Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.
Aku rasa nasib baik kot sebab tak jadi fashion designer.
Sebab apa? Sebab kebanyakan dress yang aku design sangatlah daring dan seksi.
Bagi aku seksi la. Kalau bagi orang yang suka pakai pakaian yang jenis tak
cukup kain tu mungkin tak seksi. HAHA
Aku sesaja je lukis-lukis ni. Sebagai aktiviti membuang
masa. HAHA. Aku kan banyak masa untuk dibuang |tangan di bahu mata ke atas|. Ni
semua gambar lama. Lepas aku habis exam SPM tahun 2002 kot aku lukis semua
benda alah ni. Kan aku dah cakap. Aku ada banyak masa ‘terluang yang dibuang’.
Eh!
Sebab aku lukis mende ni dah lama, so dia punya fesyen pon
jenis 10 tahun yang lalu mungkin la agak fofular. Yeke? Ke out of date? HAHA
Ada lagi tapi segan la nak tunjuk dah. Eh! Mengada-ngada
pulak. Tapi betullah, semuanya dah jenis Out-of-Date. HAHA. Then, I wish nak
mintak Rizman Ruzaini tolong jahitkan. HADOI! Kena reject la jawabnya.
Jika anda jadi seperti apa yang anda rancangkan, itu rezeki
anda. Tak gitu? Eh!
E.N.D