Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.
Sejak anak-anak kucing dah mati
dan mak kucing melarikan diri, aku jadi penjaga kepada tumbuh-tumbuhan pulak.
Lepas kucing-kucing tu mati, aku rasa bosan pepagi tak buat apa. Biasa selepas
kemas rumah, aku mesti basuh najis kucing, mandikan dan bagi makan. Lepas
kucing mati, aku mandikan pokok-pokok ni pulak. J
Rutin harian aku berulang-ulang
la sampai aku mampus. Eh! Sampai aku dapat kerja la. Sorang pakcik ni pernah
cakap, kalau aku kerja nanti sapela nak jaga pokok-pokok tu semua. Aku memang
rajin pedulikan pokok-pokok tu. Sangat!! Kata orang tu, terapi minda. HAHA
Pokok rose yang bunga gedabak tu
ABAH punya. Yang kecik-kecik tu mak punya. Taste ABAH mengingatkan aku pada
sorang kawan ni. Dia memang suka bunga rose yang merah menyala dan besaq
gedabak ni. Kami beli dekat Cameron Highlands. Harap-harap hidup la.
Mudah-mudahan.