Followers

Senarai Kabinet Malaysia 2010

Disebabkan interview DH41
dan mungkin akan ditanya tentang senarai kabinet
terpaksa la aku update senarai kabinet ni,
tapi sekadar untuk info jela, nak hafal lebih-lebih tu maaf la. :P

Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran,


Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG

Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI

Timbalan Menteri Pelajaran,

Y.B. SENATOR TAN SRI DR. KOH TSU KOON

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. SENATOR DATO' MURUGIAH A/L THOPASAMY

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,


Y.B. DATO' HAMZAH BIN ZAINUDIN

Y.B. SENATOR DATO' PALANIVEL A/L K.GOVINDASAMY

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,

Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. DATUK LIEW VUI KEONG

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,



Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

Menteri Dalam Negeri,


Y.B. DATUK WIRA ABU SEMAN BIN HAJI YUSOP

Y.B. DATUK LEE CHEE LEONG

Timbalan Menteri Dalam Negeri,

Y.B. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,


Y.B. DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM

Y.B. SENATOR DATUK MAGLIN DENNIS D'CRUZ

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,



Y.B. TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

Y.B. DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,


Y.B. PUAN NORIAH BINTI KASNON

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,



Y.B. DATO' SERI HJ. MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,


Y.B. DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN

Y.B. DATO' HAJI HASAN BIN MALEK

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi,


Y.B. DR. HOU KOK CHUNG

Y.B. DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,

Y.B. DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,


Y.B. DATO' JACOB DUNGAU SAGAN

Y.B. DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,



Y.B. DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,


Y.B. TUAN HAJI FADILLAH BIN YUSOF

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,


Y.B. DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,


Y.B. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,



Y.B. DATO' SRI DR. NG YEN YEN

Menteri Pelancongan,


Y.B. DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT

Timbalan Menteri Pelancongan,


Y.B. DATUK SERI HAJI NOH BIN OMAR

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,


Y.B. DATO' WIRA MOHD. JOHARI BIN BAHARUM

Y.B. TUAN CHUA TEE YONG

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

Y.B. DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Menteri Pertahanan


Y.B. DATUK DR. HAJI ABD. LATIFF BIN AHMAD

Timbalan Menteri Pertahanan,

Y.B. DATO' SHAZIMAN BIN ABU MANSOR

Menteri Kerja Raya,

Y.B. DATO' YONG KHOON SENG

Timbalan Menteri Kerja Raya,

Y.B. DATO' SRI LIOW TIONG LAI

Menteri Kesihatan,


Y.B. DATUK ROSNAH BT. HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN

Timbalan Menteri Kesihatan,


Y.B. DATO' AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Belia dan Sukan,

Y.B. DATO' RAZALI BIN IBRAHIM

Y.B. SENATOR TUAN GAN PING SHOU @ GAN PING SIEU

Timbalan Menteri Belia dan Sukan,

Y.B. DATUK DR. S. SUBRAMANIAM

Menteri Sumber Manusia,


Y.B. SENATOR DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN

Timbalan Menteri Sumber Manusia,


Y.B. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,


Y.B. DATUK HAJAH ROHANI BINTI ABDUL KARIM

Y.B. DATO' TAN LIAN HOE

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,

Y.B. DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan (II),


Y.B. SENATOR DATUK DR. AWANG ADEK HUSSEIN

Y.B. SENATOR DATO' DONALD LIM SIANG CHAI

Timbalan Menteri Kewangan,


Y.B. DATO' SERI KONG CHO HA

Menteri Pengangkutan,


Y.B. TUAN JELAING ANAK MERSAT

Y.B. DATUK ABDUL RAHIM BIN BAKRI

Timbalan Menteri Pengangkutan,

Y.B. SENATOR DATO' SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,


Y.B. SENATOR PUAN HENG SEAI KIE

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,


Y.B. DATO' SRI ANIFAH BIN HJ. AMAN

Menteri Luar Negeri,


Y.B. SENATOR TUAN A. KOHILAN PILLAY A/L G. APPU

Y.B. DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM

Timbalan Menteri Luar Negeri,

Y.B SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,


Y.B. DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,



Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. SENATOR DATO' DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,


Y.B. DATO' DEVAMANY A/L S. KRISHNASAMY

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,



Y.B. DATO' WIRA CHOR CHEE HEUNG

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,


Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM BIN HAJI UKIN

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,


Sumber: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan
Jabatan Perdana Menteri

