaki pulak kahwin. Nampak tak isu yang cuba aku ketengahkan disini. Siapa yang belum nampak, sila ke peti ais dan berfikir ditepinya. Isunya ialah: kenapa bapak saudara dia masih single dan automatiknya masih bujang. Ouh! sadisnya. HUHU

Gambar sekitar majlis kahwin anak saudara perempuan minggu lepas. Gambar pengantin takde sebab malas nak bersaing ambik gambar dengan photographer yang rata-rata menggunakan DSLR. Aku guna kamera hp Sony Ericsson P1i je. Sangat cikai kan?


+++++++++++++++++

Sebelum pulang ke Serdang tempoh hari, seorang nenek yang pagi-pagi selalu datang ke rumah berborak dengan mak aku, menegur aku. Dialog nenek tersebut: ''mana anaknya. tak balik sekali ke?'' Padahal nenek tu bukannya tak kenal aku. Macam mana nenek tu boleh tak cam aku. Alamak! Tapi aku perasan, kadang-kadang muka aku berubah macam hot papa anak 5. Cuba korang search perkataan 'hot papa' di google. Mesti keluar imej Brad Pitt atau David Beckham. Paling tidak pon, Aaron Aziz. Tapi selalunya, muka aku macam remaja baru habis SPM. HAHA.

-Adios-





:: link entri ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...