++ kerinduan ++

::Lama tak menaip entri sendiri. Sebelum ni copy paste ayat orang jek. Hehe :P
Nak tulis pon dalam mood kemalasan.
Jari jemari semacam lenguh untuk menekan keyboard ni. Haha :P
(tahap ke-malas-an melampau)
Untuk entri terbaru ni, tajuk dia kerinduan..Haha
Rindu pada sape??Jeng..jeng..jeng..
Mestilah pada kekasih hati yg jauh dimata..
(perlu ke statement begini??rasanya xperlu kot..hehe)
i'm still single, peluang masih ada kpd yg masih single tu..
(motip apekah???) :P
kerinduan itu ditujukan kepada kanak2 ini:


::Siti Hawa Batrisya a.k.a stacy.
(stacy la sangat.. hambek laa)

::Umair Haris

mereka tidak mempunyai pertalian darah dgn kami.
mak menjaga mereka sejak siti berumur 5 bulan sehingga umur 5 tahun..
tapi disebabkan ibu mereka a.k.a kak zura dipindahkan bertugas ke Kelantan
jadi budak2 ni kena la pindah skali..
(xkan nak tinggal ngan ktorang plak kan??xlogik..xlogik) :P
tapi bapak dia xdapat pindah skali..padan muka..hahaha :)
("wan xyah cari budok lain la, wan jago saya je"..bapak dia ckp kat mak aku)
-sila baca dengan dialek kelantan yek-
ada ke patot nak jaga dia..adeh la abg fazrul ni..

::sebab tu la aku rasa ke-rindu-an pada mereka..
ntah bila la dapat jumpa dorg ni..
nak dukung umair.. hehehe :P
(kalau dukung kakak, mau patah segala tulang temulang aku..haha) :P

sapu muka selepas solat bukan sunnah Rasulullah: Ustaz Zahazan Mohamed

Soalan:
Saya pernah mendengar pelbagai pandangan mengenai menyapu muka sesudah memberi salam. Adakah ia diperintah atau sebaliknya? Boleh ustaz jelaskan dan berikan sumber hadis atau Quran.

Jawapan:
Saya suka memetik buku yang dikarang dan disusun Zaharuddin Abdul Ramhan iaitu Formula Solat Sempurna.

Imam al-Bukhari meletakkan tajuk yang memuatkan sebuah hadis berkaitan menyapu dahi dan hidung dalam ‘Bab sesiapa tidak menyapu dahinya dan hidungnya sehingga tamat sembahyang.’

Hadisnya iaitu daripada Abu Said al-Khudri berkata:

“Aku melihat Rasulullah SAW sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya.” Riwayat al-Bukhari (dengan Syarah Fath al-Bari)

Beberapa kefahaman yang dapat diambil daripada hadis itu ialah:

  • Nabi Muhammad SAW tidak menyapu dahi ketika solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air.

  • Nabi Muhammad SAW juga tidak menyapu dahi Baginda selepas solat dan kalaulah ada ihtimal selepas solat, maka ia kerana membuang kesan tanah dan air dan seumpamanya yang ada di dahi.

    Oleh itu, keperluan menyapu dahi juga bukan daripada perbuatan solat yang mesti dibuat, malah yang sahihnya Nabi Muhammad SAW tidak melakukannya.

    Al-Hafiz Ibn Hajar al-Syafi’I pula mengatakan, jika Nabi SAW melakukannya pun, maka ia bertindak menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda yang termasuk dalam Bab Jibilliyah (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukan amalan untuk merapatkan diri kepada Allah SWT. (Fath al-Bari)

    Namun, menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis:

    “Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan), ” (Riwayat al-Tabarani).

    Al-Haitami memberikan ulasannya mengenai hadis pertama dengan katanya: “Ia diriwayatkan al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Bazzar dengan sanad yang ada Zaid al-‘Ama, beberapa ulama men’thiqah’inya (dipercayai) dan dianggap daif (lemah) oleh majoriti atau ramai orang.”

    Baki perawi al-Tabarani pula dipercayai dan sebahagian yang lain diperdebatkan (Majma al-Zawaid).

    Satu lagi hujah yang digunakan ialah (daripada Qatadah): “Sesungguhnya Baginda sudah menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).

    Menurut ulama Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis ini daif (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.

    Namun, amalan ini tidak ditemui dalam kitab muktamad Mazhab Shafie seperti al-Umm, Rawdah al-Talibin, Tuhfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj dan Mughni Muhtaj.

    Justeru, menisbahkan pendapat untuk menyapu muka selepas sembahyang kepada mazhab Shafie masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Shafie dan bukan pendapat mazhab. Wallahua’lam
  • Melodi Hati

    Post ini diambil dari status ustaz zahazan mohamed di facebook. Sekadar mempromosikan novel tersebut tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

    ::Assalamualaikum. Dikesempatan ini, saya nak memperkenalkan sebuah novel yang mengisahkan perhubungan adik beradik antara seorang abang dengan adiknya yang juga yatim piatu. Sesuai untuk remaja kerana buku ini menghuraikan kisah hidup golongan muda yang penuh dengan dugaan dunia. Menariknya, buku ini ditulis oleh seorang pelajar dari j...urusan Matematik berbakat besar yang sedang melanjutkan pelajaran di Philadelphia, USA; Iwan Reaz.

    Tajuk: Melodi Hati
    Harga: RM20.00
    Penulis: Iwan Reaz
    Penerbit: Telaga Biru
    Boleh didapati di MPH, Popular Bookstore, Stesen Petronas terpilih, kedai-kedai buku di sekitar rumah anda, insyaAllah.





    kepada peminat2 novel, dapatkan di toko buku berhampiran anda. :P

    nota: cantik muka depan novel nie

    Jangan Promosi Dosa Dalam Facebook & Blog

    Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

    Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

    Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

    FILEM, DRAMA DAN DOSA

    Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

    Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

    Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

    Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

    Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

    DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

    Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

    Bilakah itu?

    Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

    Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

    Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

    Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

    Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

    Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

    Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

    Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

    Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

    * ketika sedang minum arak,
    * hadiri parti penuh maksiat,
    * hadiri majlis dosa,
    * sedang berpelukan lelaki wanita
    * atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
    * dan sebagainya,

    Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

    كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

    Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

    Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya' dan sum'ah.

    Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

    اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

    Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

    Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

    Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

    أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

    Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

    Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

    KESIMPULAN

    Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

    Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

    Sekian

    sumber diperoleh daripada:


    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/937/72/

    warna - warni duniawi

    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam . Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

    Waktu Subuh
    Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

    Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

    Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


    Waktu Zuhur
    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


    Waktu Asar
    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


    Waktu Maghrib
    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


    Waktu Isyak
    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

    Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

    Subhanallah. .

    (petikan dari Uztaz Zahazan)
    Live like we're dying_Kris Allen
    Sometimes we fall down and can't get back up
    We're hiding behind skin that's too tough
    How come we don't say I love you enough
    Till it's too late, it's not too late
    Our hearts are hungry for a food that won't come
    We could make a feast from these crumbs
    And we're all staring down the barrel of a gun
    So if your life flashed before you, what would you wish you would've done

    [Chorus]
    Yeah, gotta start
    Looking at the hand of the time we've been given here
    This is all we got and we gotta start thinkin' it
    Every second counts on a clock that's tickin'
    Gotta live like we're dying
    We only got 86 400 seconds in a day
    To turn it all around or throw it all away
    We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
    Gotta live like we're dying

    And if you plane fell out of the skies
    Who would you call with your last goodbyes
    Should be so careful who we live out of our lives
    So when we long for absolution, there'll be no one on the line

    Yeah, gotta start
    Looking at the hand of the time we've been given here
    This is all we got and we gotta start thinkin' it
    Every second counts on a clock that's tickin'
    Gotta live like we're dying
    We only got 86 400 seconds in a day
    To turn it all around or throw it all away
    We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
    Gotta live like we're dying

    Like we're dying
    Like we're dying
    Like we're dying
    Like we're dying

    Yeah, gotta start
    Looking at the hand of the time we've been given here
    This is all we got and we gotta start thinkin' it
    Every second counts on a clock that's tickin'
    Gotta live like we're dying
    We only got 86 400 seconds in a day
    To turn it all around or throw it all away
    We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
    Gotta live like we're dying

    You never know a good thing until it's gone
    You never see a crash until it's head on
    All these people right when we're dead wrong,
    You never know a good thing till it's gone

    Yeah, gotta start
    Looking at the hand of the time we've been given here
    This is all we got and we gotta start thinkin' it
    Every second counts on a clock that's tickin'
    Gotta live like we're dying
    We only got 86 400 seconds in a day
    To turn it all around or throw it all away
    We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
    Gotta live like we're dying

    Like we're dying
    Like we're dying
    Like we're dying
    Like we're dying

    Yeah, gotta start
    Looking at the hand of the time we've been given here
    This is all we got and we gotta start thinkin' it
    Every second counts on a clock that's tickin'
    Gotta live like we're dying
    We only got 86 400 seconds in a day
    To turn it all around or throw it all away
    We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
    Gotta live like we're dying

    ...hujung tahun 2010

    nape sejak dari abg aku kawen sampai la ke hari ni, ramai yg bertanya aku bila nak kahwin???alamak, soalan cepu emas nie...disini inginku nyatakan bahawa aku akan berkahwin pada HUJUNG TAHUN 2010...haha..yelah tu..tipu jek...

    kalau aku ada makwe, da lama aku kawen da..hahaha..jodohnya belom ada dan maybe belom sempat nak mencari lagi..haha. minggu lepas aku ada chat dgn guru sekolah aku, cikgu rozita hussin, dye cakap aku kena belajar bercinta, siap menawarkan diri untuk bantu aku mencari makwe plak..thanks cekgu...aritu makcik aku kenen2 kan anak sedara dye..adoiyai...la ni abg aku plak nak tolong carikan..hahaha..banyak betoi la yang prihatin dengan hal yang satu nie...thanks semua kerana begitu prihatin..huk3...

    w/apapun aku percaya ada cinta..eh mcm lagu siti nurhaliza plak..hohoho...insyaALLAH aku slalu berdoa pada ALLAH s.w.t supaya memberikan jodoh yang terbaik buat diriku dan mempercepatkan jodohku...amin

    nota kaki::pasni sape tanya aku bila nak kawen, aku akan cakap ujung tahun...hahaha..

    salam Maulidur Rasul

    Esok 26hb februari 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431H merupakan antara salah satu hari kebesaran umat

    islam kerana pada tarikh ini lahirnya seorang insan yang amat istimewa iaitu nabi muhammad s.a.w yang

    merupakan nabi ALLAh yang terakhir untuk memimpin umat islam. Marilah sama-sama kita bersalawat ke atas

    junjungan besar nabi muhammad s.a.w
    .
    21 guns_green day

    Do you know what's worth fighting for,

    When it's not worth dying for?
    Does it take your breath away
    And you feel yourself suffocating?
    Does the pain weigh out the pride?
    And you look for a place to hide?
    Did someone break your heart inside?
    You're in ruins

    One, 21 guns
    Lay down your arms
    Give up the fight
    One, 21 guns
    Throw up your arms into the sky,
    You and I

    When you're at the end of the road
    And you lost all sense of control
    And your thoughts have taken their toll
    When your mind breaks the spirit of your soul
    Your faith walks on broken glass
    And the hangover doesn't pass
    Nothing's ever built to last
    You're in ruins

    One, 21 guns
    Lay down your arms
    Give up the fight
    One, 21 guns
    Throw up your arms into the sky,
    You and I

    Did you try to live on your own
    When you burned down the house and home?
    Did you stand too close to the fire?
    Like a liar looking for forgiveness from a stone

    When it's time to live and let die
    And you can't get another try
    Something inside this heart has died
    You're in ruins

    One, 21 guns
    Lay down your arms
    Give up the fight
    One, 21 guns
    Throw up your arms into the sky

    One, 21 guns
    Lay down your arms
    Give up the fight
    One, 21 guns
    Throw up your arms into the sky,
    You and I

    Entri Pertama 2010

    2009 telah pon berlalu seminggu yg lepas..sape kesah..hehe..
    february 2010 akan menjadi bulan yg amat sebok bagi family aku terutama mak dan abah..
    kerana kami akan menyambut kedatangan famili baru dlm keluarga kami..hehe
    iaitu bakal kakak iparku insyaALLAH..poyo giler ayat..huhuhu..
    kak long ku sudah mula menyebokkan diri utk mengarahkan kami utk membuat barang hantaran..antaranya:

    kain pasang
    jam tangan

    beg tangan
    sepasang kasutalat solek
    dan
    ...
    yang paling kontroversi..
    mungkin gubahan ini xlagi wujud
    kerana my brother suro tukar
    seram plak katanya..hahaha


    tudung..
    tak tau la skrg ni tudung tu digubah dalam bentuk ape..
    tp ia tetap menjadi kenangan kerana...
    tudung tu telah digubah oleh AKU..
    hahahahaha..

    :: link entri ::

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...